Popular Today

Sabtu, April 12, 2014

Mahkamah tolak permohonan peguam batalkan saman Rm 128.5 juta!!


email
comments
Mahkamah tolak permohonan peguam negara batalkan saman RM128.5 juta
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. --gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, kerajaan Malaysia dan 10 yang lain untuk membatalkan saman RM128.5 juta kerana pendakwaan secara salah yang difailkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff.

Dengan keputusan ini, saman itu akan diteruskan untuk perbicaraan dan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 18 Jun untuk pengurusan kes.

Ketika menolak permohonan mereka, Vazeer Alam memutuskan bahawa imuniti mutlak pendakwaan untuk penjawat awam tidak mempunyai tempat dalam masyarakat demokratik yang progresif.

"Saya khuatir tanggapan imuniti mutlak bagi penjawat awam walaupun apabila mala fide atau penyalahgunaan kuasa dalam menjalankan kuasa pendakwaan seperti yang didakwa di dalam permohonan, ia bercanggah mengikut tanggapan zaman moden mengenai akauntabiliti," kata beliau.

Vazeer Alam berkata beliau bersetuju bahawa penyalahgunaan kuasa oleh seseorang yang memegang jawatan awam adalah satu tindakan yang salah.

"Tindakan sedemikian boleh berlaku apabila seseorang pegawai digerakkan oleh niat jahat, sebagai contoh didorong oleh niat peribadi atau keinginan untuk merosakkan atas sebab-sebab yang tidak betul, menyalah guna kuasanya," kata Vazeer Alam.

Malah beliau berkata imuniti kehakiman yang diberi kepada hakim atau individu yang bertindak atas kapasiti kehakiman mengikut Seksyen 14 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada syarat berkelakuan baik ketika menjalankan kuasa kehakiman mereka.

Pada 1 Nov tahun lepas, Ramli memfailkan saman menamakan Abdul Gani, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai polis sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya beliau mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Vazeer Alam juga menolak permohonan Peguam Negara dan 10 yang lain untuk membatalkan saman sivil yang difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap mereka atas pendakwaan berniat jahat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa defendan berkonspirasi menahan dan mendakwa beliau di mahkamah untuk pertuduhan kes SPRM.

Peguam Chetan Jethwani dan Parvinder Kaur Cheema mewakili Rosli, manakala Harvinderjit Singh mewakili Ramli.   

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh dan peguam Tan Sri Cecil Abraham serta Rishwant Singh mewakili defendan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg. aku heran tu SPRM tu asyik tangkap Umat Islam/Melayu, terutamnya pekerja JPAkita yg. bekerja KERAS?! Siapa sebenaqnya belakang SPRM ni?!

Aku tengok pekerja JPA ni ramai yg. pukul 5.30 PAGI dah bangun; siap pi office lepas Subuh - kemudian balik dalam "traffic jam", sampai rumah pukul 8 MALAM; lepas tu ada yg. terpaksa ambil anak lagi dr. Tadika?! Tapi mereka asyik diKEJI - sedgkan tentu tekanan hidup mcm. ni boleh menyebabkan mereka terumpan dgn. kejahatan akibat 'STRESS'; apalgi bila iman mereka tak kuat! Sedgkan Menteri-menteri dgn. drebar mereka, tentulah ramai yg. tak akan paham keperitan hidup pegawai-pegawai JPA ini - tahu nak ikut cakap pengamal undg-undg LIBERAL SAMPAH "demokrasi-hak asasi" Barat-ZIONIS!!

Aku bukan nak pertahankan rasuah tapi, yg. herannya PEMBERI rasuah terutamanya dr. puak PENDATANGKAPIR, asyik dpt. hukuman ringan - termasuk penjara SEHARI walaupun beri rasuah BERJUTA; dan ramai dr. mereka dalang DAPBANGKAI; utk. MEMERANGKAP pegawai JPA islam/Melayu kita!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Tanpa Nama berkata...

Tu yg cerdik pandai mengatakan..pergi negara kafis meka nampak ISLAM, Bila pergi negera Islam tak nampak ISLAM..maksudnya negara kafir bertindak berlandaskan islam..pemimpin rasuh meka tuduh..manakala negera yg dikatakan islam..pemimpin tinggi boleh lepas mcm tumaja..bab kebersihan pun sama..negara kafis bersih, negara islam kotor..kenapa?

Kongsi Link Anda