Popular Today

Rabu, Oktober 27, 2010

Patutpun Pembangkang benci Muhyidin

Siapa yang tak kenal TS Muhyidin, TPM dan Timbalan Presiden UMNO.. seorang yang suka berterus terang.. apatah lagi TS Muhyidin anak seorang Kiyai yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang bagus..

Sikap Muhyidin yang responsif sebenarnya memberi tekanan kepada pembangkang.. selain bakat dan personaliti peribadi Muhyidin yang pembangkang tidak boleh dimainkan..

Sebagai Timbalan Preisden UMNO, Nampak kali ini berbeza sikit... Muhyidin sangat suka respon kepada isu yang dimainkan..

Terbaru.. Muhyidin respon tentang isu tanah yang gagal diuruskan kerajaan PAS Kelantan..
"Nampaknya waktu berkempen ini, PAS tidak memfokuskan pada masalah besar yang dihadapi oleh rakyat tempatan, sepatutnya isu itu (masalah tanah) dijelaskan. Tapi kalau dia tak dapat jelaskan, bermakna terbukti bahawa masalah rakyat tidak diberikan perhatian,"

"Ya isu (tanah) ini besar, saya ingin jelaskan bahawa masalah ini ialah masalah (kerajaan) negeri, kita nak jelaskan masalah urusan-urusan tanah seperti pengambilan tanah tanpa membayar pampasan, ladang rakyat ataupun pencerobohan dengan berleluasa adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Saya harap pengundi faham bahawa masalah ini harus ditangani diperingkat negeri," katanya.
Patutpun Pembangkang benci sangat pada Muhyidin.. isu-isu yang dibangkitkan sangat menusuk kalbu pembangkang...

Isu tanah kepada orang Asli serta kepada penduduk Cina banyak yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Kelantan.. isu tanah yang tertunggak telah berpuluh tahun... namun masih gagal diselesaikan oleh PAS kelantan..

Rasanya pengundi Galas wajar memberi peluang untuk BN mewakili DUN Galas kerana walaupun dengan ADUN PAS dahulu kerajaan negeri masih gagal menyelesaikan masalah rakyat...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan ke di Kelantan BN adalah pembangkang

Aspirasi berkata...

Memang pun BN pembangkang.. tapi kalau dah ADUN PAS pun tak boleh selesai masalah sebagai kerajaan negeri.. lebih baik bagi BN sebagai pembangkang.. kekedang bila pembangkang cakap kerajaan negeri ambil tindakan...

Kongsi Link Anda