Popular Today

Rabu, Oktober 28, 2009

Pas Terjerat Dalam Krisis, Kenapa Tuduh UMNO?

KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Mampukan PAS keluar dari kepompong permasalahan yang membelenggu mereka ekoran daripada pertelingkahan dan pergeseran pendapat di kalangan pemimpin atasannya?

Bukan menjadi rahsia lagi apabila Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat menyuarakan ketidakpuasan hasil daripada kepimpinan Presiden, Abdul Hadi Awang bersama dengan barisan ahli jawatankuasanya.

Lantaran itu, Nik Aziz mahukan agar Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan kononnya untuk membersihkan pemimpin-pemimpin yang dikatakan prokerajaan dan UMNO; namun ia ditolak dan kepimpinan PAS hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS yang dijadualkan berlangsung esok.

Dalam menjawab persoalan tersebut, biarpun ada antara para pemimpin dalam PAS yang mengatakan bahawa ia bukan sesuatu yang serius sebaliknya hanya masalah dalaman parti sahaja, tetapi perlu diingat bahawa antara nama-nama pemimpin yang disebut oleh Nik Aziz sebagai individu yang perlu dibersihkan mempunyai pengaruhnya sendiri.

Begitu juga dengan Nik Aziz yang selama ini dianggap sentiasa ‘benar’ oleh ahli-ahlinya malah bergelar Tok Guru hinggakan apa sahaja fatwa dan kenyataan yang dikeluarkan beliau akan mampu diakui oleh pengikutnya yang taksub tanpa memikirkan benar atau tidak.

Sebelum ini para pemimpin PAS, termasuklah Nik Aziz sendiri sering sahaja mewujudkan pelbagai propaganda dan provokasi terhadap UMNO hinggakan mengaitkan agama dengan sesutu pandangan taksub khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Namun UMNO tidak pernah melatah dengan sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan bukan sahaja kepada parti dan para pemimpinnya malahan ahli-ahli yang menyokong UMNO juga turut ‘dikafirkan’ lantaran idealogi politik yang berbeza.

Lantas, kini apabila PAS berdepan dengan kemelut yang sememangnya cukup rumit untuk dirungkai, seperti biasa maka alasan yang diberikan kononnya ia adalah perancangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sengaja mahu memporak-perandakan mereka.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad membuat tuduhan secara terbuka wujudnya cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif untuk tujuan memecahbelahkan mereka.

Sedangkan realitinya, perlu diingat bahawa Nik Aziz sendiri pernah mengatakan bahawa tiada sesiapa yang mempengaruhinya atau menjadi dalang dalam lontaran idea beliau berkaitan masalah kepimpinan dan pembersihan dalam PAS.

Tidak cukup dengan itu media massa juga turut dipersalahkan dan dituduh menangguk di air keruh ekoran mensensasikan ketidaksehaluan bahtera PAS dalam arus politik lantas ada pemimpinnya yang lantang menuduh.

Bukan itu saja, pemimpin-pemimpj kanan dalam UMNO turut dikatakan antara punca perseteruan dalam PAS sedangkan jika dilihat dan dinilai semula ahli-ahli PAS dan pemimpin tertingginya yang gemar ke ‘depan’ dan memberikan ulasan terbuka yang menonjolkan lagi pekung di dada.

Sesungguhnya ini bukanlah kali pertama perkara sedemikian berlaku, iaitu sikap menunding jari kepada pihak lain lantaran menutup malu yang selama ini disembunyikan.


Sumber: (baca Di Sini)

1 ulasan:

C L J berkata...

Memang sudah menjadi kebiasan Pas melontar busuk kepada UMNO; termasuklah busuk najis sendiri seperti sekarang.

Silap mereka ialah dalam enak enak melontar najis itu mereka juga buat sembahayang sembahayang hajat.

Dan supaya para pengikut mereka percaya dengan jenama dari agenda buruk fitnah mereka bahawa UMNO itu musuh Islam, mereka pun memohonlah kepada Allah swt menimpakan laknat kepada musuh musuh Islam.

Maka kini sudah termakbullah hajat yang mereka panjatkan itu. Musuh Islam sebenar ialah mereka. Maka menimpalah laknat itu terhadap mereka. Alkesahnya.

Wallahhuaallam.

Kongsi Link Anda