Popular Today

Selasa, Oktober 05, 2010

Nik Aziz semakin tunduk kepada Lee Kuan Yew

Nik Aziz hari ini membuat kunjungan balas kepada Lee Kuan Yew sempena ziarah mendiang Isteri Lee Kuan Yew [rujuk sini].

Namun peliknya semasa Tuanku Sultan Kelantan gering di Singapura, Nik Aziz dan kepimpinan PAS negeri Kelantan langsung tidak melawat pun [rujuk sini]. Nampaknya Lee Kuan Yew lebih penting dari Sultan Kelantan dari pandangan Nik Aziz. Malangnya rakyat Kelantan dapat MB macam ni..

Lee Kuan Yew adalah Menteri Mentor Singapura yang bertanggungjawab terhadap penghapusan etnik Melayu di sana.

Etnik Melayu di sana bukan sahaja dipinggirkan bahkan ditindas akibat dasar yang dibuat Lee Kuan Yew. Akibatnya Melayu Singapura menjadi Melayu hina yang diberi jawatan tidak penting dalam kabinet Singapura dan lebih-lebih lagi tiada orang Melayu yang memegang jawatan penting dalam kerajaan Singapura akibat dasar diskriminasi ala aparteid yang diamalkan Lee Kuan Yew. Apatah lagi mengenai gerakan Islam Singapura yang terus mati akibat dasar Lee Kuan Yew.

Pada tahun lepas Lee Kuan Yew telah melawat beberapa negeri di Malaysia termasuklah negeri 'protege'nya Pulau Pinang dan Kelantan.

Pemergian Nik Aziz ke Singapura adalah satu pengiktirafan Nik Aziz terhadap segala tindakan jahat Lee Kuan Yew terhadap Melayu dan Islam... namun apa peduli bagi PAS.. apa yang penting bagi mereka ialah sokongan dan undi kaum Cina... pemergian Nik Aziz ini pastinya ada signifikan terhadap sokongan kaum Cina terhadap PAS.

Nik Aziz nampaknya kini semakin tunduk kepada Lee Kuan Yew dan Singapura..

Begitulah malangnya umat Islam di Malaysia ini apabila Tok Guru pun mengiktiraf tindakan jahat Lee Kuan Yew itu.

3 ulasan:

Pemerhati berkata...

TGBA tak pernah gi ziarah bila DYMM Sultan Kelantan gering di Singapore?

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 berkata...

Nik Aziz Ketua Negeri Kelantan bukan Ketua Negara Malaysia. Kuan Yew Bekas Ketua Negara Singapura. Kuan Yew yg datang merendah diri jumpa Nik Aziz sebelum ini. Sekarang Nik Aziznak balas balik dan bersekali nak ucap takziah atas kematian isteri Kuan Yew.
Yg tunduk pada Singapura ialah PM kita. Nak selesaikan tanah Malaysia di Singapura kita pula nak berkunjung ke S'pore berkali-kali. Lepas tu serah pada Mahkamah luar negara kan ngok tu.

bukan umno berkata...

Rasanya n.ajis bukan tunduk tapi tak dapat tangkap permainan licik cina terutamanya lky menghapuskan melayu dr s'pura.Mungkin tak ada kena mengena dengan diapun sebab kelantan Melayu hampir 100% jadi masalah Melayu singapura bukan masalah n.ajis.

N.ajis juga tak dapat tangkap permainan licik lky dan anak muridnya lks untuk menguasai Malaysia dengan permainan pecah dan perintah.Setakat ini n.ajis telah menjadi alat yg baik sebagai agen perpecahan Melayu.Sifirnya mudah cina perintah malaysia dengan perpecahan melayu.Minoriti menguasai majoriti bila majoriti berpecah sebabnya majoriti yg berpecah akan menjadi minoriti yg lebih kecil.

Mungkin pas tak perlukan sokongan melayu kerana gilakan sokongan sementara dan bersyarat cina.Pas kalau tak mahu jadi alat cina tak perlu bersekongkol dengan cina dalam pakatan dimana dia(pas)sendiri tak berkuasa.Pas wajib bergerak sendiri atau bersekutu dengan umno dengan win-win situation.

Kongsi Link Anda