Popular Today

Khamis, Mac 13, 2014

#PrkKajang : bacaan IPU sekitar kajang semakin buruk

Bacaan IPU di 3 bandar utama berdekatan Kajang

Keadaan jerebu di sekitar Kajang semakin buruk.. Bacaan IPU di Cheras, Kuala Lumpur sehingga jam 2.00 ptg menunjukkan IPU mencecah 170, berdasarkan gambar di atas menunjukkan peningkatan terhadap indeks IPU di sana.

Kawasan berdekatan Kajang yang lain ialah Nilai, Negeri Sembilan di mana bacaan indeks IPU  mencecah sehingga 165.

Manakala di Shah Alam pula bacaan IPU masih agak terkawal iaitu hanya 139. 

Di Wilayah Persekutuan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan sekolah ditutup jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Nampaknya keadaan jerebu semakin buruk dari masa ke semasa, sedang sibuk setiap malam Anwar mengadakan ceramah untuk kempen Pilihanraya Kempen PRK. Kerajaan PKR Selangor patut memikirkan untuk mengatasi masalah jerebu ini.

Jangan Kerajaan PKR Selangor terlalu berpolitik sehingga rakyat terus tersiksa akibat cuaca jerebu.

untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU sila rujuk di sini

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda