Popular Today

Selasa, Mac 25, 2014

Johor senarai hitam pemaju gagal bina rumah kos rendah di Iskandar Malaysia..

Kerajaan negeri telah menyenarai hitam sebanyak 28 pemaju kerana gagal membina lebih 30,000 unit rumah kos rendah terutama di kawasan Iskandar Malaysia dalam tempoh ditetapkan.Kerajaan negeri turut membekukan permohonan projek pembangunan baharu dibuat pihak berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua pemaju terlibat masih boleh melakukan rundingan dengan pihak berkuasa tempatan.Mereka boleh berbincang, kalau tak bina langsung kena bayar denda RM40,000 seunit.

Senarai pemaju yang dikenal pasti gagal membina rumah kos rendah dalam tempoh dua tahun selepas pemaju mendapat kebenaran merancang yang disenarai hitam kerajaan negeri akan diumum kelak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakata buat undang2 fasa pertama sesuatu projek perumahan itu mesti rumah kos rendah. Apa yang penting hak rakyat berpendapatan rendah tidak dinafikan begitu sahaja.

Kongsi Link Anda