Popular Today

Sabtu, Mac 29, 2014

#PRKBalingian : Keputusan tidak rasmi PRK Balingian

Keputusan tak rasmi balingian 29 Mac 2014

Bn 8148
pkr 1248

Majoriti 6866

Secara keseluruhannya, pengundi Cina yang majoritinya tinggal di PDM Mukah telah kembali kepada BN. Salah satu faktornya juga disebabkan kurangnya jumlah pengundi di PDM Mukah keluar membuang undi dan ini disebabkan oleh juga sikap pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang yang membawa budaya menghina dan mencaci ketika berceramah.

Cabaran memperoleh majoriti undi melebihi 6,000 ke atas iaitu melebihi undi yang diperolehi BN pada PRN Sarawak Ke-10 dan PRU Ke-13 lepas dijangka akan dicapai dengan penuh bergaya pada malam ini menerusi pengumuman rasmi yang akan dibuat SPR pada malam ini selewat-lewatnya jam 8.00 malam.

PKR telah melakukan bantahan kepada SPR dan mahukan pengkiraan semula undi di DM Tatus dan hasilnya keputusan masih tetap sama dengan BN memperoleh 260 undi manakala PKR sekadar mendapat 15 undi dengan kemenangan mutlak majoriti BN sebanyak 245 undi.

6.40 petang – Keputusan tidak rasmi PRK DUN N.51 Balingian, jumlah pengundi keluar mengundi sebanyak 71.58%.

Majoriti BN meningkat berbanding keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas menyaksikan BN memperoleh 8,148 undi berbanding PKR 1,282 undi dengan majoriti 6,866 undi yang memihak kepada BN.

Sunber : Klxpress

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda