Popular Today

Khamis, Ogos 19, 2010

Gurindam 13 resolusi

1 Komen!!!



Alamak MCA buat hal lagi
Kali ini dengan 13 resolusi
Kuota 30 peratus minta dihapusi
Sekolah Cina hendak ditambah lagi

Minyak dan Gas juga minta dibukakan
Dari huluan sehingga hiliran
Kononnya industri sudah tinggi kedudukan
Sedangkan Melayu masih ketinggalan

GLC juga jadi sasaran
Permintaannya yang bukan-bukan
Ke dalam Lembaga Pengarah perlu dimuatkan
Bukan bumiputera demi kesaksamaan

Di sektor swasta tidak pula dibangkitkan
Melayu dilantik sebagai perhiasan
Kalau yang bekerja peluang disisihkan
Kepada yang memohon Mandarin diperlukan

Satu lagi tuntutan tentang liberalisasi
Apa yang ada tidak mencukupi
Mana bidang yang belum dibuka lagi
Patut dibuka jangan tangguh-tangguh lagi

Tender juga harus terbuka
Walaupun bahan binaan dah kuasa mereka
Projek mereka tak mahu bagi kita
Lama-lama isi ke dia, kuah ke kita

Bila biasiswa diberikan kepada semua 9A
Gembira mereka tidak terkata
Mereka lupa beza pelajar
di bandar dengan di desa

Alamat yang di kampung
ketinggalanlah nampaknya
Jangan kita nak tolak tepi
Amaran MCA nak kerjasama dengan DAP

Jangan-jangan nak ajak juga PAP
Sebab mereka tahu
perpaduan UMNO-Pas tak boleh jadi
Kadang-kadang kita pun hairan

Dalam semua bidang Melayu ketinggalan
Rancangan Malaysia pertama
hingga kesembilan
Tidak kurang satu trilion sudah dibelanjakan

Cuba kita tanya siapa yang menguasai kekayaan
Sejak 45 tahun Rancangan Malaysia diperkenalkan
Bumiputera hanya miliki 21.9
Itu tak kira hartanah dan tabung simpanan

Ada yang kata FDI jatuh pasal DEB
Sedangkan tiada perubahan dalam industri
Mesin lama dipakai lagi
Sedangkan orang dah pergi ke teknologi tinggi

80 peratus tenaga kerja lulusan SPM
Yang mahir hanya suku bahagian
Sektor swasta juga buat kesalahan
Tidak ada rancangan latihan kemahiran

Sepuluh tahun kita tidur lena
Sejak berlakunya krisis kewangan Asia
Struktur ekonomi tidak disusun semula
Sekarang baru nak buat semua

Generasi muda pula sukar dipengaruhi
Mereka punyai pendirian sendiri
Ramai yang belajar di luar negeri
Yang tiris, bocor, rasuah semua diketahui

Walaupun dah hilang dua pertiga
Perubahan tidak lagi punyai masa
Pembangkang pun dah naik besar kepala
Apa nak tunggu hilang semua?

Walaupun MCA macam-macam retoriknya
Hanya 9 peratus masyarakat Cina yang terima
Soi Lek tak peduli apa ‘Merdeka Center’ kata
Kepada kerajaan dia akan sondol aje.

Dato’ Salleh Majid

Kuala Lumpur

Rabu, Ogos 18, 2010

Surat Kutip Derma - PR palsukan surat pusat Khidmat DUN Sg Rapat

0 Komen!!!
Sah ini memang kerja mereka.. kerja Penyangak Rakyat (PR).. sekali lagi membuat surat palsu untuk memburukkan YB BN... lihat berita penuhnya dibawah:


YB Dato Hamidah Osman sedang menulis laporan di Balai Polis Gunung Rapat

Satu laporan polis telah dibuat oleh YB Dato Hamidah Binti Osman ADUN Sungai Rapat terhadap Pakatan Rakyat yang telah menyalahgunakan Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat untuk memungut zakat/derma, laporan tersebut telah di Balai Polis Gunung Rapat, Medan Gopeng Ipoh perak. dalam Laporan itu berbunyi begini:

Saya Hamidah Binti Osman telah menerima sepucuk surat kutipan Derma/Zakat yang menggunakan kepala surat rasmi Pusat Khidmat Masyarakat (PR) DUN Sungai Rapat memohon derma/sumbangan dari orang ramai tanpa kebenaran daripada pihak berkenaan.

Surat yang telah ditandatangi oleh En Radzi Bin Zainon juga telah mengarahkan sumbangan itu dimasukkan ke dalam akaun Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat iaitu akaun Bank Muamalat. Sedangkan saya tidak pernah mengarahkan demikian.

Saya percaya adalah menjadi satu kesalahan jenayah bagi mana-mana pihak memohon apa-apa sumbangan/zakat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ia juga boleh menyebabkan salahguna kuasa dan penipuan wang zakat rakyat oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

Surat berkenaan juga menggunakan nama pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat dan menggunakan lambang kerajaan Negeri Perak, padahal pusat Khidmat masyarakat DUN Sungai rapat adalah dibawah DUN yang saya wakili. Keadaan ini akan mengelirukan penduduk setempat seolah-olah saya telah memberi kebenaran surat ini dikeluarkan.

Pihak yang berkenaan juga telah menggunakan alamat pusat Khidmat Masyarakat berkenaan berhampiran dengan alamat pusat khidmat saya iaitu di Lapangan Terbang, Medan Gopeng,Ipoh. Ini semakin mengelirukan penduduk setempat.

Saya juga tidak pernah melantik Radzi Bin Zainon sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat saya dan ia merupakan satu penyamaraan yang serius.
Sebahagian penyokong YB Dato Hamidah yang hadir


YB Dato Hamidah berbaju Biru menunjukkan Laporan Polis

Itulah bunyinya laporan Polis yang dibuat oleh YB Dato Hamidah Osman, laporan ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya kekeliruan orang ramai terhadap zakat yang dikutip oleh Pakatan Rakyat dan menggunakan kepala surat DUN Sungai Rapat. Laporan itu juga bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat terhadap ADUN Sungai Rapat dan Pusat Khidmat Masyarakat tentang kutipan zakat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam.



Risalah yang menggunakan chop seakan-akan sama dengan Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat



Mr Bean ni nak kena lempar selipar ni..

0 Komen!!!
Dalam keadaan orang Melayu marah terhdap kenyataan Chua Soi Lek yang menyentuh tentang keistimewaan orang Melayu.. datang pulak si Mr Bean (mahfuz) bodoh bin baghal ni buat lawak [rujuk sini]..

Inilah sebenarnya sikap lahanat mr bean yang tidak tahu bezakan masa depan bangsa dengan perkara lawak.. mana ada yang serius dalam pas.. kalimah Allah.. mereka tak serius, isu arak selangor boleh dijual merata-rata pun mereka tak kisah.. tiada negara Islam, hanya negara Sekular... apa PAS nak kisah... saman ekor... benda ni dah lama dah orang cerita... rasuah.. tok guru mereka pun rasuah... tarbiyah... anak mahfuz pun masuk serenti.. jadi apanya PAS nak cakap.. isu pasir Selangor.. kalau zaman UMNO pasti dah berjela-jela dokumen penyelewengan.. tapi sebab kroni sendiri buat.. nak korek pasir berapa banyak pun tak pa..

Bagi PAS tiada apa yang serius dalam negara ni.. apatah lagi tentang hak Istimewa orang Melayu.. apa PAS hirau.. PAS ni pencacai DAP je.. otak memang tak de.. letak kat lutut je..

Bila bercakap mengenai hak Istimewa orang Melayu maknanya bercakap tentang masa depan orang Melayu..

Bayangkan jika 30% ekuiti Melayu dimansuhkan.. dimanakah kedudukan Melayu di negara ini.


Hakikatnya kaum Cina mengamalkan ekonomi kapitalis, mereka tidak fikirkan pun tentang yang miskin.. biar yang miskin terus miskin, jangan dibantu dan yang kaya terus kaya.. itulah hakikat ekonomi Cina. Jadi apa jadahnya PAS kata nak perjuang Islam jika tentang perkara ini pun PAS tidak tahu..

Di mana suara PAS dalam keadaan desakan untuk mengekalkan terus hak istimewa orang Melayu. AKu nak tanya pemimpin PAS.. mereka beli rumah gunakan kouta bumiputera atau mereka bayar penuh... cuba jelaskan.. si Mr Bean yang galak sangat nak jadi pencacai DAP ni, cuba jelaskan.. kemudian nak tanya yang profesional sangat ni.. mereka beli guna kouta atau bayar penuh rumah atau premis perniagaan.. habis tu...

Apa akan jadi di bandar dan pinggir bandar

Jika Melayu tiada kouta 30% untuk beli rumah.. Melayu akan terus jadi minoriti.. rumah-rumah di kuasai orang Cina.. begitu juga dengan premis perniagaan... akibatnya pengundi kaum Cina semakin banyak di bandar Melayu secara sistematik dibuang ke pinggir bandar atau pendalaman.. Ini adalah politik halus untuk mereka kuasai ekonomi dan negara..

Cina bercakap besar kerana mereka beruntung dasar penjajah yang meletakkan golongan pendatang yang tidak sedar diri di bandar-bandar sehingga mereka terus menguasai bandar. Dasar pecah dan perintah British menyebabkan orang Melayu terus duduk di kampung dengan ekonomi bertani dan pendidikan setakat sekolah agama atau sekolah rendah.

Bila Melayu cakap tentang hak mereka mereka labelkan sebagai rasis.. tetapi jika mereka tidak rasis kita cabar mereka supaya hapuskan sekolah Aliran Cina jadikan sekolah satu Aliran.. jika mereka mahukan betul-betul tidak rasis dan sama hak.. tetapi tidak, mereka memilih untuk rasis dalam satu keadaan tetapi dalam keadaan lain mereka kata mereka tidak rasis.. inilah hipokritnya mereka sebagai kaum pendatang...

Jadi kepada pencacai DAP dan yang sewaktu dengannya.. bangsa Melayu perlu jelas 'Kerajaan perpaduan DAP dan MCA' secara langsung sudah tertubuh, understanding atau persefahaman mereka dalam kepentingan mereka tidak pernah berbelah bagi.. masih tak nampak lagi..

Mr Bean boleh tersengih sekarang.. tetapi boleh ke 'sengih' mr bean ini menjamin masa depan bangsa Melayu.. jangan jadi umat Islam hina di dunia dan hina di akhirat.. biarlah jadi umat Islam yang hebat di dunia dan hebat di akhirat.. 'Al Islam Yaklu wala Yula Alaih'

Selasa, Ogos 17, 2010

Pak Arab pun bagi respon Dinar Emas negeri Serambi Mekah!!!

13 Komen!!!
Mungkin PAS Kelantan dah terlalu bangga dengan pelancaran dinar emasnya beberapa hari lepas.. tapi ironinya pelancaran Dinar Emas yang melambangkan kehebatan ekonomi Islam tidaklah setaraf dengan pembangunan dan pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan yangtidk ke mana pun, belanjawan Defisit tahun 2009, FDI dan pelaburan bukannya ada apatah lagi dengan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Namun yang hebatnya ia mendapat perhatian kolumnis editor majalah Islamic Banker di Arab Saudi.. dahsyatnya juga penangan dinar Enas Kelantan. Untuk artikel penuh sila baca dibawah:

Seorang kolumnis akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews menganggap langkah kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai politik oportunis murahan untuk mengambil kesempatan emosi dan simpati penduduk Muslim.

“Pengumuman kerajaan negeri Kelantan minggu lalu bahawa ia akan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang sah diperlakukan bersama-sama ringgit adalah cubaan gagal untuk secara sendirian mengisytiharkan kebebasan dasar kewangan,” kata Mushtak Parker yang juga editor majalah Islamic Banker.

“Apa lebih ketara ia mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990,” katanya.

Beliau berkata, hakikat bahawa PAS mengumumkan langkah itu sempena permulaan Ramadan, menunjukkan ia langkah politik oportunis murahan.

PAS, katanya, akan mempunyai lebih kredibiliti jika ia cuba memperkenalkan langkah itu sejurus selepas krisis kewangan global pada 2008.

Bagaimanapun, seperti beberapa parti Islam lain, PAS terbukti tidak berkesan apabila memegang kuasa, dengan tumpuan diberi kepada dasar autoritarian yang ketinggalan zaman dan tidak anjal, serta pandangan patriak dan penguasaan golongan lelaki dalam kedudukan kuasa.

“PAS adalah parti yang memperkenalkan aparteid agama di Kelantan di mana wanita disediakan kaunter asing di pasar raya,” katanya.

Namun, beliau berkata dalam bidang ekonomi dan kewangan parti Islam, seperti PAS, “amat naif bahawa dinar emas Islam atau kewangan Islam adalah penawar kepada semua masalah dunia, semata-mata kerana ia adalah falsafah dan etos berlandaskan agama.”

Isu mata wang Islam bukanlah satu perkara baru, kata Mushtak.

Malah mata wang Islam sudah pun wujud iaitu Islamic Dinar (ID), iaitu unit perakaunan Bank Pembangunan Islam (IDB).

ID berkenaan adalah bersamaan satu SDR (Hak Pengeluaran Khas), unit perbankan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). ID itu secara berjaya digunakan IDB sejak penubuhannya pada 1975.

Mushtak berkata, jika negara Islam mahu mata wang bersama, ID berkenaan adalah calon paling sesuai untuk dipertimbangkan.

Namun, ia sukar diterima sebagai mata wang bersama – walaupun disandarkan emas atau perak kerana perbezaan tahap pembangunan ekonomi 56 negara anggota IDB. – Agensi

Ps: jangan pula PAS kata UMNO yang bayar kolumnis ni.. apalah punya otak.. letak kat lutut..

Selasa, Ogos 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK 1431H

2 Komen!!!
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakyat Malaysia!

Semoga ibadah dan taqwa kita semua bertambah dan mendapat maghfirah daripadaNya.

DAP PANIK TAKUT KEBENARAN TERDEDAH

0 Komen!!!

Nota ini begitu penting sekali... sebelum ini nota itu dirahsiakan namun desakan bloggers dan pembongkaran esklusif memaksa peguam kerajaan membentangkan bukti yang akhirnya dapat mendedahkan DAP lah dalang sebenar yang memaksa keadaan hinggakan TBH bunuh diri... lantas membersihkan nama kerajaan & SPRM...

Untuk makluman tiada sebab untuk seksa TBH sampai bunuh diri sebab dokumen yg telah diperolehi cukup kuat unuk mendakwa pihak terlibat... bukti ada pada salah seorang blogger he he he... dia dah tayang salinan dokumen ini... buat apa SPRM nak risikokan siasatan mereka... pasti mereka dah tau geng Pakatan ni kuat menyaman dan suka naik turun mahkamah dan kalau buat benda pelik2 sure mereka kena saman... inikan nak bunuh org... gila pa...

Source: Malaysia Today

Percaya atau tidak fitnah dan tuduhan keatas SPRM hanya untuk cover-up kes yang telah dibina SPRM yang bakal menyabitkan pimpinan DAP... selain melewatkan tindakan agensi penguatkuasaaan, merendahkan moral mereka dan akhirnya mempengaruh rakyat....

CUKUPLAH KITA DITIPU RAKAN-RAKAN... FIKIRKANLAH KALAU TERGAMAK KITA UNTUK MASIH MENYOKONG ORANG YANG MEMEPRBODOH DAN MEMBOHONGI KITA...

Aktikel berkaita kandungan nota bunuh diri Teoh Beng Hock (TBH)


Lama dah kami dok pikiq pasal surat 'suicide note' (surat bunuh diri) Teoh Beng Hock yang didedahkan oleh Jaringan Muda Melayu.

Dari maklumat yang kami dengaq, surat ini sudah lama berada di 'pasaran'. Pada awal Inkues, peguam kerajaan Tan Hock Chuan sudah ada dalam tangan surat 'suicide note'.

Suicide note ini diperolehi dari beg Teoh Beng Hock yang tertinggal di tepi kerusi tempat dia tidor semalaman bersama handphone yang bagai nak gila Ronnie Liu mahukan kembali.

"Suicide note" ini ditulis dalam bahasa Cina dan pastinya telah dihantar untuk terjemahan. Kalau setakat bahasa Cina, dah pasti hantar ke PDRM saja yang memang boleh buat translation dalam bahasa Cina. INi bermakna polis dah tahu pasal surat ini.

Peguam SPRM pun sudah tahu mengenai surat ini.

Dalam surat ini, Teoh Beng Hock menulis kepada Ean Yong dan memberitahu dia telah beritahu segala-galanya kepada SPRM. Dia terpaksa lakukan katanya. Turut juga, dia memberitahu dia akan bunuh diri.

Surat ini adalah satu2 bukti yang pastinya akan menolak habis teori2 DAP untuk salahkan SPRM dan mendedahkan salahlaku yang ada dalam DAP.

Masaalahnya, kalau sekarang baru nak submit to the court, ianya akan di spin oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Dari segi prosedur mahkamah, ianya betul. Tapi dari segi persepsi politik, ia boleh diputarbelit.

Kenapa Tan Hock Chuan tidak bentangkan kepada Inkues? Peguam SPRM pun tahu tapi kenapa tidak mahu tuntut Tan bentangkan ke Inkues?

Apa motif Tan untuk tidak mahu keluarkan 'suicide note' ini? Adakah dia lakukan sendiri untuk tidak keluarkan? Adakah sesiapa arah atau diugut dia untuk tidak keluarkan surat ini?

Apa hal sekalipun, peguam SPRM dan PDRM tahu mengenai surat ini ... Siapa nak coverup untuk DAP ni??????

SENANG SAJA MAU FIKIR MA.... CINA MESTI TOLONG CINA MA...

Pautan Artikel Lain

Sumber: idealismalaysia

Sukarnya hidup dibawah pemerintah Khalifah PAS Lim Guan Eng

3 Komen!!!

Ramadan ini pasti menggamit perasaan hiba Melayu Pulau Pinang khasnya dan Melayu Malaysia amnya.

Manakan tidak, tempat mereka berniaga dan cari makan masa bulan Ramadan lebih 20 tahun yang lalu kini ditutup dan dilarang orang melayu berniaga akibat pemerintahan kuku besi DApigs yang disokong oleh ulama PAS.

Namun meskipun dihalang mereka tetapi berusaha juga.. inilah antara kisah peniaga melayu Pulau Pinang yang dipinggirkan oleh kerajaan DAPigs [rujuk sini]

Meskipun dihalang beroperasi, para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan di lokasi itu kerana percaya mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Tanpa mengendahkan petugas keselamatan yang mengawal tapak berkenaan hari ini, mereka membawa masuk segala barangan jualan ke dalam gerai masing-masing walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Dalam keadaan cahaya samar-samar kerana ketiadaan lampu, ia langsung tidak menjejaskan semangat para peniaga terbabit yang hanya mahu mencari peluang menambah pendapatan di bazar yang telah 20 tahun beroperasi setiap kali tibanya Ramadan itu.

Peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48, berkata, dia telah membayar sewa gerai sebanyak RM1,800 kepada Dewan Perniagaan Komtar selaku penganjur Bazar Ramadan untuk tempoh sebulan selepas permohonannya diluluskan.

Justeru, jelasnya, beliau berhak menjalankan perniagaan di situ kerana telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Ini hak kami (peniaga), kami bukan beri rasuah untuk berniaga di sini, kami guna saluran yang betul. Kenapa pula kami tidak dibenarkan berniaga?


Nak niaga pun susah... begitulah sukarnya kehidupan di bawah pemerintahan khalifah PAS Lim Guan Eng.

Kepada muslimin dan muslimat.. semoga menyambut bulan Ramadan 1431h dengan lebih tabah.. namun belum terlambat lagi, pastikan orang Melayu semua akan datang pada Pilihanray Umum ke-13 untuk menolak kerajaan PAS- DAP- PKR jika tidak mahu kejadian ini berulang kembali.

Selamat menyambut Ramadan Almubarak 1431h

Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR

1 Komen!!!


DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tuanku Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Ketua Turus JMF

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi semalam, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini.

Sepanduk PKR yang memaparkan gambar Tuanku Sultan Johor sebagai modal kempen; ehsan blog idealismalaysia.blogspot.com

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor, akibat tindakan yang disifatkan:

“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen) sepanduk mereka. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Golongan ini tiada pendirian hidup, seperti ‘lalang’. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar diiringi TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin semasa pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di JB Sentral

Laporan The Star:

Tuesday August 10, 2010

Don’t use my name for politics, says Johor Ruler

KOTA TINGGI: Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has warned politicians not to use his name for their own personal gain.

“Do not drag me into politics” he said, adding that such action was rude and offensive.

Sultan Ibrahim pointed out that he had been following the news, especially in the state.

“In Batu Pahat, a politician had tried to create problems among the people by using my face in a banner,” he said during the closing ceremony of Kembara Mahkota Johor at Padang Majlis Perbandaran Kota Tinggi here yesterday.

He added that politicians should not use the influence of Rulers for their personal agenda and the police should investigate the issue.

Sultan Ibrahim also urged the people not to be swayed by the actions of such politicians.

On another matter Sultan Ibrahim reminded government officials to serve the people diligently.

“I would like to remind government officials to serve the people with integrity.

“Do not do things solely for your own benefit,” he said.

He also reminded enforcement officials to uphold justice as it was their responsibility to do so.

“Do not adopt a double standard when carrying out your enforcement duties as anyone who breaks the law must face the consequences,” he said.

******************************

Kebiadapan Chua menggunakan peluang platform politik sebagai pentas untuk ‘menghasut’ rakyat agar ‘bangkit’ dengan ‘memperkudakan emosi’ kunun kununya Tuanku Sultan Johor terpengaruh dengan pemimpin UMNO untuk ‘menghukum’ beliau dan menarik balik darjah kebesaran dan merayu untuk memberikan kuasa kepada PKR juga wajar disiasat bawah Akta Hasutan.

Dikhabarkan darjah kebesaran anugerah Tuanku Sultan Johor keatas Chua semasa beliau menjawat Menteri Kabinet, MP BN untuk Bakri dan Naib Presiden MCA adalah akibat tindakan beliau yang cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor, dalam proses perebutan jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti 2008. Beliau dikatakan mengunakan pengaruh beliau sebagai pemimpin kanan MCA Johor untuk ‘mempengaruhi’ Istana dengan menafikan darjah anugerah kepada masyarakat Cina, kerana dikatakan mereka yang tersenarai ini tidak memihak kepada beliau dalam perebutan jawatan Presiden MCA itu.

Chua dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

Chua menyertai PKR kerana kecewa dalam MCA adalah amat tepat kerana PKR merupakan ‘himpunan politikus kecewa dan terdesak’, yang diketuai Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Beliau juga kini menurut rasmi Anwar dan Anwarista dengan memanipulasikan fakta dan keadaaan, berbohong dan tergamak memperkudakan nama baik Tuanku Sultan sebagai gimik kempen semata mata untuk meraih perhatian rakyat, disamping dengan menyelitkan mesej berbaur hasutan dan politik kebencian.

Titah Tuanku Sultan Johor agar rakyat “Tidak terpedaya dengan hasutan golongan ini (PKR)” merupakan ingatan tepat untuk amaran agar golongan yang memperkudakan emosi rakyat dengan politik kebencian dan mesej berbaur hasutan sebagai modal untuk meraih kuasa, dalam kekeliruan dan ‘menangguk di air keruh’.

Tuanku Sultan Johor melibatkan diri dengan sukan air antara remaja semasa program Mahkota Kembara Johor

Baginda merupakan seorang Raja Melayu yang amat perihatin dengan rakyat dan rakyat Johor amat kagum dan sayang kepada baginda. Ini amat jelas dengan penglibatan baginda dengan program tahunan Kembara Mahkota Johor sebagao acara tahunan baginda mendekati rakyat Johor diseluruh pelusuk negeri, tanpa pengecualian mana mana daerah dan keturunan etnik, termasuk masyarakat orang asli.

Kebiadapan golongan minoriti untuk mencabar kesabaran majoriti adalah menjadi terlaluan dan makin parah. Sudah tiba masa undang undang dilaksana sebagaimana diperuntukan, demi menjaga kepentingan negara dari usaha untuk membawa rakyat kepada kancah yang mengancam keselamatan negara, demi meraih sedikit populariti dengan perjuangan politik sempit dan mencabar kepentingan majoriti.

KEBIADAPAN BUKANLAH SESUATU YANG WAJAR DITIMBANG-TARA! AMARAN KERAS: JANGAN BERMAIN DENGAN API!


Sumber: Bigdogdot.com

Kongsi Link Anda