Popular Today

Selasa, Mac 02, 2010

News : hina kematian Haslinda - laporan polis 'Facebooker' fanatik PAS



KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain, baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo, berpendapat kenyataan lelaki itu biadab dan tidak boleh dimaafkan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya merasakan kenyataan itu biadab, manusia yang tidak bertamadun telah menghina seorang Ketua Puteri yang telah banyak berjuang dalam parti dan telah kembali ke rahmahtullah dan beliau sendiri tidak berkemampuan untuk meminta maaf," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak mengenali lelaki yang mendakwa ahli Pas dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.

Sementara itu, pemangku Ketua Puteri bahagian itu, Salwa Yunus, berkata beliau menerima panggilan pada Sabtu lalu daripada seorang wakil Puteri peringkat negeri memaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya yang meragui perkara itu cuba menyemak komen itu pada pagi ini namun telah dipadamkan lelaki terbabit Ahad lalu kerana mendapat kecaman hebat daripada orang ramai," katanya.

Haslinda, 37, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat sakit jantung dan beliau telah menjadi Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang sejak penubuhannya pada tahun 2001.

Haslinda pernah bertanding di atas tiket BN pada pilihan raya umum pada 2008 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa namun kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. - Bernama



- Berita Harian

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda