Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Keselamatan negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keselamatan negara. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 30, 2010

Bas rombongan Belia 4B kemalangan, 7maut

0 Komen!!!
Foto


KEADAAN bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands, malam tadi.

Kegembiraan rombongan belia bercuti berakhir tragedi

KARAK: Tujuh maut, 21 cedera selepas bas persiaran membawa 44 ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan di Kilometer 36, Lebuhraya Karak, malam tadi.

Tujuh mangsa meninggal di tempat kejadian iaitu Mohammad Yusof Akhit, 16; Mohamad Khairy Mohamad Marzuki, 14; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husain, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17, Mohamad Amirul Mohd Isa, 13, dan Mohd Zainal Mohd Sufian, 28, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Selayang.

Semua mangsa meninggal akibat tersepit dan tercampak daripada kenderaan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bas berkenaan menuruni bukit di susur Genting dan dikatakan mengalami kerosakan brek sebelum terbabas dan terbalik.

“Akibat kejadian itu, empat penumpang tercampak keluar dan dua tersepit.

“Seramai 21 penumpang lagi cedera, kebanyakannya tersepit dibawa ke hospital dan seorang daripadanya meninggal dalam perjalanan. Penumpang lain termasuk dua pemandu dilaporkan selamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang, Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bas yang disewa Gerakan Belia 4B dikatakan sampai di pusat peranginan itu kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam) sebelum bertolak pulang ke Kedah jam 5.30 petang.

Sementara itu, pemandu kedua, Abdul Ghani Ahmad, 56, yang mengalami kecederaan ringan berkata, ketika kejadian, beliau sedang tidur dan berasa bas dalam keadaan bergoyang sebelum terbalik.

“Kebanyakan penumpang ketika itu sedang tidur kerana masing-masing letih... saya hanya mampu melihat keadaan panik dan masing-masing menjerit.

“Malah, dua penumpang tersepit, manakala empat lagi tercampak keluar daripada bas itu,” katanya.

Mangsa, Mohd Zainol Hafizan, 15, ketika ditemui di HKL berkata, sepanjang perjalanan, beliau tertidur akibat kepenatan sebelum terjaga apabila menyedari bas bergoyang.

“Dalam sekelip mata, bas sudah terbalik. Semua penumpang hanya mampu menjerit kerana terlalu terkejut sebelum keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Rakannya, Ahmad Amirul Shahrul, 13, berkata, beliau hanya sedar selepas terdengar bunyi bising dan ketika itu bas sudah terbalik.

“Saya tidak mengalami kecederaan teruk teruk selepas keluar dari tingkap. Rakan-rakan lain juga mengambil langkah sama kecuali mereka yang tersepit,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Isnin, Oktober 11, 2010

Bila KDN nak siasat tentang Hindraf BiaDAP

3 Komen!!!


Tuanku Sulan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dah kurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar bernilai RM5.5 juta kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)... kemarahan rakyat Johor terhadap Hindraf juga telah ditunjukkan dalam demonstrasi baru-baru ni..

Soalannya bila KDN nak ambil tindakan... kalau tak faham-faham lagi tak taulah... kereta dah diberi.. motor pun dah diberi... mana ada Sultan lain buat macam Sultan Johor..

Kepada Hishamudin kalau lembik sangat letak jawatan sahajalah sebagai menteri...



*****************

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari Isnin berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar bernilai RM5.5 juta kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan yang terdiri daripada dua kereta Proton Perdana, sembilan kereta keluaran Australia, Holden, selain lapan motosikal Harley Davidson itu dikurniakan baginda untuk kegunaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kurniaan itu secara tidak langsung membantu ke arah kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata di seluruh negara, khususnya penduduk Johor.

Beliau berkata kenderaan itu juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring Sultan Ibrahim dan seluruh keluarga Diraja Johor.

"Tuanku begitu prihatin terhadap soal keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya kepada seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti dan begitu dermawan," katanya semasa berucap di Majlis Derma Kurnia Motosikal dan Motokar kepada PDRM di Bukit Aman di sini.

Ismail berkata kelengkapan logistik yang efisien dan berkeupayaan tinggi antara faktor penyumbang ke arah usaha PDRM dan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Katanya dengan penerimaan kenderaan-kenderaan itu, warga PDRM khususnya yang berkhidmat di negeri Johor akan dapat meningkatkan prestasi kerja serta lebih bersemangat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Turut hadir dalam majlis itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


-- BERNAMA

Isnin, Mac 22, 2010

Kerajaan didesak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat ANuwar

0 Komen!!!

Setelah 10 laporan polis terhadap ANuwar Aljuburi kerana mengheret YDP Agong dalam tragedi 16 September 2008.. Kini seorang lagi MP mencadangkan agar suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak-tanduk ANuwar Alkjuburi yang mengancam keselamatan negara atau membuka kertas putih berhubung perkara itu.

Rasional diatas adalah berasas bahawa tindak tanduk ANuwar selama ini memang mengamcam keselamatan negara.. nafsu binatang ALjuburi tidak mengenal batasan Agama, Bangsa dan negara, apa yang penting adalah untuk memenuhi perut politik Anuwar Aljuburi dan kroni mereka.

Tindakan Aljuburi mengaitkan nama YDP Agong, Ketua Turus Tentera, kemudian Apco, mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang.. ialah suatu tindakan yang bertentangan dengan semangat demokrasi..

Namun apa yang lebih penting ialah bagi memastikan rakyat tidak terus ditipu oleh ANUwar alJuburi dan pencacainya..

Rakyat kini diasak pemikirannya dengan penipuan dan pemalsuan dari Pakatan Aljuburi.. jika perkara ini tidak dibendung, maka rakyat akan rosak, perlembagaan negara tidak lagi dihormati, Bangsa Melayu dihina, Islam diperdagangkan dan Negara didedah dengan ancaman luar.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah wajar bagi menjalankan Inques secara terperinci mengenai ancaman ANuwar terhadap keselamatan negara!!

Kongsi Link Anda