Popular Today

Ahad, November 01, 2009

Akibat kepimpinan mengamalkan kroni - PKR Papar pula ancam bubar

Rakyat perlu keluar beramai-ramai dari menyertai PKR ataupun di kenali sebagai PARTI KRONI DAN RASUAH itu.... Pendekatan kepimpinan secara kroni dan rasuah olleh kepimpinan Anwar Ibrahim patut di tolak atas dasar moral dan keadilan.. 

Terbaru, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus dilanda krisis apabila Bahagian Papar mengancam akan membubarkan bahagian itu sekiranya pucuk pimpinan parti mengekalkan Pengerusi Perhubungan negeri, Ahmad Thamrin Jaini.

Bahagian itu memberi tempoh dua minggu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Ahmad Thamrin dengan bekas Naib Presiden parti, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Ketua Bahagian PKR Papar, Sylvestor Balon Mujin mendakwa Ahmad Thamrin tidak layak memegang jawatan itu dan ditentang oleh lebih separuh daripada 25 bahagian di negeri ini.“Kami memberi tempoh dua minggu dan jika tiada perubahan, PKR Bahagian Papar akan dibubarkan dan kami akan keluar parti secara beramai-ramai,” katanya kepada media, di sini semalam.

Sylvester berkata, bahagian itu akan mengemukakan memorandum kepada pucuk kepemimpinan parti sebagai tanda menentang pelantikan Ahmad Thamrin.

Katanya, keputusan itu diambil selepas mesyuarat tergempar bahagian itu di sini, semalam dan dipersetujui oleh semua Ahli Jawatan-kuasa (AJK) bahagian.

“Mesyuarat ini bukan untuk meninggalkan parti, sebaliknya memutuskan untuk membuat perubahan (pelantikan Pengerusi Perhubungan negeri) dan jika permintaan kami ditolak kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR,”

Sebelum itu tindakan Adun Pelabuhan Klang dan beberapa pemimpin kanan PKR yang lain meletakkan jawatan adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan PKR yang mengamalkan Kroni dan Rasuah...

Sebelum peletakan ADUN Pelabuhan Klang meletakkan jawatan ini, Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan. Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.

Pada 27 Oktober Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.

Dan diikuti Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR. pada 28 Oktober.


Manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut..

Tragedi Oktober yang berlaku dalam PKR ini menunjukkan parti ini  bermasalah... Dalam PKR menghadaoi masalah ANUwar Aljuburi pula keluar negara untuk makan angin...

 AB : tiba masanya untuk rakyat keluar dari parti Kroni dan Rasuah ini.... katakan Tidak pada ANUwar Aljuburi...


Sumber : Berita Harian

2 ulasan:

Tai berkata...

Siapa yang menuduh orang lain kronisme dan rasuah, dialah yang lebih kronisme dan Rasuah. Ini dia DSAI.

C L J berkata...

Nasihat hamba kepada Anuar:

Dah sampai masanya anda kena tanya Ill Gore dan sekutu2 anda dari kerajaan dunia itu apa yang patut anda buat. Atau ikutlah sahaja jejak TBH.

Kongsi Link Anda