Popular Today

Jumaat, Oktober 30, 2009

Krisis PKR Bukti Pentadbiran Bermasalah!

khalid ibrahim menjunam.....Akhirnya teka-teki yang lama tersimpan berkaitan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Selangor, Badrul Hisham Abdullah terjawab apabila beliau sendiri tampil membuat keputusan berkaitan pendiriannya terhadap parti yang didukung lantas menjadi bukti pentadbiran pakatan campuran memang bermasalah.

Badrul Hisham telah mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas yang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini memang telah acapkali kedengaran cakap-cakap yang negatif mengenai Badrul Hisyam berhubung jawatannya sebagai wakil rakyat malahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga telah membuat desakan meminta beliau meletak jawatan sebagai anggota DUN Selangor.

Dengan keputusan ini, terbukti bahawa apa yang menjadi propaganda selama ini berkaitan dengan kedudukan pakatan campuran dan pentadbiran mereka di Selangor bukanlah sekadar cakap-cakap kosong atau permainan politik daripada UMNO/BN seperti tuduhan mereka.

Kenyataan yang diberikan Badrul Hisham bahawa keputusan tersebut dibuat beliau dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan dan ugutan daripada mana-mana pihak secara jelas memberikan gambaran bagaimana tenatnya pentadbiran yang dijalankan dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Apatah lagi, Badrul Hisyam turut sama mendedahkan bahawa antara sebab beliau keluar dari parti tersebut kerana sudah hilang keyakinan kepada pimpinan parti apatah lagi banyak agenda berkaitan PKR yang tidak dijawab oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail sendiri.

Selain itu, tindakan mengenepikan Badrul Hisham dalam melaksakan tugasnya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut apabila kerajaan negeri bertindak menubuhkan Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang adalah antara bukti yang memeberikan tekanan kepadanya.

Ternyata, Badrul Hisham tidak mahu lagi diperkotak-katikkan dan menjadi permainan politik dalam agenda peribadi para pemimpin dalam PKR dan pakatan campuran, termasuklah memberikan tekanan-tekanan yang tidak sewajarnya dibuat.

Sememangnya, sudah terang lagi bersuluh… jelas dan nyata bahawa apa yang berlaku adalah ekoran daripada kepincangan dalam pentadbiran dan kepimpinan pakatan campuran yang secara tidak langsung memberikan makluman jelas kepada masyarakat untuk membuat penilaian berkaitan kerajaan manakah yang lebih berwibawa melaksanakan amanah rakyat… fikirkan!

Sumber : baca di sini

1 ulasan:

C L J berkata...

Perkara sebenar macam mana sorok pun akan serlah juga. Inilah petunjuk Allah untuk umat dan apa lagi para pemimpin; ikhlas dan jujurlah.

Nyatanya apabila kebenaran yang disorok itu apabila ia terserlah memberi gambaran bahawa penyembunyinya jelas tidak jujur.

Kalau dah terang tidak ikhlas dan jujur macam mana nak diiktirap sebagai pemimpin. Mashaallah.

Kongsi Link Anda