Popular Today

Rabu, Jun 17, 2009

Kerajaan perpaduan - Perpecahan dalaman, PAS semakin tertekan


Nampaknya PAS kembali takut kepada DAP dan PKR. Malaysiakini mengulas "Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang."

Nampaknya PKR dan DAP tidak mempercayai jika PAS sahaja yang terlibat dengan perbincangan Perpaduan... kita hendak lihat reaksi DAP dan PKR terhadap kenyataan Mustafa Ali ini...

Dalam perkara lain semalam Husam berkata jika UMNO ikhlas untuk berbincang kerajaan perpaduan maka UMNO perlu tarik diri. Adakah Husam bimbang jika UMNO bertanding di Manik Urai. Maklumlah PAS sekarang sedang perang besar antara mereka. Lidah rasmi PAS masih berusaha supaya kepimpinan ulama masih relevan memeimpin dalam PAS. Tetapi ramai ahli PAS kebanyakan telah menolak kepimpinan ulama ini dan mereka lebih selesa kumpulan profesional yang memimpin ini dapat dilihat melalui blog-blog pro pembangkang yang sanggup mengkeji dan menghina ulama PAS mereka. Sehingga KPP Kelantan pun dah berani beri amaran kepada kumpulan ulama' supaya jangan datang ke manik urai.

Bagitulah dilihat keadaan PAS sekarang ini... dengan kekalahan ramai calon PAS Kelantan dan suara Nik Aziz kini semakin tenggelam oleh generasi baru PAS seperti us Nasha.. PAS semakin bimbang... Husam semakin bimbang... adakah PAS mampu memenangi manik urai dengan keadaan PAS sekarang?

1 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Si Tua nyanyok ni dah mula melalut.Kawan sendiri pun dah dia nampak mcm musuh.Abihdah Pas.Hancur dan semakin parah.Si Tua ni patut direhatkan.Buang beras je.

Kongsi Link Anda