Popular Today

Rabu, Mac 31, 2010

PAS juga amalkan rasuah!!

PAS bukanlah parti yang suci 100%.. kelihatan juag tompok-tompok hitam di dalam PAS, cuma PAS ada rasuah versi halal yang dihalakan tok guru sesat mereka.. bacalah pendedahan Dr Novandri berikut:

Seperti yang penulis terangkan, parti PAS hanyalah satu parti politik seperti parti-parti politik yang lain. Kepimpinan parti tersebut akan melakukan apa sahaja demi kesinambungan parti tersebut walau pun keputusan mereka itu jauh melencong daripada perjuangan asas mereka.

Mereka akan menghalalkan sesuatu jika perkara tersebut menguntungkan mereka tetapi menentang keras jika digunapakai oleh parti-parti politik yang lain. Mereka juga mengamalkan rasuah, kronisme, nepotisme dan semuanya terpampang di depan mata kita semua.

Kita tentu masih ingat dengan harga kek Black Forest yang berharga RM516.oo sebiji untuk nafsu selera Nik Aziz dan ianya diluluskan oleh menantu Nik Aziz sendiri.
klik di sini

Di bawah ini pula adalah salah satu lagi putar belit kepimpinan parti PAS untuk menghalalkan rasuah dan Nik Aziz adalah Menteri Besarnya.



“… Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran No: 156857-D adalah sebagai ‘Pemohon’ bagi tanah seluas 500 Ekar yang berada di Mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama diantara pihak tuan dan kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut:

Sumbangan tunai kepada “PASTI” dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh ribu genap).
Sumbangan derma ini akan diderma keluar bagi pihak tuan, setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan. Dengannya persetujuan tersebut, syarikat kami berharap pihak tuan dapat memaklumkan surat persetujuan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa…”


Itulah cebisan daripada surat yang keluar daripada Mr. Pee Ching Chuan kepada Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood, Pengarah PASTI Negeri Kelantan, yang pada 31 Oktober 2000. Pasti ialah Pusat Asuhan Tunas Islam, sebuah institusi dotrinasi anak-anak kecil oleh PAS.

Beratus-ratus pucuk surat dengan format yang sama juga dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang menjadi pemohon tanah balak kepada Pengarah Agensi Kerajaan Negeri, Pengarah Urusan NGO yang mesra kerajaan, Wakil-Wakil Rakyat, Exco bahkan Menteri Besar dan Timbalannya sepanjang 20 tahun pentadbiran ulamak bernama Nik Abdul Aziz di Kelantan.

Dalam bahasa pasar, ‘lu bagi gua itu balak, gua ‘derma’ lu duit untuk lu punya kocek…”

Lihat modus operandi ini,

1. Pemohon akan punya penaung.
2. Penaung akan bantu pemohon untuk dapat kelulusan.
3. Sebagai imbuhan kerana menolong, pemohon akan beri sejumlah wang kepada penaung.
4. Penaung ada hubungan rapat dengan pihak yang meluluskan permohonan.
5. Penaung dan pihak yang memberi kelulusan adalah entiti yang sama.

Bukankah itu rasuah namanya?

Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa pucuk surat yang ada diserahkan kepada saya oleh pembaca blog ini (Kickdefella) yang sudah muak dengan sikap hipokrit PAS Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz - seterusnya.

Tentu ada di antara pembaca yang mengatakan bahawa parti lawan iaitu parti UMNO/BN turut mengamalkan rasuah dan lebih teruk lagi.

Persoalannya, apakah parti PAS yang kononnya parti Islam dan terdiri daripada ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru, dihalalkan pula untuk mempraktikkan segala yang negatif itu?

Dipteik sepenuhnya dari :
Blog Dr Novandri Hasan Basri

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dokumen perjanjian dgn yahudi tu camner citer?

Tanpa Nama berkata...

Tu tanyalah dengan aljuburi... dialah lebih yahudi dari yahudi!!

Kongsi Link Anda