Popular Today

Khamis, Jun 23, 2011

Wahai Saifudin !! cakap jangan guna kepala lutut

oleh : generasi  pejuang bangsa


Bila GPB baca kenyataan  media  Saifudin Nasusion ini  tentang  sama Anwar ke atas Jamil Khir dan Pengarah JAWI  yang guna wang zakat untuk bayaran kos guaman mereka  , rupanya banyak yang Din ini putar belitkan  dan sembunyikan perkara sebenar ketika berbahas dengan Dr Mashitah Ibrahim di dewan rakyat .






tuduhan jahat Saifuldin 


Memang diakui kes saman oleh Anwar  kepada Jamil Khir dan Pengarah JAWI  ,  MAIWP menggunakan wang zakat untuk unit Undang-Undang. Ini kerana  MAWIP tidak mempunyai  sebarang perolehan.

Bagaimanapun pada tahun ini mulai Januari 2011, pihak Unit Undang undang telah menerima geran kerajaan sebanyak RM500,000 dan segala pembayaran kosberkaitan guaman akan dibiayai melalui wang geran ini.
Pembayaran yang telah didahulukan  daripada wang zakat akan diganti semula .

Kita semua tahu penerima zakat hanya terdiri daripada 8 Asnaf   tetapi bila Dr Mashitah Ibrahim   menerangkan di sidang Parlimen kepada Saifuddin  tentang  ia boleh dikategorikan di bawah amil ( pengurusan )  , beliau terus terdiam malu  ...

sumber : hansard parlimen

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: 


 Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Machang. Kita sedia maklum bahawa asnaf yang lapan salah satu daripada asnaf tersebut adalah termasuk amil. Apabila kita bercakap tentang pengurusan dan pentadbiran di  dalam MAIWP itu sendiri maka dia termasuk di bawah asnaf amil. 

Jadi saya kira pengurusan  dengan menggunakan asnaf amil di mana ketika itu Yang Berhormat Menteri dan juga Pengarah  melaksanakan tugasnya sebagai salah seorang daripada melaksanakan tanggungjawab agama.

Saya kira dengan menggunakan asnaf di bawah amil bukanlah sesuatu yang ditegah dan ini diperakui sendiri oleh mufti salah seorang daripada Ahli Majlis MAIWP itu sendiri. Terima kasih.

Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: 

Maksudnya Menteri Agama dan Pengarah JAWI termasuk dalam asnaf amil begitu?

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: 

Tidak, tidak, tidak Yang Berhormat. Pengurusan.Yang Berhormat kena faham. Bukan kata Yang Berhormat Menteri itu termasuk di bawah asnafamil. Sekarang ini pembayaran kepada yuran guaman itu dikira sebagai pembayaran pengurusan  dan pentadbiran. Jadi pembayaran atas pengurusan dan pentadbiran Yang Berhormat boleh dimasukkan di bawah asnaf amil.

Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: 

Yang saya faham ialah di bawah akaun Majlis Agama Islam Wilayah di ada jalur-jalur yang lain. Selain daripada jalur wakaf, akaun zakat, akaun pentadbiran.

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Kita cuma ada dua sahaja...

Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: 

Tetapi dalam banyak-banyak jalur itu dia pilih zakat, kemudian kemusykilan ini kemusykilan yang pada saya jelas atau penjelasan itu, saya tidak mengajilah bab itu, ya.

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: 


Jadi Yang Berhormat kena dengarlah sebab saya mengaji bab itu jadi Yang Berhormat.


Beberapa Ahli: [Ketawa]

Kesimpulannya di sini    , bila orang yang tak mengaji agama cuba nak berlagak pandai  tentang agama , inilah jadinya kepada Saifuddin Nasution .

Bila malu tak boleh jawab  , buat sidang media  di luar dewan  dok menabur fitnah lagi pasal isu ini sedangkan sudah dijawab oleh Dr Mashitah dengan baik  dalam dewan

Saifuddin ini hanya berani   menabur fitnah dan persepsi buruk  sahaja di depan media tetapi bila berbahas di dewan tentang isu agama ,  macam orang bodoh saja kena .Orang macam ini tak layak jadi MP tapi sepatutnya jadi  Pondan Jalan Gaharu saja ..hahaha

Najib membuat  pilihan yang tepat  memilih Dr Mashitah sebagai Timb Menteri JPM  memang tepat sekali dan bukan sahaja cantik tetapi bijak   hingga memalukan orang kanan Anwar  Pandi Kuitty . haha

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Datuk Dr Mashitah,berani memperkatakan yang benar.

Apa kata kalau yang lain-lain ikut contoh Dr Mashitah, tak hanya diam membisu bila ada segolongan orang- orang mempermain ( mempolitikkan ) hukum ikut kehendak mereka!

Tanpa Nama berkata...

Congrats Datuk Dr. Mashitah inilah yang dikatakan BEAUTY WITH BRAIN. Apa anda rasa Din Pudu..jangan pandang sebelah mata WAKIL Wanita di Parlimen are all LADIES OF SUBSTANCE. They know their facts and figures..unlike you guys makan gaji dan elaun buta saja.

Wake UP! berkata...

Salam. Tahniah Datuk Dr. Mashitah kerana begitu sempoi menjawab soalan.

Tanpa Nama berkata...

To Dr.Mashitah,

Good job.
Keep it up!!!!!

Kongsi Link Anda