Popular Today

Sabtu, Julai 04, 2009

Usahawan Malaysia mahu beli kelab Newcastle United

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR 3 Julai – Sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia dikaitkan berminat untuk membeli kelab bola sepak England, Newcastle United, lapor media Britain hari ini.

Akhbar Mirror dalam laman webnya, www.mirror.co.uk memetik kenyataan pemilik Newcastle, Mike Ashley yang mengakui telah dikunjungi prospek pembeli - iaitu sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia dalam satu pertemuan rahsia.

Ashley, seorang ahli perniagaan yang membina kekayaan menerusi rangkaian kedai barangan sukan mula menyuarakan hasrat untuk menjual kelab England itu selepas ia tersingkir daripada saingan Liga Perdana, musim lalu.

Identiti ahli perniagaan dari Malaysia itu tidak didedahkan, namun kehadiran mereka dikesan oleh kakitangan dan para pemain kelab ketika keempat-empat mereka dibawa melawat stadium dan gelanggang latihan.

Ashley yang membeli Newcastle dengan harga 135 juta pound (RM752 juta) pada 2006 dikatakan tidak sabar lagi untuk menjual kelab tersebut yang hingga kini masih belum memiliki pengurus, sebulan sebelum cabaran kejuaraan bermula.

Bulan lalu, ahli Lembaga Pengarah Newcastle United mengumumkan bahawa kelab itu akan dijual dengan harga 100 juta pound (RM555.7 juta).

Untuk rekod, syarikat automobil nasional, Proton merupakan syarikat Malaysia pertama melibatkan diri dalam bola sepak England menerusi penajaan jersi bekas kelab Liga Perdana, Norwich City pada musim 2003-2006.

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pula menjadi penaja jersi pengadil perlawanan Liga Perdana, yang mana logo mereka tertera di lengan baju pengadil dan pembantu pengadil dalam lebih 50 perlawanan.

Nanti ada sahaja yang kata membazir, lebih baik sponsor dalam negara dari kelab leuar negara... bagi aspirasi... ini mungkin jalan terbaik jika pemain Malaysia dapat didedahkan di sana....

Pentadbiran DAP, PKR dan Pas lebih teruk daripada BN?

1 Komen!!!
Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my

KERANA 'masalah babi,' DAP mengisytihar keluar daripada kerajaan pakatan pembangkang negeri Kedah.

Kerana gagal menyelamatkan Kampung Buah Pala daripada diambil alih oleh pihak pemaju, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta letak jawatan dan balik ke Melaka.

Inilah senario kemelut politik pakatan pembangkang di utara tanah air.

Kini tidak boleh disembunyikan bahawa di Kedah, DAP dan Pas bergaduh kerana babi.

Di Pulau Pinang, hubungan antara DAP dan PKR sedang bergelora berikutan penyingkiran Johari Kassim, wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Orang Hindraf Pulau Pinang pun sudah marah dengan DAP. Yang peliknya, kira-kira 200 penduduk Kampung Buah Pala yang dikatakan anggota pertubuhan haram Hindraf itu boleh membuat pelbagai tuntutan.

Kini mula terdedah tembelang pakatan DAP, PKR dan Pas. Apa yang mereka janjikan semasa kempen pilihan raya umum 15 bulan lalu ibarat menabur janji kosong.

Pentadbiran negeri Kedah dan Pulau Pinang nampaknya tidak terurus dengan lancar. Kepincangan mula terserlah. Kerjasama untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang akan menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) hanya cakap kosong.

Ini semua akibat kepura-puraan dan tiada keikhlasan sebenar dalam pakatan pembangkang. Imej pakatan pembangkang sebagai gabungan parti yang memperjuangkan untuk semua kaum hanya sedap didengar tetapi hakikatnya hala tujunya memeningkan kepala rakyat.

DAP, PKR dan Pas mempunyai impian yang berlainan. Dalam pilihan raya sebelum ini pun kita dapat melihat pakatan yang mengguna nama Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat berusaha untuk menunjukkan mereka boleh bersatu tetapi ternyata palsu.

Matlamat dan idealisme parti masing-masing jauh berbeza.

Sindrom menyalahkan pihak lain dan penafian keretakan berlaku dalam pakatan pembangkang bukan suatu yang baru.

Lihatlah gelagat Guan Eng menyalahkan kerajaan sebelum ini dan memberi amaran kepada pemaju yang mengarah penduduk Kampung Buah Pala mengosongkan tanah di sana.

Kerajaan negeri BN sebelum ini pun banyak berhadapan dengan masalah membabitkan kampung setinggan tapi tidaklah sampai hendak ugut atau cari salah pihak lain.

DAP Kedah pula membelitkan kata-kata menggesa rakyat harus menghormati undang-undang tetapi dalam kes pusat penyembelihan babi tanpa lesen di Kampung Berjaya, Alor Setar, parti itu pula cuba membela pihak yang melanggar undang-undang.

Tindakan itu jelas mencerminkan sikap hipokrit para pemimpin politik pembangkang dalam menangani kemelut.

Unsur-unsur menyalahkan pihak lain akan jadi mainan pakatan pembangkang selagi pemimpin DAP, PKR dan Pas hanya menjaga kepentingan, kedudukan, pangkat dan status semata-mata.

Sebab itu jika diperhatikan, jalan mudah bagi gabungan pembangkang apabila tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat adalah dengan menyalahkan BN.

Menuding jari kepada kerajaan negeri terdahulu memang jalan paling mudah tetapi bukan bermakna pakatan pembangkang boleh melepaskan diri.

Kalau benar kerajaan BN buat silap, tidak mampukah kerajaan campuran pakatan pembangkang membetulkannya?

Jeff Ooi - ahli majlis MPPP daripada PKR salah guna kuasa

0 Komen!!!


PULAU PINANG 3 Julai - Seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa menyalah guna kuasa apabila cuba membantu sebuah syarikat pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan yang telah dihentikan sejak 26 Jun lalu.

Ahli Parlimen Jelutong yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi mendakwa Ahli Majlis berkenaan telah mendesak pegawai MPPP membentangkan semula arahan tersebut supaya ia dapat ditarik balik.

Pemaju pemaju projek Central Park Batu Lanchang, Jelutong yang dikendalikan Tetuan Insa Properties Sdn. Bhd. sebelum itu diperintah memberhentikan kerja pembinaan kerana melanggar syarat.

Jeff mendakwa, Ahli Majlis sepatutnya membawa usul berkenaan secara formal dalam mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya dengan melobi pegawai MPPP.

''Bagi saya apa yang dilakukannya tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Berjumpa saya pun tidak, sedangkan ia berlaku di kawasan saya. Dia tidak patut berbuat demikian dengan membuat tekanan atau desakan politik seperti itu.

''Tindakannya itu hanya seperti 'koboi' dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju yang angkuh seperti itu,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun ditanya tentang Ahli Majlis berkenaan, Jeff berkata: "Belum tiba masanya untuk saya mendedahkan siapakah dia. Saya tidak mahu ada unsur luar mengganggu siasatan kes ini.''

PKR Pulau Pinang - Pakatan P. Pinang kalut

1 Komen!!!


Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyindir Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak mengotakan apa yang pernah dikatakannya.

Zahrain juga mahu Guan Eng bersemuka sendiri dengan penduduk Kampung Buah Pala.

Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi mendakwa seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PKR menyalahgunakan kuasa.

Penduduk Kampung Buah Pala mohon maaf kepada Perdana Menteri kerana silap pilih pembangkang.

Sumber : Utusan

RM10,000 ganjaran cari nabi palsu


INILAH gambar Abdul Kahar yang ditampal

Jumaat, Julai 03, 2009

Bukti Anwar meniipu - YB DAP keluar parti

0 Komen!!!
ADUN DAP Kedah isytihar diri wakil rakyat Bebas

Bernama melaporkan wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.

Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, berkata pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.

"Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu ssatu sidang akhbar Jawatankuasa Kerja DAP akan bermesyuarat minggu depan untuk bincang dan putuskan kedudukan isu DAP di Kedah

Anwar tipu rakyat lagi!

Hang kata tak serius.. tapi awatnya YB DAP keluar parti.... jangan hang kaitkan dengan UMNO dah lah... umno mana cukup kerusi nak rampas kedah. hangpa memang tak adil...

Keluar Pakatan Rakyat - DAP kedah kata ‘Kami tak main-main’

0 Komen!!!

Semalam MB berlagak buat-buat bodoh konon tak tahu apa yang dap Kedah buat... biasa la memang ini stail MB Kedah yang berlagak tu... dia kata kalau DAP nak keluar... keluarlah.... memang dasar mulut cabul MB berlagak ni...

Hari ni, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut muktamad setelah kesemua ahli DAP negeri sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian. tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkan media seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami telah menghantar surat kepada jawatankuasa tertinggi parti untuk memaklumkan bahawa DAP ingin keluar daripada pakatan pembangkang negeri Kedah. “Sekarang kami hanya menunggu kelulusan daripada pusat sama ada DAP Kedah akan kekal di dalam pakatan pembangkang negeri ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini. Keputusan tersebut antara lain berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menangani isu merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya semalam. Menurut Thomas, DAP negeri menyokong polisi gagasan pembangkang di negara ini namun mereka bertindak keluar daripada pakatan pembangkang di negeri Kedah kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

“Banyak isu yang membuatkan kami tidak berpuas hati termasuk kegagalan kerajaan bersikap adil kepada semua. “Oleh itu, kami tetap dengan keputusan kami untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah,” katanya.
Thomas memberitahu, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman, akan diisytiharkan sebagai ADUN Bebas jika Jawatankuasa Tertinggi DAP menerima keputusan tersebut.“Selain itu tiga ahli majlis dan 43 ketua komuniti dari DAP negeri ini juga akan meletak jawatan,” jelasnya.

Anwar al juburi pula... pun sama, dia pun macam biasalah... modal basi dialah... kata ini media UMNO yang perbesarkan... yang hangpa bebal sangat ni apasal... bukan UMNO yang kata nak keluar pakatan... tetapi DAP Kedah lah... biasalah otak anwar ni memang dah rosak.... asyik main jubur je.... DAP juga dikatakan kecik hati dengan cara MB kedah yang berlagak tu... tangani isu ini...

PAS ni memang bercita-cita besar nak perintah negara... DAP ni pun dia sanggup belasah je... inilah contoh pemimpin PAS yang sebenar... jika dia banyak kerusi jahanam parti pakatan yang lain..



Khamis, Julai 02, 2009

Isu babi - DAP dianggap tiada otak oleh PKR dan PAS Kedah!

4 Komen!!!

Pakatan Retak...... PR semakin goyah...

Selsema Babi berjangkit Pakatan Rakyat!


Beza antara DAP, PAS dan PKR... DAP dianggap tiada otak oleh PKR!

Gooi Hsiao Leung Kedah PKR State Committee Member/ Kedah PKR Deputy Youth Chief berkata:

"Namun demikian, seruan DAP untuk meninggalkan Pakatan adalah dibuat secara tidak rasional dan terburu-buru tanpa mengambil kira pertimbangan kebangsaan perjuangan politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat."

Manakala albanjari online berkata :

"..rasanya pemimpin-pemimpin kita ni kadang-kadang dan sesetengahnya lebih cetek akalnya dari budak sekolah. Kalau tak faham erti perbincangan, musyawarah, diskusi, baik tak payah berpakat, lagi baik tak payah jadi pemimpin"
kata MB kedah yang berlagak pula:

"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

Memang patutpun DAP keluar dari Pakatan pembangkang...cuma di Kedah PAS ni berlagak la... depa banyak kerusi DUN..

Berita Hangit - Tidak puas hati dengan PAS, DAP keluar Pakatan

0 Komen!!!

-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan PAS negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,”
Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini.

“Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan.

“Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini.

“Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.

Kali ni memang sesuai Nik Aziz berdebat dengan DAP... katanya nak selesaikan masalah rakyat! Adakah PAS akan minta maaf kepada DAP dan tauke babi ini?


Kongsi Link Anda