7.00 pagi – Cuaca di Mukah amat baik dan membolehkan pengundi-pengundi di DUN N.51 Balingian menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi.
7.15 pagi – Pengundi pertama, Tr Dadom dari Rh Dadom merupakan pengundi terawal yang sampai di di pusat pembuangan undi di PDM Bedengan![IMG-20140329-WA0010[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uCaUr8UlS9stzVovNLdUi5YE0rIx0MalTougLSifMdy2mTzWw7-EcTg7_sikXWEM5uwRe_fBCMjMRbXKtA2vN7fKyYAnhaMIp4RVJruLUo92ydFTJCpkqITFcLQEI_vknUr1KzlZ5bo8XAoc2J5U0=s0-d)
8.02 pagi – Bekas ADUN Balingian, Ajis Majid turut berbaris bagi menunggu giliran mengundi di PDM Tellian Laut
8.15 pagi – ADUN Pujut, YB Fong Pau Teck dari DAP menunjukkan isyarat tangan no 2 kepada pengundi yang sampai di pusat pembuangan undi di PDM Mukah
8.30 pagi – Pengarah Operasi PRK N.51 Balingian Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah datang meninjau perkembangan proses pembuangan undi di PDM Judan![IMG-20140329-WA0040[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sv62mLyP_Vp5YBZJxZad7J4EYifKyVNvMU9jXRy8tkk2OLDP6UHZPB-2oKTXw2iu_NFkLEOqRS8UF4ZiHpURHGlgMmBf5O4TZr8cZu1R_79Jg0fzgr1jyRdkMjPSBi9ewdkmJLqvbv2C94i8yyKBCh=s0-d)
8.50 pagi – Pengerusi SPR, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof memeriksa perjalanan proses pengundian di PDM Judan![IMG-20140329-WA0049[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_udE9ah5HyqVwbAbkPkgQ3tpQtdQ6EyI90bLQ17hTMOZUsNFZWwxNv-gnf8gGbPG6HIk7zK-GjDl_IroTWyQPd8Pa9N9gp2s1eqCg-JuvrCcC4CTnXVNx0aZmkwRiDSftPsiTFO2OdqQ2Jjh93lHDgNiQ=s0-d)
9.00 pagi – Calon BN Yussibnosh bin Balo tiba di pusat pembuangan undi di Kampung Tellian dalam PDM Tellian![IMG-20140329-WA0056[1]](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uRGJ-g3a19ci8IjDxd9Flsv4Uj2GdN9xsnFwJY-NSSHL_hRidO_NEu1a9rLDOJu9j2HkNyhAFrBy-UI_tB2SlvdZlvFEslCQE82ra0Nzg9P8MwcfVAdAyDb4INIwLR9ZJzowzXEfsqFdMNHg6VRmZ3=s0-d)
9.05 pagi – Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat jam ini ialah seramai 2,350 orang, 1,084 lelaki dan 1,266 perempuan dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 17.58%. (Tidak termasuk PDM Kenyana kerana masalah talian komunikasi)
9.15 pagi – Kelihatan Datuk Sebatian Ting dan Ketua Pemuda SUPP, Tan Kai sedang melawat SJK Chong Boon di PDM Mukah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan