Popular Today

Selasa, Jun 21, 2011

Pertubuhan Haram Ber-SHIT : ANuwar patut bersihkan dirinya

3 Komen!!!
Semalam kumpulan ber-SHIT menolak cadangan SPR untuk mengadakan sesi rundingan.. Ber-SHIT akan terus mengadakan himpunan haram mereka.. mereka kata pintu rundingan telah ditutup.. hakikatnya apa yang dibuat pertubuhan haram ni hanyalah untuk memuaskan nafsu politik pihak tertentu..

Tuduhan pilihanraya yang tidak bersih ini hanya tuduhan konspirasi parti pembangkang semata-mata yang tidak ada asas langusng.. Penulis setuju dengan cadangan supaya pemimpin Pembangkang untuk meletakkan jawatan sekiranya pilihanraya diadakan sebelum ini tidak bersih. mereka patut tunjukkan pilihanraya tidak dengan meletakkan jawatan.. hakikatnya perkara ini tidak akan berlaku kerana mereka juga tidak mahu kehilangan gaji mereka bulanan yang mencecah ribuan ringgit.

Pertubuhan haram Ber-SHIT ini hanyalah mainan kotor kerajaan yang didalangi oleh ANuwar Aljuburi... sepatutnya sebelum ANUwar mahukan pilihanraya bersih.. ANuwar sepatutnya bersihkan dirinya daripada pelbagai tuduhan kotor seperti kes liwat dan video seks beliau demgan China Doll.. Ianya hanyalah cara ANuwar mahukan mengalih perhatian rakyat terhadap isu diri beliau yang melakukan perbuatan kotor dan keji

Isnin, Jun 20, 2011

SPR : BerSHIT didalangi parti tertentu

0 Komen!!!
Semalam ANUwar menegaskan bahawa beliau akan arahkan Ambingor batalkan perhimpunan haram berSHIT jika PM janji pilihanraya yang bersih.. ini menjelaskan hubungan ambingor dengan Aljuburi..

Jadi hari ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tegaskan selari dengan arahan ANUwar tersebut.. berSHIT hanyalah alat parti pembangkang.. jadi macammana mereka katakan mereka ini sebagai badan yang bebas..

"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," katanya.

Sebagaimana yang diketahui Anwar ialah Ketua UMUM Aljuburi Parti Keadilan Rakyat (walaupun sebenarnya bukanlah berapa Adil).. mana taknya pemilihan dalam parti sendiripun huru hara.. banyak salah laku dalam pemilihan tersebut... bagaimana orang yang dah tercemar pemilihan partinya boleh minta pilihanraya yang bersih..

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh pengerusi SPR ni dah diketahui umum, memang berSHIT ini didalangi Pakatan Rakyat.. apa tujuannya adakah mereka betuk-betul mahukan pilihanraya yang bersih ataupun sebenarnya mereka sahaja mahu menimbulkan kekecauan...

Pakatan Aljuburi takkan menang 5 negeri jika SPR ini tidak bersih.. ianya lojik mudah.. Perhimpunan haram BerSHIT ini hanyalah cara Anwar untuk mengalih perhatian terhadap kes liwat beliau dan kes video seks beliau..

Ahad, Jun 12, 2011

Akhirnya musuh Erdogan semua disingkir!!!

2 Komen!!!
Selangor dan Terengganu merupakan dua daripada lima negeri menyaksikan ditukar pesuruhjaya PAS, dilihat terdiri daripada kalangan profesional [rujuk sini].

Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan turut berubah tampuk pimpinan.

Pengumuman barisan Kabinet baru PAS dan negeri-negeri dibuat presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat kali pertama petang ini susulun muktamar tahunan minggu lalu.

Di Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abd Rani Osman dilantik sebagai pesuruhjaya PAS yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali, yang merupakan Exco Kerajaan Negeri manakala di Terengganu Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut menggantikan Datuk Harun Taib.

Harun merupakan Ketua Dewan Ulama PAS.

Di Melaka, Adly Zahari dilantik sebagai pesuruhjaya PAS menggantikan Abdul Ghani Abd Rahman sementara di Negeri Sembilan, Adun Paroi Mohd Taufek Abd Ghani diangkat menerajui parti itu menggantikan Zulkefly Mohamad Omar dan di Sabah Aminuddin Ali pula dilantik pemimpin nombor satu negeri di bawah bayu itu menggantikan Muhamad Abdullah.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua Abd Rani dan Mohd Abdul Wahid merupakan golongan profesional. Begitu juga lantikan baru di Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan.

Pemilihan pusat PAS yang berlangsung 3 Jun lalu menyaksikan calon kalangan profesional mengatasi kumpulan ulama.

*** catatan : akhirnya puak-puak ulama di sembelih sorang-sorang.. inilah dendam edrogan kepada ulama!!!

Sabtu, Mei 14, 2011

Wujudkan ruang untuk orang muda - Mukhriz

0 Komen!!!
KULIM 14 Mei — Pemimpin UMNO bahagian disaran membentuk satu pendekatan yang memberi lebih ruang kepada golongan muda untuk bersama-sama dalam proses transformasi parti khususnya di peringkat bahagian.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, langkah itu perlu bagi memastikan parti tersebut dilihat sebagai moden dan bergaya pada kalangan orang muda.

Malah katanya, ia juga disifatkan penting untuk meraih sokongan golongan muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang.

"Dengan penolakan golongan muda pada pilihan raya umum lalu memerlukan kita melakukan sesuatu yang baru...maksudnya kita kena remajakan UMNO,” katanya berucap pada perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO harus ambil pendekatan lebih menarik untuk memikat sokongan golongan belia dengan merangka program yang tidak dilihat sebagai parti untuk orang lama sahaja. — Bernama

Rabu, Mei 04, 2011

Kerajaan Selangor bazirkan RM 87 juta duit rakyat untuk pilihanraya kampung!!!

1 Komen!!!

RM 87 juta atau lebih tepat RM 87,600,000 untuk pilihanraya Kampung!!!

Setiap pilihanraya Kampung akan menghabiskan RM 200,000 [klik sini]

"Terdapat 78 kampung baru dan "lebih 360" kampung Melayu di Selangor... Pilihan raya itu dianggarkan bakal menelan belanja antara RM100,000 hingg RM200,000 untuk setiap kampung" kata ADUN Seri Kembangan itu..

Apakah RM 200,000 boleh buat bagi setiap kampung.. sebuah balairaya, tadika, surau dan sebagainya.. dengan kata lain banyak pembangunan boleh dibuat untuk setiap kampung.. tetapi duit tersebut dihabiskan untuk buat pilihanraya..

Kenapakah setiap pilihanrya perlu makan kos sebanyak RM 200,000.. tidakkah ianya membazir wang rakyat!!! ini semua hanya nak membankrupkan duit rakyat.. persoalannya RM 200,00 akan pergi ke mana? kalau tidak ke poket kroni-kroni pemimpin Pakatan!!!

Apa faedahnya pilihanraya Kampung.. nak pilih ketua kampung?.. lepas pemilihan akan ada puak-puak.. maka perpecahan akan berlaku.. maka keadaan ini tidak berkesudahan.. bila masa kampung nak maju!!!

Jangan lupa juga bila ada pemilihan... rasuah boleh berlaku.. kerana ketua kampung pegang projek kerajaan tempatan.. manusia selagi ada kuasa ia pasti akan cuba dapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun!!!

Hakikatnya pilihanraya Kampung dengan kos yang begitu besar pastinya akan membazir duit rakyat.. RM 87 juta itu boleh dibuat banyak perkara untuk melonjakkan ekonomi orang kampung!!!

Pembela?.. bela apa?

0 Komen!!!
Syabas kepada Pembela yang dikatakan disertai oleh gabungan lebih 80 Ngos Islam yang dikatakan akan mebincangkan mengenai isu-isu semasa umat Islam di Malaysia [klik sini]..

Di sebutkan juga bahawa pembela akan menyentuh pelbagai topik, aantaranya isu Alkitab, isu pertukaran agama dan kebebasan beragama untuk dibincangkan.

Hasil perbicangan itu akan dikemukakan kepada kabinet, perdana menteri, Majlis Raja-raja, parti politik dan mufti..

Ianya adalah satu tindakan yang baik bagi umat Islam untuk menuntut haknya di negaranya sendiri..

Namun apa yang lebih penting Ngo's seperti pembela ini perlu membela kepentingan umat Islam mengenai semua perkara dan bukannya perkara tertentu.. kerana jika tidakan pembela hanya memperjuangkan isu-isu tertentu pastinya ianya dilihat sebagai bias terhadap mana-mana fahaman politik.

Antara isu yang patut pembela bawa ialah antaranya Isu Kalimah Allah, Isu Alkitab, isu menggunkan masjid sebagai platform politik, isu menggunakan agama sebagai pletform politik, isu sumpah mubahalah, sumpah qazaf, hudud, negara Islam dan sebagainya yang berkaitan dengan umat Islam.. akhirnya apa yang penting ialah umat Islam mendapat faedah dan terhindar dari kekeliruan mengenai hukum Islam yang kini terlalu dipolitikkan!!

Umat Islam di Malaysia kini sudah tidak hormat lagi institusi Agama seperti mufti apabila pendapat mufti tidak selari dengan pendapat tok guru mereka!! tok guru mereka mempunyai kuasa untuk menghalalkan dan mengharamkan ikut fatwa parti politik mereka menyebabkan umat Islam tidak dapat membezakan mana yang lebih utama dalam beragama!!!

Jadi rakyat malaysia akan melihat sejauh mana tindakan Pembela ini.. adakah ianya benar-benar mahu perjuangkan Islam atau ianya hanya mainan politik pihak tertentu sahaja...

Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati dalam kecuali dalam Islam!!!

Jangan tegur PAS, nanti kena maki!!!

0 Komen!!!
Jangan tegur... Kalau tegur nanti.. Hang kena maki nanti!!!!

Inilah namanya kebebasan bersuara ala naib presiden PAS yang perasan namanya Parti Islam!!!

Nama sahaja parti Islam tapi perangai lebih teruk dari bukan Islam!!!

Ianya berkenaan Naib Presiden PAS ini yang tidak boleh ditegur...

Mahfuz dikesan berbuat demikian sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak Pas meninggalkan pembangkang kerana dilihat kerjasama itu hanya membawa keuntungan kepada DAP.

Mahfuz didapati memaki seorang rakan dalam talian Twitternya iaitu Jack Fadzli.

"Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini," kata Mahfuz kepada Jack Fadzli, Sabtu lalu.

Sebenarnya apa yang ditunjukkan oleh Mahfuz menunjukkan perangai sebenar pemimpin pembangkang.. Cuba lihat akhlak Anwar masa ditanya oleh wartawan TV3.. Muka bengis.. Siap marah-marah lagi.. Inilah dia namanya pemimpin yang memperjuangkan kebebasan suara dan kebebasn media.. Namun inilah dia sikap cakap tak serupa bikin!!!

Teringat cerita P. Ramlee.. Seniman Bujang Lapok yang kaitkan bahasa menunjukkan bangsa..

Hakikatnya Pemimpin pembangkang tak layak nak bercakap mengenai kebebasan media Dan kebebasan bersuara..

Satu aspek lagi ialah mengenai kerjasama Pas dan DAP yang sememangnya sangat merugikan PAS.. Lihat sahajalah masa Pilihanraya Sarawak yang lalu.. Pas tewas dengan Hina.. DAP pula menjadi parti cina cauvanis yang terkuat berjaya menyemai budaya rasis di kalangan kaum Cina..

Apa Gunanya Pas berada dalam Pakatan jika tidak mampu bersuara.. Pas hanyalah boneka Dan kambing hitam DAP.. Di manakah maruah PAS..

Oleh itu, ajakan Najib adalah berasas untuk selamatkan PAS dari terus hilang arah Dan hilang sokongan...

Sikap Mahfuz menunjukkan beliau tidak kisah Pas terus dihina Dan dijadikan boneka.. Sebab itu apa yang DAP buat hanya berdiam diri.. Kecut telur.. Tak boleh bersuara..

Orang macam mahfuzlah yang sebenarnya merosakkan maruah dan menyongsangkan perjuangan Pas!!!

Fikir-fikirkanlah!!!

Sent with Xobni Mobile - http://xobni.com/mobile

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, Mei 03, 2011

Nik Aziz si tua nyanyok

0 Komen!!!

Baru sahaja beberapa hari lalu Nik Aziz jumpa Duta Amerika ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu [klik sini].. kini nik Aziz katakan siapa yang mengatakan siapa yang menyatakan dunia akan lebih aman adalah seperti penyokong Amerika..

"dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama bin Laden di tangan pasukan elit Amerika Syarikat (AS) adalah pandangan tidak cermat" kata Nik Ajis

Sebenarnya penulis setuju dengan pandangan Nik Aziz.. jika tiada Osama, keganasan dan ekstremisme tetap berlaku... kalau tak percaya lihat sahaja amalan ganas yang dibawa Pakatan Rakyat khasnya semasa pilihanraya.. lihat sahaja samseng PAS dan PKR!!!

Kalau tak ganas itu bukan PAS dan PKR!!!

Memang sifat pemimpin pembangkang tak kiralah siapa yang penting mesti ada 2 sifat utama iaitu pertama pembohong dan kedua cakap tidak serupa bikin!!!

Pada 27 April 2011 lalu baru sahaja Nik Aziz jumpa Duta Amerika.. banyak persoalan timbul mengenai perjumpaan ini.. ini membuktikan PAS juga meminta tolong dan bantuan Amerika..

KIta tahu AMerika ini tidak pernah jumpa seseorang pemimpin tanpa mahu mendapatkan timbal balik.. setiap bantuan yang dihulurkan pastinya ada udang di sebalik serban!!!

Lihat sahajalah bagaimana Amerika menaja Taliban suatu masa dulu untuk jatuhkan pencerobohan Rusia di Afghanistan tetapi akhirnya Taliban juga mati di tangan tentera Amerika.. khasnya apabila AMerika mendapati mereka sudah tidak perlukan Taliban!!!

Ianya tidak mustahil berlaku kepada PAS yang bakal menjadi baru Amerika.. inilah buktinya iaitu perjumpaan Nik Aziz dengan Duta Besar Amerika!!!

Hakikatnya Nik Aziz ni dah nyanyok.. cakap merapu dan cakap tidak serupa bikin.. orang begini memang Amerika suka untuk dipergunakan!!!

Kongsi Link Anda