Popular Today

Rabu, Oktober 28, 2009

Bajet defisit RM 29 juta tetapi Elaun YB Kelantan meningkat

Sesuai dengan bajet yang bertemakan Bajet Memacu Dalam Hemat itu, perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM416.88 juta manakala perolehan hasil berjumlah RM387.38 juta. Iaitu lebih kurang RM 29 juta defisit (baca di sini)...

Anggaran hasil tahun 2010 menunjukkan peningkatan 12.24 peratus berbanding anggaran hasil 2009 yang berjumlah RM339.98 juta, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.

Dalam Memacu dengan Hemat, YB kelantan telah berjaya mendapat kenaikan elaun (baca di sini). Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Exco, dinaikkan selepas kali terakhir dinaikkan pada 2004.

Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (RM3,600 kepada RM4,600).

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda.

Nampaknya hanya rakyat kelantan sahaja memacu dengan hemat... tetapi YB mereka hanya membesarkan perut mereka semata-mata... elaun mereka tetap dapat kenaikan.. Bila menang pilihanraya sahaja Elaun mereka akan meningkat.

AB : sekali lagi rakyat kelantan di tipu PAS...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda