Popular Today

Isnin, November 09, 2009

Guan Eng bohong, diskriminasi Melayu


Sifat perkauman Guan Eng sentiasa menebal dengan bangsa Melayu... Kerajaan DAP kini seperti kerajaan PAP Singapura yang kini mengamalkan diskriminasi kepada bangsa Melayu..

Dakwaan kerajaan negeri bahawa Perda hanya mahu memajukan projek perumahan berharga antara RM300,000 dan RM1 juta adalah sebagai alasan semata-mata untuk menyekat pembangunan di kawasan Melayu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Azhar Ibrahim hari ini membidas kerajaan Pulau Pinang kerana tidak bercakap benar mengenai projek pembangunan yang hendak dilaksanakan oleh agensi itu di dua kawasan di Balik Pulau.

Perda hanya berhasrat memajukan pembangunan bercampur di dua kawasan miliknya iaitu Sungai Batu dan Teluk Bahang dan permohonan untuk menukar syarat guna tanah telah dikemukakan kepada kerajaan negeri sekitar tahun 2008.

Katanya permintaan kerajaan negeri supaya pelan pembangunan di kawasan itu dipinda juga telah dibuat dan dikemukakan semula tetapi masih tidak diluluskan.

Apa berlaku kepada Melayu Pulau Pinang sama sebagaimana berlaku kepada Melayu Singapura. Melayu ditindas dan dipinggir bahkan mereka didikriminasi dan menerima layanan kelas ketiga dari PAP.

Pernah Profesor Yaakob, bercakap dalam wawancara Mingguan Malaysia, Pemimpin negara pulau itu (Kuan Yew) telah meminggirkan masyarakat Melayu secara bersistematik sejak tahun 1959 lagi apabila Parti Tindakan Rakyat memerintah pulau itu.

Dulu sebelum PAP berkuasa, terdapat perkampungan Melayu di Singapura. Kerajaan Perikatan (sebelum berpisah daripada Malaysia) ada wartakan dalam perlembagaan mengenai penempatan orang Melayu.

Semua masyarakat Melayu berkumpul di sana. Jadi apabila PAP berkuasa, mereka ubah perlembagaan. Pemerintah ambil tanah orang Melayu dan digantikan dengan wang pampasan.

Jadi orang Melayu diberi (tempat tinggal) rumah pangsa. Dengan itu (secara halus) kekuatan Melayu terhakis. Pemerintah melakukan ini secara terang-terang. Ketika itu orang Melayu tidak sedar... tetapi jika ada yang sedar sekalipun mereka tidak berani bersuara.

Adakah apa yang berlaku sekarang kepada Melayu Pulau Pinang sama dengan apa yang berlaku Melayu Singapura... Mereka akan dihalau secara terhormat dari pulau Pinang... mereka hanya akan digula-gulakan dengan pampasan yang akan mengaburkan mata pertimbangan orang Melayu..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda