Popular Today

Khamis, Mei 15, 2014

Dikehendaki!! Muka-muka samseng PR semasa perhimpunan anti-GST


Polis hari ini mendedahkan gambar sebelas individu yang disyaki memukul wartawan semasa perhimpunan anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Kuala Lumpur 1 Mei lalu.

Pasukan itu menyiarkan gambar berkenaan di Facebook sejak petang ini bagi membolehkan orang ramai mengecam suspek terbabit untuk membantu siasatannya.

"Pihak polis mengambil kesempatan untuk menyeru mereka yang terbabit atau mana-mana orang yang mengenali mereka yang terdapat di dalam gambar untuk memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini," kenyataan itu dipetik.

Menurut polis, mereka bertindak selepas menerima aduan dari seorang wartawan akhbar bisnes Focus Malaysia pada malam hari kejadian.

Pengadu mendakwa dalam kejadian jam 5 petang ini, kira-kira 20 hingga 30 pemuda berpakaian hitam melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media di Dataran Merdeka.

Kumpulan yang sama kemudian menyerang dengan menendang dan menumbuk pengadu dan dua lagi petugas media dari akhbarOriental Daily dan The Malaysian Reserve.

"Akibat serangan ini pengadu telah mengalami ketakutan dan kesakitan serta takut menjalankan tugas, bagi membuat laporan yang sebenar mengenai perhimpunan oleh kumpulan ini.

Menurut polis, kesalahan tersebut dikategorikan sebagai "merusuh" dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau didenda, atau dipenjara selama dua tahun dan didenda.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi ASP Ananthan Rajoo dari Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

padan muka, tak habis habis buat kacau, kalau nak tahu anwar tu memang kaki demo, dulu tahun 74 dia lah hero mengajak budak university berdemo, hishamudin rais tu satu kepala dnegan dia, tapi bila polis datang kaki ni cabut, yang kena tangkap budak budak yang di bodohkan, penuh lah balai sekitar KL, pusat latihan polis jln gurney dengan budak budak ingus yang di tipu nuar. sekarang nuar menipu lagi, tapi sedih budak budak ni tak paham apa agenda dia, sebab dia pandai cakap belit...tak caya pegang cakap dia dan buat analisa bila dah balik rumah nanti...dari dulu sampai sekarang dan Selama lama nya anwar akan menipu sebab dia enjoy lihat orang demo..fikir lah

Kongsi Link Anda