Popular Today

Selasa, Oktober 12, 2010

PKR Lepar Utara lumpuh

Parti kelentong Rakyat nampaknya terkulai di Lepar Utara apabila 215 ahlinya bertindak keluar PKR dan menyertai UMNO [klik sini].

Ianya berikutan 215 ahli parti itu hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan parti tersebut. Serentak itu, PKR Ranting Lepar Utara secara rasminya dibubarkan berikutan semua ahlinya menyertai UMNO.

Penyerahan borang keahlian UMNO disampaikan oleh wakil kumpulan tersebut, Abdul Rahim Darus, 61, kepada Ketua UMNO bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman di pejabat UMNO di sini hari ini.

Baguslah.. kepada ahli PKR yang telah bertaubat.. keluarlah dari PKR.. parti ini dah rosak teruk..

Sebagai contoh, sepanjang pemilihan yang lalu ramai ahli PKR yang telah tercedera akibat tindakan ganas barua-barua dan samseng-samseng PKR yang mengganggu mesyuarat cabang PKR. Ianya lebih merupakan gelanggang gusti dan bukanlah mesyuarat parti politik. Kerusi berterbangan, teriakan dan makian menjadi asam garam pemilihan PKR.. jadi siapa rasa nak makan kerusi boleh pergi mesyuarat cabang PKR.

Ini semua ketidakpuasan hati terhadap pengurusan PKR yang gagal melangsungkan perjalanan mesyuarat secara teratur serta terdapat penyelewengan dari urusetia pemilihan PKR.. sebagai contoh bagaimana boleh terdapat jumlah kertas undi melebihi jumlah kehadiran ahli bila dikira lihat sahaja di Sabak Bernam.

Bukan setakat itu, sebanyak 35 cabang PKR gagal menyerahkan pencalonan untuk jawatan tertinggi parti itu setelah tarikh akhir untuk berbuat demikian tamat pada 10 Oktober lalu [klik sini].

Maknanya adalah PKR ini parti yang tidak tahu menguruskan parti yang lemah dan tidak efisyen tetapi berangan nak perintah negara... parti kroni dan nepotisme yang mementingkan kelompok dan saudara mara.

Ini tidak termasuk pendedahan Rahimi baru-baru ini bahawa PKR sengaja berbohong untuk melibatkan najib dan Rosmah dan konpirasi yang dibuat oleh kumpulan Aljuburi..

Mungkin sebab inilah menyebabkan ramai ahli PKR yang semakin hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda