Popular Today

Rabu, Julai 01, 2009

Ahli PKR di pecat - bukti kuasa DAP!

majlis perbendaharan seberang jaya mpsp pkr walkout 040609 johari kassimBeberapa ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menganggap pelucutan jawatan wakil PKR Johari Kassim daripada majlis itu sebagai tindakan yang terlalu keras.

Seorang anggota MPSP daripada parti itu Mohd Kamil Abu Bakar berkata sebagai amaran, kerajaan Pulau Pinang boleh menggantung perkhidmatan Johari susulan tindakannya mengetuai usaha memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar MohdJait awal bulan ini.

"Tindakan ini (pelucutan jawatan) terlalu keras, sepatutnya digantung dahulu (tugas Johari)," Bernama memetiknya berkata selepas menghadiri mesyuarat MPSP hari ini.

Agaknya Ahli PKR terlupa siapa sebenarnya DAP... apatah lagi jika ahli PKR ni dari kaum Melayu.... dendam DAP untuk hapuskan Melayu sentiasa membara sebagaimana PAP di Singapura... jangan kaum Melayu di Pulau Pinang hanya jadi muzium setakat warisan sahaja...

1 ulasan:

bungaraya berkata...

Ramai orang melayu merasa hairan kenapa DAP selalu mengambil tindakan yang drastik dan tidak logik jika ianya dikenakan kepada bangsa melayu. Inilah yang saya selalu katakan "sekarang barunak terngadah". Dulu mereka menganggap apa yang diberi nasihat oleh kita adalah dusta belaka. Masa akan menentukan bahawa orang-orang melayu yang kehairanan dengan tindakan DAP itu, akan mengaku bahawa nasihat kita rupakan adalah satu kebenaran. Tapi ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Konon mereka nak jatuhkan UMNO kerana UMNO selama ini memainkan peranan yang jauh menyimpang dari tugas sebanar mereka. Apa? Tidak menyimpangkan namanya memberikan sokongan kepada adik yahudi itu?

Kongsi Link Anda