Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Rabu, Jun 11, 2014

Isteri Ganas!! Abby dera mental dan fizikal

0 Komen!!!

Abby sah bercerai talak satu

0 Komen!!!

Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen & mendengar keterangan kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan melalui SMS kepada rakannya, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak berikutan SMS itu adalah lafaz yang tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu. (rtky/m)

Selasa, Jun 10, 2014

MESTI TENGOK! Gambar Adik-Beradik Maya Karin yang Pasti Membuatkan Anda tertarik

6 Komen!!!

Tahukah anda bahawa pelakon terkenal negara kita iaitu Maya Karin mempunyai adik beradik yang handsome dan cantik? Jom kita layan gambar adik beradik pelakon popular iaitu Maya Karin yang cantik ini.
Adik lelaki Maya Karin bernama Armin dan kini menetap di Eropah. Manakala Adik perempuannya Irina Melati bekerja di London sebagai peguam korporat. Jom lihat gambar mereka di bawah ini :





SUMBER : INI BLOG SAYA

Satu Lagi Mesej Antara Zaquan Adha & Seorang Gadis Tersebar

0 Komen!!!
Dunia teknologi zaman sekarang macam-macam boleh dilakukan. Abang Nara mengambil pendekatan tidak mahu mempercayai satu lagi mesej antara Zaquan Adha dan seorang gadis yang sedang tersebar ini. Bukan apa, benda-benda macam ini boleh diubahsuai dengan kecanggihan software. Benda tak ada boleh diadakan, benda yang ada boleh dihilangkan dengan hanya sentuhan jari sahaja.
zaquan dan gadis
Daripada apa yang Abang Nara baca, mesej-mesej di atas di hantar menerusi akaun sosial Instagram. Sememangnya ID Zaquan Adha di Instagram ialah zaqone_08. Mesej ini khabarnya disebarkan oleh si gadis sebagai bukti kononnya Zaquan adalah seorang suami yang bermain kayu tiga. Hmmmmm. Agak pelik tiba-tiba kesemua bukti nak keluar pada satu masa. Konspirasi bukan?
zaquan ayuDiharap Zaquan dan Ayu bersabar dengan ujian ini. Jangan cepat melenting. Apa-apa bincang terlebih dahulu. Mana tahu memang ada pihak yang cemburu melihat kebahagiaan rumahtangga anda dan mahu memusnahkannya. Fikir elok-elok dulu sebelum buat sebarang keputusan. Info asal Forum Cari.

sumber : Beautiful nara

Jumaat, Mei 30, 2014

Luahan Sayu Muhammad Noor Farhan Che Bakar Isu Cerai : Apa Yang Berlaku Sesuatu Yang Amat Sukar Baginya !

0 Komen!!!


Sebagai seorang lelaki mungkin amat berat bagi Muhammad Noor Farhan Che Bakar 24, untuk menempuhi apa yang di alami nya hari ini.

Beliau hanya insan biasa yang masih muda dulu nya tidak di kenali oleh sesiapa pun kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat dengan nya.



Namun setelah diri nya memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon Jelita bernama Abby Abadi nama nya mula di kenali dan menjadi sebutan.

Dengan raut wajah yang handsome dan mempunyai latarbelakang seorang insan yang amat baik, amat lah sesuai diri nya untuk bersama seorang insan cantik dan terkenal seperti Abby Abadi walaupun jarak umur mereka agak jauh.



Mereka memilih untuk mendirikan rumahtangga jalan yang terbaik untuk mereka berkongsi kasih sayang mereka, di awal pernikahan mereka rata-rata amat menyanjungi apa yang mereka lakukan dan semua mendoakan jodoh mereka berkekalan.

kehidupan mereka amat bahagia dengan foto-foto mereka amat senang untuk di lihat dilaman-laman sosial, namun dalam seminggu dua ini timbul desas desus di media sosial yang hubungan mereka kini bergolak, apabila Abby memuat naik status di laman sosial supaya mendoakan kebahagian mereka berdua.



Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Abby memfailkan cerai dan mendakwa Farhan sudah 2 kali melafazkan cerai terhadap nya, keputusan kes ini akan di sebut 11 jun nanti.

Namun dalam setuasi ini Farhan nampak lebih tertekan berbanding Abby mungkin faktor usia dan pengalaman mebuatkan farhan begitu sugul dan sedih sehinggakan tidak mahu di temu bual oleh para wartawan, berbanding Abby yang nampak lebih terbuka.

Pada Farhan dan Abby mungkin dugaan untuk anda, bukan semua orang mahu apa yang berlaku seperti anda beruda alami mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, jadi kehidupan mesti di teruskan walau apa pun status anda.

sumber : AANS

Khamis, Mei 29, 2014

"Dia terlalu muda untuk bersama saya..." kata Abby Abadi

1 Komen!!!


Keretakan hubungan selebriti politik Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan, kini semakin nyata setelah pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan penceraian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, keretakan hubungan mereka berpunca daripada suaminya yang lebih muda dan tidak matang .

"Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu... Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Dalam masa sama Abby memberitahu bahawa Muhammad Noor Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.

"Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa.... Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat," ujar beliau yang berpakaian serba hitam.

Ketika prosiding berlangsung, mahkamah diberitahu sebanyak dua kali lafaz cerai dibuat oleh Muhammad Noor Farhan kepada Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Lantas yang demikian Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan di Selatan Thailand. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

SUAMI ABBY ABADI LAKUKAN DUA KALI LAFAZ CERAI

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah. 

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Mereka bernikah di Selatan Thailand. Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

MStar

Rabu, Mei 07, 2014

TERBONGKAR! GAMBAR TANGAN MISTERI APIT BAYI SEBENARNYA…

0 Komen!!!


Baru-baru ini pengguna media sosial kecoh dengan penyebaran sekeping gambar misteri apabila ada tangan yang entah dari mana sedang apit bayi dalam gambar tersebut. Pelbagai spekulasi dan andaian timbul dari penyebaran gambar itu.

Bagaimanapun menerusi satu laporan media, pemilik gambar berkenaan telah memberitahu gambar berkenaan sebenarnya telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pemilik gambar itu juga mendakwa dia sekeluarga telah menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.


Selasa, Mei 06, 2014

Alfatihah : Aziz Satar meninggal dunia

0 Komen!!!

Seorang tokoh artis komedi yang sangat terkenal dan sempat bersama lagenda Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Datuk Aziz Satar telah kembali ke Rahmatullah.

Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang yang soleh..

Ahad, April 06, 2014

Panas!! Luahan sayu Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali

0 Komen!!!

Luahan sayu Shuhada, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali - Penulis kongsikan satu luahan sayu Nurul Shuhada Binti Shahadan terhadap tindakan Prof Izzi Haji Ali mencabulnya selepas diugut digagalkan dalam peperiksaan jika enggan dicabul.

Kata Suhada, dia tidak akan memaafkan perbuataan sumbang yang dilakukan pakar motivasi terkenal itu yang juga seorang pensyarah kanan UiTM Arau Perlis di dunia dan akhirat. Kini laporan polis sudah dibuat cuma hanya menunggu panggilan dari mahkamah untuk perbicaraan.





sumber : Sekadar Cerita Kosongku

Bagi Admin tidak mahu membuat spekulasi. Apapun yang berlaku mohon keadilan dapat ditegakkan. Biarlah siasatan dibuat dengan rapi. 

Tahniah!! Isteri Kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah Selamat Bersalin

0 Komen!!!
Melalui laman instagram, isteri kedua Ashraf Muslim memaklumkan berita gembira mengenai kelahiran anak sulung pasangan ini.
Tepat jam 11.50 malam tadi, Wan Sakinah Ahmad Saburi telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kg.
Melalui mesej bergambar di instagram, Wan Sakinah melahirkan rasa gembira kerana anak nya itu mempunyai 2 orang ibu, Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf Muslim.
Untuk anda yang tidak tahu, Wan Sakinah merupakan isteri kedua Ashraf Muslim dan pasangan ini pernah menimbulkan kontroversi di negara kita apabila telah bernikah di Thailand pada Julai tahun tanpa pengetahuan isteri pertama, Dayana.
Tahniah buat Ashraf Muslim sekeluarga! (rtky/bsr)

Khamis, April 03, 2014

Amir Raja Lawak dedah wajah kekasih?

0 Komen!!!

Setelah berkali-kali menemui kegagalan untuk bercinta.. akhirnya Amir kini ditemukan pujaan hati yang baru.

Amir kini mendedahkan bahawa hatinya kini telah dimiliki oleh seseorang. Malah Amir kali ini mendedahkan wajah kekasihnya di laman instagramnya.

Foto kenangan diambilnya bersama peminat, keluarga dan kekasihnya ketika program Cinta Rasul yang lalu.


Admin hanya ingin mengucapkan selamat kepada Amir dan mendoakan hubungan ini kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya.. Perkara baik ni tidak elok tunggu lama-lama. Kalau betul-betul dah suka sama suka.. eloklah dipercepatkan.. :-)


Sumber : Oh Artis

Khamis, Oktober 31, 2013

Cheryl Samad Selamat Lahirkan anak perempuan..

0 Komen!!!
Alhamdulillah.. inilah kalimah yang akan terpancul melihat rezeki anak yang baru dilahirkan.. 
Dalam diam rupa-rupanya Cheryl Samad telah pun bergelar ibu pada 18 Oktober yang lalu. Jutaan tahniah diucapkan kepada Cheryl dan suami atas kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Stella. Berita baik ini telah dikongsi oleh Cheryl menerusi akaun Instagramnya semalam.
gambar anak cheryl samad
Keterujaan Cheryl Samad bergelar ibu dapat dilihat menerusi status yang dikongsinya seperti di bawah:-
Meet our little girl, Stella.We’ve been waiting for her for a long time.She finally arrived on Friday the 18th of October. We feel very blessed.
gambar anak cheryl samad
Cheryl Samad telah pun berkahwin dengan Ng Ping Ho pada 30 April 2011. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka. Tahniah diucapkan kepada Cheryl dan suami. Selamat menjalani kehidupan sebagai ayah dan ibu.

baca seterusnya di Beautifulnara

Selasa, Oktober 29, 2013

Alhamdulillah.. Mizz Nina kini bertudung

0 Komen!!!
Hidayah Allah tiada siapa yang tahu.. 


Gambar comel Miss Nina yang dipetik dari laman instagram milik Noh Hujan.

Apapun yg penting semua doakan Mizz Nina terus kekal bertudung sehingga akhir hayat :)



Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.
Pengurus penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu.

"Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak.

"Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe.

Mizz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim.

Kongsi Link Anda