Popular Today

Sabtu, November 07, 2009

Serangan malam akhir oleh puak Erdogan



Pertentangan Antara Puak Erdogan dan Ulama memang tidak dapat dinafikan... bukan seperti dahulu lagi bila setiap kali PR ada masalah mereka duduk bersama untuk selesaikan masalah.

Bukti paling nyata ialah pada pergolakan PAS kali ini tiada lagi sidang media oleh pemimpin Pakatan Rakyat seperti dahulu yang duduk satu meja yang menafikan PR bergolak. Maksudnya pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mahukan PAS bergolak.

Esok pula (hari ni) akan berlangsung seminar politik khas PAS untuk membincangkan masa depan beberapa kerat pemimpin parti itu yang bermasalah.

Namun secara tidak perasan puak Erdogan telah menggunakan media khasnya Malaysiakini untuk menyerang secara habis-habisan. Sasaran utama mereka mula-mula ialah Hassan Ali, Mustafa Ali, Nasharudin Mat Isa dan Presiden ala Pak Lah, Hj Hadi.

Persoalan adakah ianya adil sedangkan ianya tuduhan datang dari sebelah pihak khasnya barua ANUwar iaitu Prof Aziz Bari yang tidak mahu Hj Hadi menjadi PM... Manakala satu pihak lagi hanya bertenang dan bertahan semata-mata.

Peranan Aziz Bari yang utama ialah untuk menggerakkan pendapat umum yang selari dengan kehendak ANuwar iaitu Mahu menjatuhkan puak Ulama secara massa iaitu melalui Media...

Kita melihat berberapa tajuk yang dipetik dari Malaysiakini yang mendesak secara berterusan kepada nama-nama yang dibenci oleh Nik Aziz... tajuk-tajuk berita dibawah ini membuktikan serangan puak erdogan ini:

1. Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'
2. Seminar PAS bangkit kemelut di S'gor
3. PAS perlukan 'korban' untuk pulih
4. Nik Aziz berjaya hantar mesej 'pemimpin bermasalah'
5. PAS: Jangan ungkit lagi isu k'jaan perpaduan
6. PAS S'gor diseret ke JK disiplin
7. Nik Aziz: Biar PAS berpecah...
8. Pemuda PAS: Kemelut 'agak serius'
9. MB: Isu arak antara punca tolak PAS

Esok pastinya tujuannya ialah adalah untuk mendesak kepimpinan PAS diakar umbi untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang dibenci Nik Aziz ni.

Beginilah jatuhnya tamadun Islam dahulu apabila pemimpin mula tidak dihormati, lemah dan akhirnya rakyat berpecah belah... dan seterusnya ditawan oleh pihak musauh.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda