Popular Today

Rabu, Disember 09, 2009

Ariffahmi abaikan nasihat Mahfuz?

kemaskini 6.40pm Menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatannya enggan mendengar nasihat Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menggesa peneraju utama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak lagi campur tangan dalam urusan penting syarikat terbabit.

Difahamkan, ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Razak, semalam mengeluarkan memo dalaman, mengarahkan semua urusan harian terus dilaporkan seperti biasa kepadanya sehingga tarikh pengundurannya pada Mac tahun depan.

"Segala urusan rasmi dan urusan surat-menyurat perlu dilapor dan dialamatkan kepada ketua pegawai eksekutif untuk sebarang tindakan susulan.

"Prosedur ini akan berkekalan sehingga tarikh akhir perkhidmatan saya pada 7 Rabiulakhir 1413H, bersamaan dengan 23 Mac 2010," memo yang ditandatangan Abdul Ariffahmi dipetik.

Ia diedarkan sehari selepas Mahfuz menggesa Nik Aziz, sebagai pengerusi PMBK, mengarahkan menantunya berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal-soal kewangan atau projek.

Ahli parlimen itu berkata, kedudukan Abdul Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta bagi memelihara etika korporat PMBK.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada memo ini, yang turut diterima Malaysiakini pagi tadi, dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan pemimpin kanan PAS itu.

Abdul Ariffahmi enggan mengulas perkara ini ketika dihubungi tadi.

Beliau, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, memaklumkan untuk menghantar notis peletakan jawatannya di PMBK pada 24 Disember ini, sebulan selepas mengumumkan untuk meletakkan jawatan 23 November lalu.

Katanya, beliau perlu memberi notis 90 hari untuk berbuat demikian seperti dalam syarat pelantikannya, selain ingin menyiapkan kerja-kerja sedia ada dan bagi membolehkan menteri besar mencari penggantinya.

Tidak jelas memo satu halaman Abdul Ariffahmi itu ditujukan kepada siapa kerana ia hanya bertulis "senarai edaran" dalam bahagian penerimanya.

Bagaimanapun, memo itu mengingatkan, arahan itu mesti dipatuhi semua pengurus dan kakitangan PMBK serta anak syarikatnya.

Satu salinan memorandum itu turut dilampirkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Sumber : Malaysiakini

3 ulasan:

matrengganu berkata...

Budaya "gedebe" kato ore Kelate. Ghoyat gapo pun, duli apo ambo !!

Demo sapo nok suruh ambo letok jawate.. setakat naib presiden PAS, presiden PAS pun ambo tok takut lagi.

Serban jah besar..palo penuh TAIK..

kah..kah..kah

Tanpa Nama berkata...

STUJU MAT! KEHKEHKEH

Pemerhati berkata...

Ariffahmi tak mahu letak jawatan serta merta sebab banyak kerja yg belum siap. Membalun duit rakyat yg saki bakinya. Menukar minit2 mesyuarat dan memusnahkan dokumen2 yg boleh mengimplikasikan penyelewengannya dlm PMKB. SPRM tidak akan jumpa apa2 bukti nanti!

Kongsi Link Anda