Popular Today

Selasa, Julai 21, 2009

WAMI Bidas wartawan Al-Islam


Apabila kebenaran mahu ditimbulkan maka istilah kebebasan bersuara, mencari kebenaran dan etika mula dipertikaikan. Inilah hakikat Pakatan Wartawan untuk Kebebasan Media (WAMI), Namun setiap kali mereka bersuara mereka akan gunakan lesen kebebasan bersuara sebagai mewajarkan tindakan mereka.

Tindakan wartawan Al-Islam menyamar dan memasuki gereja bagi menyiasat dakwaan kes murtad merupakan tindakan yang tidak beretika dan merupakan "kewartawanan yang buruk" (bad journalisme), kata Pakatan Wartawan untuk Kebebasan Media (WAMI) sebagaimana di lapor Malaysiakini

"Ia kewartawanan yang tidak beretika. Penyamaran (undercover) sepatutnya menjadi tindakan terakhir. "Ia menunjukkan penghinaan kepada gereja, dengan mengambil bahagian dalam aktivitinya, kemudian memuntahkan kembali roti. Itu tidak beretika," kata pengerusinya Wong Chin Huat.

Wong diminta mengulas tindakan wartawan Muhd Ridwan Abdul Jalil yang menyamar sebagai penganut Katolik dan mengikuti acara keagamaannya bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam. Namun sebagaimana diketahui, tindakan memurtadkan orang Islam ialah tindakan yang dibuat secara senyap dan rahsia. Tidak mungkin ianya dapat dibuat tanpa penyamaran. Sekalung Tahniah kepada wartawan Islam kerana berani menyamar dan membuat laporan. Kerana gerakan memurtadkan orang Islam telah lama dibuat oleh gerakan-gerakan Kritianisasi yang tertentu.

Pengalaman mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur - termasuk memakan roti suci yang disuapkan paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar - diceritakan kembali dalam majalah tersebut Mei lalu. Persoalan bukanlah aktiviti atau upacara Kristian tetapi ialah apa yang utama ialah upacara 'mengkristiankan' orang Islam.... inilah masalah utama.

Namun apa yang dikesalkan ialah WAMI hanya mengulas istilah tidak beretika jika ianya tidak selari dengan tindakan WAMI. Namun WAMI tidak kisah jika wartawan memutar belit fakta, menimbulkan cerita sebelah pihak, ambil yang negatif dan sebagainya yang biasa dibuat oleh wartawan Media Pembangkang samada Malaysiakini, Harakah dan sebagainya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..TAHNIAH PD WARTAWAN ISLAM..TINDAKAN YG DIA BUAT TU MMG PATUT. MEMBONGKAR PERKARA YG BERTENTANGAN DGN AKIDAH YG DI LAKUKAN PIHAK KAFIR ADALAH SATU BENTUK JIHAD DEMI MEMELIHARA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI..TERUSKAN MEMBONGKAR JIKA PERLU!!

Kongsi Link Anda