Popular Today

Selasa, Julai 16, 2013

YB Simpang Renggam bakal digantung kerana dakwa Anwar ada banyak duit di bank luar negara!!

1 Komen!!!

Hari ni YB Simpang Renggam jadi hero.. patut ramai lagi MP BN ada yg berani macam ni apabila mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki wang ratusan juta ringgit dalam akaun bank luar negara (klik sini).

"Jeff Ooi telah membangkitkan isu ini dan Yang Dipertua telah memberi peluang kepada Simpang Renggam (Liang Teck Meng) menarik balik kenyataannya tapi dia menolak. Jadi Yang Dipertua kata isu itu akan didebatkan,"

kita lihat sahaja kemampuan kempen pembangkang hanya dengan menguasai 3 negeri atkkanlah mampu kempen secara bermewah2 dengan lori trailer, pentas bergerak dan sebagainya. Bukan setakat tu sahaja naik jet peribadi serta helikopter untuk berkempen.. itu tak termauk planing Anwar 16 September yang mahu beli MP BN sudah tentu kos duit berjuta ringgit.. 

jadi apa salahnya yang dinyatakan oleh YB Simpang Renggam.. 

Jadi apa lagi ayuh kita bahaskan!!

Ps: kekayaan Anwar bukan sahaja boleh beli barang tapi boleh juga beli orang!! hehe jgn lupa tu!!


Alvin dan Vivian akan ditahan di bawah akta hasutan dan akta Komunikasi dan Multimedia??

0 Komen!!!

Dah tiba masanya mereka yang menghina islam atau sengaja membuat rasa tidak selesa di kalangan masyarakat majmuk ini diberikan tindakan tegas..

Menurut Agenda Daily Apa yang diberitahu oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail Selasa mungkin akan mengundang rasa gerun mereka yang gatal tangan nak persenda agama orang lain dan lain-lain yang menyentuh sensitiviti seumpamanya.

Tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee memang sangat melampau.. dan juga jangan ingat mereka hanya boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia saja kerana isu 'selamat menyambut Rahadhan bak kut teh'. Aksi biadap pasangan ini bukan ini sahaja bahkan sebelum ini lagi yang berbentuk provokasi.


Menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar selepas satu majlis di Bangi,Gani mengesahkan Akta Hasutan boleh digunakan untuk siasat dan dakwa mereka.

Katanya pertimbangan akan dibuat untuk tujuan berkenaan.

Hukuman dibawah Akta Hasutan adalah lebih berat dibandingkan dengan bawa Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Gani pasangan Alvin dan Vivian boleh didakwa serentak dibawah dua akta berkenaan.

Namun kalau diingatkan kembali.. mereka hanya iku gaya kepimpinan mereka iaitu Anwar Ibrahim... bapak borek, anak rintik..



Ambiga perlu cermin diri sebelum tuduh SPR!!

1 Komen!!!
Ambiga masih menuduh SPR gagal membersihkan daftar pemilih  tapi peliknya pada pilihanraya Umum yang lepas tiada pula petisyen yang mempersoalkan tntg senarai daftar pemilih ni.. petisyen lebih bersifat teknikal dan tentang dakwat kekal..

Jika ambiga betul perjuangkan tentang pilihanraya yang bersih.. Ambiga juga patut soalkan integriti PR kerana semasa PRU13 pakatan telah tuduh pilihanraya tidak sah dengan mendakwa 40 ribu bangladesh dibawa masuk untuk mengundi dan isu blackout.. Ambiga patut meminta PR kemukakan bukti.. kerana setiap dakwaan perlu kemukakan bukti..

Namun malangnya ianya tidak terjadi kerana Ambiga hanyalah anjing belaan PR yang menyalak bagi pihak PR.. sedangkan PR sebenarnya yang main kotor dengan melempar fitnah terhadap SPR seperti dakwaan pengundi bangla dan blckout tetapi hakikatnya.. ianya sesuatu yang sengaja direka-reka oleh PR.. sangat memalukan..; apabila pembohongan PR mengenai perkara ini terbongkar.

SPR telah buat yang terbaik untuk menjadikan perjalanan Pilihanaraya ini telus.. tetapi yang mengotorkan perjalanan Pilihanraya ialah PR!!

Selasa, Jun 18, 2013

Razali : Perancangan Strategik DAP Tawan Putrajaya

2 Komen!!!
AIDCNews – 08/04/13 – Satu rakaman ceramah yang dibuat oleh Mohamad Razali bin Abdul Rahman, bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP mendedahkan bagaimanakah perancangan strategik parti itu untuk menawan Putrajaya.
Pada Julai 2011, Mohamad Razali telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown di mana beliau turut mengesahkan beliau merupakan salah seorang peserta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang, 5 Mei 2011 yang ‘berdoa’ mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Majlis ‘doa’ itu diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister.
Berikut merupakan transkrip ceramah beliau :
Pengerusi Majlis
Bismilahirahmanirahim…
Alhamdulillah
Yang kita hormati saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman, penceramah undangan kita. Elok juga saya mengenal beliau sepintas lalu.
Beliau merupakan salah seorang mantan Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam dalam parti DAP suatu ketika dahulu. Dan banyak soal-soal, perkara-perkara strategi dalam parti DAP, kemungkinan beliau akan kemukakan.
Jadi, itu sedikit latar belakang. Mungkin dia akan memperkenalkan dirinya masa sesi beliau dan sejurus selepas itu, saudara-saudara, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian diberi ruang sepenuhnya untuk mengemukakan soal jawab yang berkaitan dengan ceramah ataupun ucapan yang telah disampaikan oleh beliau.
Dan saya rasa, saya tidak mahu mengambil masa yang begitu panjang. Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah beliau, dipersilakan.
(Hadirin menepuk tangan)
Mohamad Razali bin Abdul Rahman
Bismilahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.
Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan dan izin-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini. Ini merupakan kali pertama saya berada di Putrajaya. Kali pertama dalam hidup saya.
Mungkin Tuan-tuan dan Puan-puan tertanya-tanya saya, siapa ni, tiba-tiba berada di hadapan Tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberi satu taklimat.
Terlebih dahulu di sini, saya ingin memperkenalkan diri sayalah siapa. Saya Mohamad Razali. Saya anak anak jati Pulau Pinang. Lahir di Pulau Pinang, besar di Pulau Pinang, belajar di Pulau Pinang. Telah pun berumah tangga, mempunyai dua orang cahaya mata, seorang sahaja isteri ya.
Saya ini bekas…bekas ahli DAP. Dalam DAP ini, untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Saya ini merupakan bekas Setiausaha Politik kepada ataupun lebih dikenali sebagai Lim Guan Eng. Pegawai Tugas-tugas Khas dia. Saya juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong. Setiausaha Publisiti DAP negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Jelutong. Selepas itu, saya merupakan Pengarah Pilihanraya untuk DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang ini. Lepas itu, Pegawai Khas kepada YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong juga. Timbalan Pengerusi Melayu Pulau Pinang dan saya jugalah Timbalan Pengarah Strategi untuk pilihanraya negeri untuk tahun lalu. Saya juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Strategi dalam DAP ialah satu jawatankuasa, minta maaf..yang dilantik oleh Guan Eng.
Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.
G17 ini untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada.
Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium.
Di Malaysia ini, kami sempat buat di tiga tempat saja. Satu di Pulau Pinang. Lepas itu kami buat di Hotel Shangg di Johor dan satu lagi di Selangor, di Hotel Quality Shah Alam. Lain semua di luar negara.
Saya kata saya dilatih tiga tahun oleh pihak Israel, jadi ideologi saya dengan Tuan-tuan dan Puan-puan berbeza lah.
Saya cuma terima dua ideologi saja. Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis. Lain..semua saya tolak. Saya tolak semua. Dua ini saja yang saya terima. Saya lebih pentingkan parti saya ni daripada anak ke..bini ke..family ke segala-galanya, parti its more semua important bagi saya.
Ini merupakan taklimat saya yang ke 105 dalam masa tiga bulan saya merantau hampir ke seluruh pelusuk tanahair. Ini yang ke 105 pada pagi ini.
Jadi, saya di sini ingin berkongsilah pengalaman saya, apa yang saya diajar oleh pihak-pihak Yahudi. Tugas utama saya Tuan-tuan dan Puan-puan. Tugas utama saya semasa saya berada dalam Kerajaan Negeri adalah merancang bagaimana nak mengusir orang Melayu ni keluar daripada Pulau Pinang.
Saya tak tuduh orang lain, saya tak kata orang tu baik, orang tu tak baik. Saya adalah orang yang terlibat secara langsung isu tanah-tanah orang Melayu di Pulau Pinang ini. Isu di Pokok Asam di Jeletong, isu di Balik Pulau, Bayan Mutiara, pelupusan masjid yang berharga RM 125 juta ini. Sayalah orang yang terlibat secara langsung yang merancang supaya kita tukar tapak masjid itu ke bangunan komersial. Sayalah orangnya.
Saya ni bekerja di dua tempat. Satu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lagi satu dengan Ivory Property, salah satu pemaju yang terkenal di Pulau Pinang yang telah mengambil projek Bayan Mutiara.
Saya dibayar hampir RM12,000 oleh Kerajaan Negeri dan RM4,000 oleh Ivory Property. Lebih kurang RM16,000 tak termasuk dengan elaun ataupun benda-benda lain lah. Boleh dikatakan RM20,000 lah sebulan. Cukup mewah semasa saya berada dalam kerajaan DAP ini, cukup mewah, terlalu mewah. Apa yang saya tak ada, semuanya saya dapat. Saya ni merupakan anak emas lah orang kata kepada Lim Guan Eng. Tapi saya tidak akan muncul di hadapan, tidak pernah muncul di hadapan. Selalunya akan berada di belakang tabir sahaja. Saya tidak dibenarkan muncul di hadapan.
Ini merupakan Ketua Pakar Strategi DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya. Di bawah dia lah kami enam belas (16) orang berada. Dia cukup pakar. Ini manusia yang cukup berbeza. Cara pemikiran dia, idea dia, lain daripada yang lain. Saya duduk dengan dia hampir tiga tahun. Memang tahulah cara dia. Berbeza, dia merupakan manusia yang cukup uniklah bagi saya. Pemikiran dia ni terlalu geniuslah. Susah nak dapat orang macam dia ni. Tapi apa nak buat, dia berada dalam parti DAP. Cukup berbeza. Satu manusia yang cukup istimewa Tony Pua ni. Itu untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan.
Di sini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya, apa latihan yang diberi oleh pihak Yahudi. Dia cakap, cara-cara kita nak dapatkan idea atau ilham, katalah kita ada satu masalah tapi kita tak tahu jawapannya. Kita tak tahu cara nak menyelesaikan. Dia kata, cukup mudah. Cukup mudah dia kata. Gunalah tiga benda ni saja, dia kata kita boleh dapat jawapannya. Kita dapat tiga jawapan, pilihlah satu jawapan yang terbaik.
Dia kata yang pertama, kalau kita ada satu masalah tak tahu jawapan. Semasa kita nak tidur pada malam hari tu, ambillah sekeping kertas dengan pen, letaklah di sebelah kiri kita dan kita tidurlah sambil memikirkan masalah yang belum dapat jawapan. Kita tidur macam biasa tapi kita fikir masalah yang kita tak dapat jawapan.
Di tengah-tengah malam masa kita tidur tu, jawapan pertama yang kita akan dapat. Conform jawapan pertama yang akan kita dapat, dia kata, bangun dan tulislah pointnya, dia takut bangun pagi kita akan lupa. Lepas itu tidurlah seperti biasa.
Yang kedua dia kata, semasa kita mandi di pagi hari. Masa kita mandi di pagi hari Tuan-tuan dan Puan-puan, minda kita pada masa itu akan terbuka cukup luas. Masa tu Tuan-tuan dan Puan-puan cuba fikirlah masalah tu, jawapan yang kedua akan dapat.
Yang ketiga dia kata, semasa kita membuang air besar. Bila dia kata air besar, kami pun gelak. Merepek Yahudi ni, takkan masa buang air besar pun dapat idea. Dia rasa marah. Dia rasa kami yang tujuh belas ni (gelak), dia rasa tercabar. Dia bagi satu soalan kat kami suruh buat ketiga-tiga cara ni, esok pagi mailah dengan jawapannya. Kami buat. Tujuh belas orang ni buat.
Benda ni berlaku di Hotel Shangg, Perak. Kami buat ketiga-tiga benda ini. esok pagi Tuan-tuan dan Puan-puan, tujuh belas orang mendapat jawapan. Jawapan kami cukup berbeza, tujuh belas orang ni tetapi matlamat yang sama.
Kalau Tuan-tuan tak percaya, cubalah malam ni, tak salah kita cuba. Cuba sekali cukup, tengok kelainannya macam mana, berbeza.
(Tayangan gambar) Sebelah Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau merupakan Pengarah Urusan Ivory Property yang telah mengambil projek Bayan Mutiara. Bayan Mutiara ni bukan diberi secara open tender.
Kita bincang tentang isu ini pada 26 Mac 2009 di Medan, Indonesia. Saya telah membuat rombongan ni pergi ke Medan antara Ivory Property dengan Kerajaan Negeri. Kita telah pergi ke Medan berbincang, tiga hari dua malam di sana.
Kami telah berbincang tiga hari dua malam. Itu tidak diberi open tender. 2009..kita dah set dah nak bagi dekat Ivory Property. Harga sekaki tanah di Pulau Pinang, di tempat itu berharga RM420 sekaki tanah harganya. Bayangkanlah, projek itu bernilai lebih RM1 billion pada masa itu. Sekarang lebih lagi. Memang tak diberi open tender, dah diset kita akan bagi dekat Ivory Property.
Sayalah orang yang terlibat. Sayalah orang tengah antara Kerajaan Negeri dengan Ivory Property untuk projek Bayan Mutiara. Begitu juga dengan projek-projek lain yang sedang rancak sekarang. Sedang diusahakan terutamanya di bahagian Batu Feringgi tu, Island Resort Moon Light Bay..semua itu merupakan sayalah orang yang terlibat. Walaupun tak dapat kelulusan disebabkan lereng bukit tapi saya berjaya menggunakan kuasa yang ada kat saya mempengaruhi Kerajaan Negeri supaya memberi kelulusan kepada Ivory Property. Banyaklah saya buat di sana Tuan-tuan dan Puan-puan.
Merampas tanah-tanah orang Melayu, merobohkan kedai-kedai orang Melayu, sayalah orangnya. Kalau kami tahu dia tu tak sokong Pakatan Rakyat, tak sokong DAP, kami akan pastikan kedai dia akan diroboh walaupun dia ada lesen ke apa, kita akan cari teknikal apa pun untuk merobohkan kedai dia atau sekurang-kurangnya menyaman dia, bagi denda. Macam tu cara kami.
Kalau dia tu merupakan penyokong Pakatan Rakyat, you tak ada lesen pun tak ada masalah, kita akan benarkan you berniaga.
Contoh saya boleh bagi. Tuan-tuan kalau pi ke Pulau Pinang, pergilah ke Jalan Yong Len berhampiran dengan Hotel Sunway, di sana merupakan penyokong-penyokong tegar DAP yang berniaga di sana. Mereka tidak mempunyai lesen ke apa, tak ada. Disebabkan mereka hardcore DAP, kita sanggup tutup jalan daripada pukul 4 (petang) hingga 12 (malam) untuk memulakan mereka berniaga. Sebab depa penyokong DAP. Kalau penyokong UMNO ke Barisan Nasional ke, padah akan menanti dia. Sampai macam tu saya buat.
Saya merupakan orang yang merancang segala-galanya. Akan memberi nasihat kepada Lim Guan Eng atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Merekalah yang akan menjalankan tugas ini tapi kami tujuh belas orang ni tak akan muncul.
Begitu juga di Selangor Tuan-tuan. Tony Pua..Ronie Liu merupakan pakar strategi DAP. Hanya dua. Salah seorang Ahli Parlimen dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini yang berada dalam kepimpinan G17, yang lain itu semua merupakan orang-orang biasa saja.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di Sibu sebagai Timbalan Pengarah Strategi untuk Pilihanraya Negeri pada tahun lalu. Saya sepatutnya berada di Sibu hampir dua minggu. Lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Semasa dewan (DUN) dibubarkan, saya berada di Shanghai, China atas urusan rasmi kerja saya.
Jadi, saya agak lewat sikit datang ke Sibu. Apabila saya sampai di Sibu, tempat tinggal ataupun bilik hotel yang sepatutnya disediakan oleh DAP ini, telah pun diambil alih oleh rakan saya daripada Selangor.
Jadi, kita maklumlah bila dah bubar dewan tu, hotel penuh tiba-tiba, rumah sewa apa pun tak ada. Saya sampai di Sibu pukul 12 tengah hari sampai malam ni saya tak tahu nak duduk mana. DAP berusaha carikan satu tempat tinggal untuk saya. Tak dapat juga. Last, pukul 7.30 malam, barulah DAP membuat satu keputusan.
Akhirnya saya telah ditempatkan di salah sebuah gereja di Sibu. Saya tinggal di gereja hampir dua minggu Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya sanggup tinggal kerana apa, perbezaan politik saya berbeza. Berbeza…saya duduk dua minggu di asrama gereja. Kiri kanan paderi-paderi daripada luar negara. Saya sanggup duduk.
Banyaklah paderi-paderi yang saya bertemu di sana ni. Mereka ingat saya ni orang India sebab muka nampak macam orang India. Sebab saya pun tahu empat bahasa. Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Tamil pun saya tahu, bahasa Mandarin pun saya tahu.
Jadi, mereka ingat saya ni orang India. Ada seorang paderi tu, semasa dia berjumpa saya, dia dok bercakap bahasa Tamil dengan saya, dia ingat saya India. Dia pun tak tanya nama saya, dia dok panggil saya brother ja. Saya pun panggil dia brother balik.
Saya tanya kat dia, apa you buat kat sini hampir lima tahun. Nama dia Martin. Beliau ni fasih berbahasa Melayu, cukup fasih paderi ni. Dia kata, dia dok di Sibu ni hampir lima tahun. Tanya kat dia, apa you buat lima tahun kat sini? Adakah ditugas nak ajar cara-cara nak sembahyang orang Kristian ke? Dia kata, tak. Yang tu bukan tugas dia. Tugas utama dia adalah untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Sibu.
Bila dia kata benda ni, saya rasa macam tak terkejut, biasa je. Oh macam tu ke, okay. Tanya balik kat dia, dah berapa ramaikah orang Melayu yang telah dikristiankan di Sibu? Saya tanya balik kat dia. Dia kata, terlalu ramai, lots. Dia kata, paling tidak sekurang-kurangnya dua orang Melayu akan dikristiankan setiap dua minggu. Bayangkanlah dia dok sana lima tahun, satu paderi. Tak termasuk paderi-paderi yang lain.
Saya nampak Tuan-tuan dan Puan-puan, depan mata saya ni. Dua orang gadis Melayu, pakai tudung labuh, pakai baju kurung, masuk ke dalam gereja. Mereka pergi ke mana? Tempat sembahyang orang Kristian dalam tu, dewan sembahyang. Tak tahu depa pi pasal apa. Saya nampak, lepas dua hari saya berjumpa dengan paderi tu. Saya nampak, remaja, awal 20-an..mereka masuk.
Selepas saya berada di sana seminggu, saya sajalah nak tipu juga, masuk ke dalam menghampiri dewan sembahyang orang Kristian, nampak satu papan kenyataan, dia tulis apa, “Muslim and pet not allow,” “Orang Islam dan binatang tak dibenarkan masuk”, terpampang di sana. Saya cuma tangkap gambar. Lepas tu saya kembalilah tugas saya Pakar Strategi DAP.
DAP bertanding 15 kerusi di Sarawak. Kami menang 12 (kerusi). Kali pertama DAP menang kerusi yang terlalu banyak, paling kuat yang biasa kami menang pun 6 (kerusi). Inilah kali pertama (menang).
Saya ni tugas saya di Sarawak adalah menghasut…menghasut orang-orang Iban supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Menghasut orang-orang Melayu supaya membenci kerajaan. Saya buat benda-benda ni Tuan-tuan dan Puan-puan.
Apa yang saya diajar oleh pihak Yahudi tiga tahun, saya jadikan Sibu ini sebagai pusat ujikaji saya, eksperimen. Tiga tahun saya di bawah naungan mereka ni. Saya buat dan saya berjaya. Saya berjaya menghasut mereka semua ni supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya buat semua benda ni sampai kami menang.
N46 tu, Dudun, ikut sejarah DAP, tak pernah menang sekali pun. Itu merupakan kubu kuat kepada SUPP tapi saya berjaya dengan majoriti 346 undi. DAP menang kerusi tu. Kerusi tu memang tidak diberi harapan langsung oleh DAP. Tapi saya ambil cabaran, I can do it. Saya dengan rakan saya ambil sebagai cabaran. Kami fokus khusus untuk kerusi itu.
Kami dibekalkan sehari Tuan-tuan dan Puan-puan, RM5,000 oleh DAP. Setiap hari pukul 8 pagi, saya akan pergi ke pejabat ambil duit RM5,000. Duit itu saya kena guna habiskan sebelum pukul 10 malam. Saya kena habiskan setiap hari RM5,000. Nak habis duit bukannya susah, senang je. Very easy. Kebanyakan saya laburlah di rumah-rumah panjang dan juga kawasan-kawasan orang Melayu.
Kita pun guna politik wang juga. Siapa kata DAP tak guna politik wang. Kita guna lagi banyak. Kekuatan atau kewangan DAP sekarang ini terlalu kukuh. Saya berani jamin, saya berani kata, DAP merupakan satu parti yang paling kaya di Malaysia ni. Paling kaya. UMNO pun tak kaya macam DAP ni.
Kekuatan ekonomi yang mereka ada sekarang selepas 2008 berbeza. Cukup berbeza.
So, ini merupakan kempen poster saya pada tahun 2010 (tunjuk slide). Saya bertanding jugalah dalam satu pemilihan peringkat negeri Pulau Pinang, sebanyak 95 calon bertanding. Dia nak pilih 25 orang saja. Tapi saya berjaya mendapat tempat yang ke 21. Selepas itulah saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melayu di Pulau Pinang.
Tapi saya difund. Fund yang saya dapat ni semuanya melalui Lim Guan Eng. Dia yang fund untuk kempen saya. Secara sulit dia bagi duit untuk saya. Dia nak pastikan saya menang. Dialah yang beri segala-gala kemewahan untuk saya berlobi pada tahun itu.
Jadi, selepas saya menang di Sibu ni, kami kembalilah ke Pulau Pinang. Lepas seminggu, YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong telah membuat satu mesyuarat. Saya Setiausaha Bahagian pada masa tu. Dia buat satu mesyuarat, ingin membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak. Jadi, kita buat satu keputusan, ingin menjemput 12 calon yang menang di sana datang ke Pulau Pinang untuk merayakan bersama-sama kami. Satu jamuan makan malam.
Jadi, kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap, kita dah atur semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja. Kami di Ivory Property ada satu projek di Indonesia. Setiap dua minggu saya kena pergi ke Indonesia. Sebab saya ni pegawai untuk projek tu lah. Saya akan ulang-aliklah. Setiap dua minggu saya akan pergi ke Indonesia.
So, saya berada di Indonesia hampir seminggu, kebetulan pada minggu tersebut. Jadi, saya serahklan semua tugas-tugas saya ni dekat Penolong Setiausaha saya, saya serah kat dia.
Lepas itu, saya balik ke Malaysia ni 4 Mei 2011. Malam tu, esok tu dah 5 (Mei) 2011. Saya pun tak tanya kat dia perancangan, sebab saya tahu dia can do everything.
5 Mei 2011 saya hadir. Saya hadir dalam pukul 8 lebih, saya hadir. Sepatutnya yang kena ada dalam majlis tu Tuan-tuan dan Puan-puan, 40 orang saja, ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang. Tetapi yang ada pada malam tu Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir seratus orang berada dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Kuching, di Sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kenal. Begitu juga paderi daripada Seri Aman.
Saya rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir? Ada pula setengah-setengah wakil luar negara yang saya tak pernah kenal langsung. Saya tanya kat rakan saya, pasal apa semua paderi ni hadir. Sedangkan ini cuma makan malam DAP saja? Dia kata, dia pun tak tahu. YB yang jemput.
Saya rasa malam tu tak puashatilah. Saya Setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik, siapa orang-orang putih ni? Dia kata, mereka merupakan Ketua Paderi daripada beberapa negara asing. Rasa satu sangsi kat saya ni. Majlis makan malam DAP, pasal apa Ketua Paderi luar negara dan dalam negara hadir. Inilah penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.
Majlis pun bermulalah dengan ucapan Ahli Parlimen Jelutong ni. Sebelum ni Tuan-tuan dan Puan-puan, ucapan dia sama. Saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam, saya boleh terima, tak ada masalah bagi saya, no problem. Tapi pada malam tu, dia kata benda yang sama juga, saya tak boleh nak terima langsung.
Dia mempertikaikan, dia kata agama Islam merupakan satu agama pengganas, terorist religion. Dia mempertikaikan kenapa al Kitab tidak dibenarkan masuk ke Semenanjung Malaysia. Macam-macam dia mempertikaikan.
Benda yang sama dia kata dulu masa kempen di Sarawak, bagi saya okay. Tapi malam tu saya rasa macam marah, geram. Saya duduk di meja yang keempat, pasal tak puashati tapi saya diam. Saya mendiamkan diri. Datang pula seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau paderi Jackson daripada Seri Aman, Ketua Paderi Seri Aman.
Ucapan dia Tuan-tuan dan Puan-puan, dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang boleh membawa masuk syurga bukan Nabi Muhammad, dia kata. Nabi Muhammad dia kata, tidak layak dipanggil Nabi. Sebab itulah pihak Kristian telah berusaha untuk mengkristiankan seramai banyak yang boleh untuk mereka juga bersama-sama kami untuk masuk ke syurga. Masuk ke syurga dia kata. Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang sahaja boleh memberi jaminan semua orang dalam dunia ni masuk syurga.
Lepas itu datang pula Ketua Paderi daripada Afrika Selatan. Ucapan beliau, dia kata, mereka telah membuat satu frame time. Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Dan pada masa itulah YB Jeff telah bangun dan beri satu kenyataan. Dia kata apa, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.
Paderi yang saya maksudkan itu inilah yang duduk di tengah-tengah berbaju orange, beliaulah Ketua Paderi daripada Afrika Selatan (tunjuk gambar).
Lepas tu, paderi tu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh-mubaligh Kristian datang ke Semenanjung Malaysia. Dia kata, projek mereka di Sabah dan Sarawak telah berjaya. Lepas ini mereka akan fokus di Semenanjung Malaysia. Tentang dana, no problem. Kita akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO-NGO Kristian.
Dan selepas itulah, tiga puluh lima (35) paderi dipanggil, dia panggil satu-satu nama datang ke depan buat satu bulatan. Inilah cara mereka ingin berikrar, bersumpah dan berdoa, tiga dalam satu.
Saya merakam segala-galanya apa yang berlaku pada malam itu. Saya merakam. Rasa tak puashati. Nak keluar tak boleh, pintu tutup dah. Saya merakam segala-galanya.
Dia panggil satu tu nama datang ke depan buat, mereka ingin berdoa. Mulanya doa mereka okay, keamananlah, kesejahteraanlah, it’s ok bagi saya, you doa macam biasa. Tetapi ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, “we must sure Christian became official religion in Malaysia and we must make sure the next Prime Minister is a christian”.
(Tayangan gambar) Gambar ini Tuan-tuan lebih jelas, siapa yang terlibat, tengoklah kedudukan Ahli Parlimen Jelutong. Semasa beliau memberi kenyataan akhbar, beliau kata, semasa kejadian ini beliau sedang makan dan bermain ipad. Tapi Tuan-tuan boleh lihat di manakah kedudukan pemimpin-pemimpin DAP pada masa itu.
Saya dok rakam Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya terkejut, saya rasa macam saya ni terjaga daripada mimpi, saya rasa macam saya kena satu penampar. Terjaga, takkan disebabkan politik, sebabkan saya ni nak jadi calon PRU ke 13, disebabkan duit, takkan aku nak jual agama kot? Timbul satu kesedaran pada masa itu. sebelum itu memang saya tak sedar langsunglah. Tak sedar, everthing block. Everthing saya block, saya tak boleh terima.
Tapi pada malam itu, timbul satu kesedaran, rasa tak puashati, nak keluar tak boleh pintu tutup. Saya tunggu sampai pukul 10.35 malam pintu dibuka, saya keluar terus pergi ke tempat letak kereta saya. Masuk dalam kereta, saya duduk diam. Saya duduk hampir setengah jam dalam kereta, saya duduk sorang-sorang. Saya memikirkan kejadian yang baru berlaku dengan kezaliman yang saya buat selama ini semasa saya berada dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Takkan disebabkan nak jadi calon, dibayar gaji tinggi, aku nak jual agama? Itulah kali pertama dalam hidup saya Tuan-tuan dan Puan-puan, saya menangis untuk agama Islam. Kali pertama, sebelum ni tak ada, jahil.
Kali pertama saya menangis, menyesal. Hampir setengah jam saya dok sorang. Selepas itu saya kembalilah ke rumah saya. Dua hari kehidupan saya ni tak menentu, rasa tak puashati. Dua hari juga saya tak pi ke pejabat. Pejabat saya tingkat 28, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Isteri saya pun tanya saya, “What happen to you? Pasai apa you nampak semacam je?”. Saya habaq kat dia, saya ni kurang sihat. Sebab isteri saya dia memang tak tahu apa pergerakan saya. Sebab saya ni ambil sumpah cara orang Yahudi. Saya habaq, saya ambil sumpah cara orang Yahudi. Satu perenggan sumpah dia kata apa, “Don’t trust anybody even those she is your wife.” Jangan percaya sesiapa pun, walaupun dia isteri kamu sendiri. Sampai tahap tu saya ikut.
Isteri saya cuma tau, saya pergi mesyuarat, balik mesyuarat. Pi luar negara, balik luar negara. Saya kata dia, “You don’t ask me what I doing. Apa yang you nak, you minta I bagi. Tapi you jangan tanya apa yang saya buat.” Sampai tahap tu saya buat kat dia.
Dua hari memang saya pressure habis. 5 hari bulan berlaku (5 Mei 2011), tiba-tiba 7 hari bulan (7 Mei 2011), keluar dalam Utusan Malaysia, “Kristian Agama Kristian Rasmi?.” Saya masa tu dok dalam market nak beli makanan, terpampang Utusan. Saya pun belilah paper Utusan tu. Beli, saya baca. Itulah kali pertama saya beli paper Utusan. Selama ni saya tak pernah beli, saya cuma baca Harakah, Keadilan dengan Roket. Tiga ni saja, lain semua saya tolak.
Saya baca apa yang ditulis oleh wartawan tersebut. Benda ni baru dua hari lalu berlaku, macam mana puak ni boleh tau. Rasa hairanlah. Tak apalah, saya ambil paper ni buat balik rumah. Saya tunjuk kat isteri saya, saya tunjuk kat dia, suruh dia baca. Dia pun bacalah. Dia pula tanya saya, “Betulkah benda ni berlaku?”. Saya kata yes, benda ni memang berlaku. Dia tanya pula, “Macam mana you tahu benda ni berlaku?”. Saya kata, saya hadir dalam majlis tu. Dia tanya lagi, “Sejak bila you pi majlis Kristian ni?”. Dia tanya kat saya.
Dan selepas itulah, saya menceritakan segala-galanya apa yang saya buat semasa saya berada dalam DAP. Saya dedahkan audio, video, dokumen yang ada kat saya. Saya tunjuk kat dia yang orang Melayu memang tak tahu langsung yang kami dok buat.
Saya mendedahkan segala-galanya. Dia menangis Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia tak dapat nak terima yang suami dia ni buat perkara ni. Tahu dia kata apa kat saya, “Tak sangka aku hidup selama ini dengan seorang pengkhianat!”. Isteri saya kata kat saya, “You ni di depan terlalu elok, tapi di belakang you adalah syaitan nombor satu.” Dia kata kat saya, dia tak dapat terima saya buat kerja ni.
Tuan-tuan tahu tak, pada satu ketika tu, cara percakapan dia ni, kalau boleh dia tak mahu hidup dah dengan saya. Dia tak boleh terima saya buat benda ni. Saya minta maaf. Saya mengaku kesilapan saya, memang saya tahu saya silap semasa saya berada dalam DAP, memang saya silap. Memang saya tahu, saya buat benda ni. Disebabkan apa? Duit, nak jadi calon, disebabkan harta. Tiga sebab nilah, tahu dia kata apa, “Kalau you sanggup menikam bangsa dan agama you dengan tiga benda ni, saya tak hairan satu hari you boleh jual saya juga disebabkan politik.” Sampai tahap tu dia kata kat saya.
Saya minta maaf kat dia. Saya mengaku kesilapan saya. Saya konfran dengan dia hampir empat jam. Sampai akhir tu, saya merayu kat isteri saya ni agar saya diberi satu peluang untuk hidup bersama. Sampai tahap tu saya pi.
Dia kata, “Kalau saya bagi satu lagi peluang, apa yang you nak buat? Adakah you sanggup mendedahkan benda ni kat orang Melayu? Orang Melayu tak tahu perancangan DAP ni, adakah you sanggup dedah? Adakah you sanggup buat laporan polis tentang isu Kristian ni? Semua pihak menafikan benda ni tak akan berlaku. Tapi bukti ada di tangan you. Adakah you sanggup?.”
Saya kata yes, saya sanggup buat.
“Betul ke you sanggup? Kalau you buat, sekelip mata you akan hilang apa yang you ada”.
Saya kata, saya lebih rela hilang harta ke, wang ke daripada saya hilang agama selepas ini. Saya kata kat dia, saya menyesal dengan apa yang saya buat.
Dia kata, “You tak guna pi minta maaf kat saya. You kena minta maaf kat setiap orang Islam kat Malaysia ni sebab kesilapan yang you buat ni terlalu besar. Dosa yang you buat ni terlalu besar.” Saya kata, yes saya sanggup. “Okay tak apa, saya nak tengok.” Dia kata dia nak tengok.
Selepas itulah 13 Mei 2011, saya pergi membuat laporan polis. Dan di pagi hari tu, sebelum saya nak pergi buat laporan polis, masa itulah saya terharu dengan isteri saya ni, walaupun dia tak puashati dengan saya tapi dialah berada di belakang saya memberi semangat. Menjadi tulang belakang saya membuat laporan polis.
Masa tu baru saya sedar kelebihan seorang isteri, seorang wanita tu macam mana. Sebelum ni saya tak pandang pun, duduk tepi cukuplah. Sampai tahap tu.
Dia pi ikut saya buat laporan polis. Terharu…saya cukup terharu. Disebabkan dialah saya boleh berada di depan Tuan-tuan dan Puan-puan sekarang ini.
So, di sini saya nak tunjuk rakaman yang keluar dalam TV3 pada hari tersebut.
(Tayangan rakaman)

Rabu, Mei 22, 2013

Kiriman Email : NASIHAT BUAT DS NAJIB, UMNO DAN BN.

9 Komen!!!
berikut adalah kiriman email dari Nasir Rahim

   



NASIHAT BUAT DS NAJIB, UMNO DAN BN.

Pada hakikatnya BN menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen dan gagal mendapat majoriti 2/3 walaupun pelbagai insentif, bantuan dan peruntukan kepada rakyat khasnya kepada orang Cina.

Ramai yang berpendapat BN mesti menarik minat sokongan pengundi Cina ke pangkuan BN. Yang tidak sedap, ia akan melibatkan peruntukan kewangan, kelulusan berkenaan pendidikan dan masa. Mereka tidak perlukan peruntukan tetapi mereka hendak kuasa politik. Boleh ke UMNO/BN berikan KUASA kepada Pakatan Pembangkang khasnya DAP dan PKR.?

Penulis mencadangkan UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu iaitu `Yang dikejar tidak dapat, yang di kendong tercicir’ betul betul berlaku.

UMNO/BN mesti menjaga harta yang ada sekarang. Pengundi UMNO/BN, pengundi India dan Bumiputera di Sabah / Sarawak. Perkukuhkan sokongan mereka, pertingkatan ekonomi, luaskan skop bantuan, luaskan peluang niaga dan pekerjaan kepada mereka dan sebagainya.

Disamping memberikan perhatian khas kepada kumpulan di atas, UMNO/BN mesti menarik sokongan penjawat awam Melayu kepada Kerajaan. Penjawat Awam yang tidak menyokong Kerajaan mesti di kenalpasti dan usaha menyedarkan mereka mesti dilakukan. Cara baik atau kurang baik mesti dilakukan terhadap mereka. Penulis banyak menuliskan mengenai `pembersihan’ di dalam Penjawat Awam dan GLC. Penulis sudah menyentuh kakitangan PETRONAS, TNB, PNB, KWSP, SIME DARBY, FELDA dan banyak lagi yang bermusang dan pisau dalam lipatan.

Tumpuan `pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’ boleh di mulakan di Lembah Klang. Ini adalah kerana Lembah klang adalah PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi nasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM dan banyak lagi).

Kementerian Luar
Setiap Kementerian di dalam Kabinet 2013 ini mesti berusaha melakukan pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’. Kementerian Luar harus kerja kuat dengan Duta Negara. Melalui facebook, penulis perhatikan pegawai dan keluarga yang di hantar ke Dubai, sebagai contohnya, adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Ramai lagi yang sedang berkhidmat di luar Negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing tersepit’. Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya (Negara lain pun mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia di sana. Jangan asyik membuang masa `shopping’, bergambar sakan serta melancong ataupun sibuk melayan kedatangan orang Malaysia ke Negara tersebut. Ini satu contoh Kementerian. Pengundi luar Negara tersebut yang telah berdaftar mesti dijemput berdialog. Semaikan maklumat yang terkini. Media yang benar perlu diketengahkan.

Bercakap pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan, penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’ untuk mengelakkan kekacauan negera di tahun mendatang.

Kementerian Pertahanan/Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pertahanan diminta mengawal selia anggota ATMnya manakala Kementerian Dalam Negeri mesti lakukan sesuatu dengan anggota PDRM. Undi awal PRU13 ada menunjukkan berlakunya sokongan kepada pembangkang. UMNO/BN kena tahu mengapa mereka bertindak demikian. Apa yang kurangnya dan apa kah perkara yang tidak puas hati?. Banyak kes di mana pesara ATM (calon Parlimen Johor Bahru) dan PDRM (Parlimen Larut) adalah penyokong dan tali barut pembangkang. Anggota Keselamatan PDRM dan ATM (majoriti nya orang melayu) mesti `di pengaruhi’ supaya menyokong Kerajaan. Tidak boleh tidak.

Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang perlu Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Idris, Datin Mary Yap dan YB Kamalanathan perhatikan. (1)Penjawat awam di Kementerian,Jabatan Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2) Pensyarah atau guru (3) Mahasiswa dan pelajar.

Baru baru ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah melakukan jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya penyokong BN. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak. Di Universiti ramai yang berfikiran seperti Dr Aziz Bari. Tahniah kepada UIA yang memecatnya.. Makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid Hamidi, kalau suka sangat dengan Negara republik, sila angkat kaki. Kami tidak perlukan awak semua.

Universiti Penguruan Sultan Idris sedang memberikan latihan kepada Adam Adli untuk menjadi seorang Guru. Penulis harap Adam Adli dan kekawannya di `gagal’kan dan tidak menjadi seorang guru. Kalau dia dan kekawan menjadi guru, pelbagai kemungkinan yang buruk akan terjadi kepada anak murid termasuk anak penulis. Ini adalah contoh terbaik mengapa pembersihan mesti dilakukan.

UiTM
UiTM adalah harta kita yang boleh disandarkan pada masa hadapan. Hampir setiap negeri ada kampus cawangannya. Di Melaka ada kampus di Lendu, di Bandar dan terkini di Merlimau. Penulis tidak sempat mendapatkan data tentang bilangan `intake’ setiap tahun. Tetapi puluhan ribu juga.

Mahasiswa dan siswi yang melangkah masuk UiTM berumur 18 tahun. Anak anak ini masih boleh dibentuk pendirian mereka. Dulu Kerajaan tidak galakkan parti politik memasuki Universiti kerana nak mereka tumpu kepada pelajaran. Malangnya keikhlasan Kerajaan melarang UMNO/BN aktif di Universiti, telah menyusahkan kembali kepada Kerajaan. Impaknya nampak sekarang. Mereka anti Kerajaan. Mereka aktif berdemonstrasi. Rosak akhlak dan mengundi DAP yang rasis, PKR yang mabuk kuasa dan minat LBGT dan pruralisma.

PAS berkembang hebat di kampus kampus dan impaknya besar sekarang. Penyokongnya amat taksub kepada pemimpin. Maaf saya katakan Kerajaan sendiri yang menyebabkan kemerosotan pengundi anak Melayu. Penulis ingin juga meliihat  anak cucu penulis menjadi Menteri satu masa nanti. Tetapi tindak tanduk Kerajaan tidak menjaga harta di dalam tangan, UMNO/BN mungkin tidak relevan lagi dalam tahun mendatang jika tidak berbuat sesuatu. DAP PKR PAS akan merubah segalanya dan amat mustahil untuk kita rebut kembali. Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura (mungkin mereka ingin menjadi sebuah Negara tersendiri) dan Hong Kong. Selangor semakin sukar dirampas. Kelantan yang menjadi mustahil untuk dimiliki oleh UMNO/BN.

Penulis berkata demikian kerana UMNO/BN kalah di Kelantan dan merosot di Terengganu  kerana pengundi Kelantan / Terengganu yang bekerja, belajar dan tinggal luar Kelantan/Terengganu. Mahasiswa dan siswi menyumbang kepada kekalahan dan kemerosotan UMNO/BN pada masakini dan akan datang jika Kerajaan berdiam tanpa tindakan. Kata DS Zahid dan DS S Subramaniam mencegah itu lebih baik daripada rawatan.

Berilah peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah melaksana agenda `pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dan Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak dilaksanakan kerana melibat cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan dialog dan interaksi dengan pemimpin Negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.

Banyak dan padatkan aktiviti kepelajaran di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.

Fahamkan mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi pengundi di kawasan tertentu.

Penulis yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Sepatah kata Tan Sri Sanusi Junid di dalam Mingguan Malaysia 19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sepatutnya. Dikatakan PM ini mempunyai ramai penasihat dan bergerak `within their circle’ sahaja. Ketewasan penasihat pun telah menjadi isu kepada UMNO dan pembangkang. Ada yang sorakkan kekalahan mereka.

Penulis  cadang PM menasihati atau mengarahkan penasihatnya supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan para cendiakawan Melayu Cina dan India. Mesti jumpa mereka dan beri mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea. Engagement begini akan menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan cendekiawan terhadap UMNO/BN. Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang dikendong (pengundi Melayu & India dan Bumiputrea Sabah Sarawak) tercicir’.

Kementerian Belia dan Sukan-IKBN
Instituit Kemahiran Belia Negara memberikan latihan kemahiran kepada belia Melayu. Penulis tahu IKBN ini berada di Pagoh, Sepang dan kuala Kubu Baru kerana urusan perniagaan kawan penulis. Ketiga tiga IKBN ini mempunyai bilangan lebih kurang 1500 pelajar. Apa yang UMNO/BN boleh buat di sini untuk menarik minat mereka menyokong UMNO/BN. Bersihkan tenaga pelajarnya dan beri pendedahan sebenar. Sekarang masa untuk bersama sama dengan mereka. Libatkan dengan aktiviti IM4U.

Ikon IM4U perlu terus memainkan peranan. Beri tugasan kepada mereka (artis, sukarelawan, pemimpin belia) seperti realiti show. Yang terbaik diberikan hadiah dan pengiktirafan.


MARA-IKM
Instituit Kemahiran Mara tumbuh di merata tempat di Malaysia. Kebanyakan mereka adalah anak muda Melayu. Dekati mereka dan bantu mereka menjalan perniagaan yang mereka pelajari di IKM. InsyALLAH mereka akan bersama sama kita. Beri mereka geran perniagaan dan pantau pengurusannya sehingga berjaya. Jika mereka berjaya, tambah insentif lagi.

Bagaimana keadaannya di MRSM? Maktab Tentera? Sekolah Sains? Penulis percaya `meluntur buluh biarlah dari rebungnya’.

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi-Geran Pengkomersilan Kerajaan
Bercakap pasal geran Kerajaan samada MTDC, Malaysia Biotech, MOSTI, Cradle Fund dan SMECorp, Kerajaan mesti merombak polisi dengan memberi keutamaan kepada syarikat Bumiputera. Syarikat Bumiputera pun kena teliti kerana banyak juga syarikat yang pro pembangkang. Penulis boleh namakan syarikat Bumiputera jika ada polisi sudah berubah sedemikian. Syarikat bukan Bumiputera tidak perlu di tolong lagi kerana mereka tidak mahu peruntukan tetapi mahu kuasa. Di Malaysian Biotech dan agensi geran Kerajaan tidak  ada peruntukan teknologi `kuasa politik’, yang ada teknologi hijau dan biotek. Pengurusan di MTDC, Malaysian Biotech dan khasnya Cradle Fund, kebanyakannya pro pembangkang. Ini di lihat daripada kecenderungan mereka melantik pengendali latihan yang terang terang anti kerajaan. Kesimpulannya `top bottom cleasing’ di agensi di atas. Pertuturan mereka macam memperlekehkan kerajaan BN dan UMNO. Dahulu, Datuk Fazillah, Ketua Pemuda PBB, boleh berbuat sesuatu. Sekarang tidak tahu macamana nak buat.

Berhentikan pengurniaan geran tetapi tawarkan pinjaman dan pengecilan staff mungkin menyekat keaktifan pemikiran pembangkang di kalangan pengawai atasan dan pertengahan agensi tersebut. Penulis bagaimanapun memperakui Malaysian Biotech tidak mengamalkan rasuah di dalam urusan mereka.

Biro Penerangan UMNO
Telahan penulis bahawa Penerangan UMNO/BN tidak memainkan peranan yang efektif adalah betul. Tan Sri Sanusi Junid pun menyatakannya di wawancara Mingguan Malaysia. Cybertropper UMNO/BN lebih pandai dan cerdik tetapi bilangannya kecil berbanding dengan Red Bean Army yang tidak cerdik tetapi  bilangannya ramai yang sepanjang tahun beroperasi. Penulis hairan juga Unit Media Baru Pemuda UMNO dan Puteri UMNO GAGAL menyayaingi Red Bean Army.  Penulis tidak pasti macamana keadah operasinya. Tun Faisal masih ada lagi ke?

Cybertropper UMNO/BN melawan Red Bean Army
Berbalik kepada `war room’ yang dibahas terdahulu, penulis berpendapat `war room’ UMNO/BN mempunyai kemudahan dan ruang untuk cybertropper beroperasi. Jika diberikan peluang dan peruntukan (ruang pejabat, computer, elaun cybertropper seramai 10 orang (Melayu yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil) sebagai permulaan serta kos operasi seperti elektrik, air, telefon dll,  penulis ingin terajui cybertropper. Penulis akan merintis jalan berjumpa dengan veteran dan cendiakawan menjadi penasihat. Ahli perniagaan UMNO/BN dan Parti UMNO/BN serta Kerajaan boleh mencarum secara tetap untuk menjayakan cybertropper ala guerilla war.

Tugas utama dan permulaan Cybertropper ini mesti beraksi di dalam Sinar Harian, Malaysiakini, Harakah dan sebagainya. Di dapati tiada ulasan balas daripada cybertropper UMNO/BN di dalam penulisan mereka. Tiada lawan langsung.

Kementerian Dalam Negeri-Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen perlu melakukan tindakan besar besaran terhadap kemungkinanan pelancong dari Cina, Vietnam, Hong Kong dan sebagai nya tinggal lebih masa di Malaysia. Berapakah bilangan pelancong daripada Negara berkenaan yang tidak dapat di kesan?. Ketua Pengarah Imigresen mesti mengambil langkah drastik terhadap mereka ini. Kemungkinan mereka ini boleh menjadi pengundi hantu untuk DAP. Syorkan kepada kerajaan hukuman rotan dan denda kepada majikan yang melindungi mereka ini. Sekurang kurang pahala, kita mendapat pahala mengurangkan kepesatan rumah urut dan minuman keras di Malaysia. Tubuhkan segera task force dan buru pendatang sosial ini.

Pejabat Peguam Negara
Peguam Negara mesti umum besar besaran hasrat memperbanyakkan tenaga professional undang undang untuk bertindak terhadap pengacau Negara. Kementerian Dalam Negeri dan PDRM dah ada ketua baru. Peguam Negara pun perlu proaktif. Khidmat kepakaran YBhg Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan boleh difikirkan. Sekarang SPRM telah melantik Y.Bhg Mohd Noor menjadi Pengerusi Aduan SPRM. Panggil pakar luar negeri pun tidak masalah dan ia seolah kelihatan Peguam Negera pun di dalam `mode’ peperangan. Kalau boleh Kerajaan kena cari  100 orang seperti YBhg Datuk Mohd Noor di pelbagai bidang masing masing. Gerun juga Anwar Ibrahim dan Cina.

Pertubuhan Silat
Penulis harap Kerajaan terus membantu semua pertubuhan silat dan membela diri. Beri mereka peruntukan mengendalikan kelas latihan di sekolah sekolah. Kerajaan mesti berganding bahu dengan Mahaguru Omar Din dan Mahaguru lain untuk bersatu padu  menyokong Kerajaan. Ahli yang derhaka kepada Mahaguru harus dikenalpasti dan di tarbiahkan. Buat program yang menguntungkan pesilat pesilat. Penulis percaya jika sejuta pesilat menyokong kerajaan, BN akan meraih kejayaan di dalam PRU14 akan datang. Strategi `pindah tempat mengundi’ perlu di bincang dengan detail. Setiap ahli digalakkan mendaftar sebagai pengundi. Kemudian kena tahu tempat mana yang harus mereka mengundi sebagai strategi.  Beri elaun mengundi kepada mereka. Kerajaan kena faham ini satu lagi asset Melayu.

Usahawan Melayu
Penulis harap Tan Sri Syed Mokhtar AlBukary terus menyokong Kerajaan. Penulis hendak minta satu lagi pertolongan daripada Tan Sri iaitu mengawal selia syarikat syarikat didalam Kumpulan seperti BERNAS, Pelabuhan Tg Pelepas, Lapangan Terbang Senai, DRB HICOM/Proton, Tradewinds, Bank Muamalat, POS Malaysia dan sebagainya. Tolong kawal selia aset Melayu tersebut supaya ia dapat berkembang pesat.

Penulis harap CEO CEO yang dilantik itu selari dan sehasrat dengan pendirian Tan Sri yang menyokong Kerajaan dan membantu pekerja. Ini adalah kerana melalui CEOlah program `pembersihan anasir politik dan pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dapat dilakasanakan.

Benarkan ceramah agama Ustaz Kazim, sebagai contohnya memberikan ceramah dan bercakap pasal ancaman daripada Anwar Ibrahim dan DAP. Kawan karib DS Anwar Ibrahim, Datuk Sidek Baba di berikan ruang bercakap. Presiden Jati, Dato Dr Hassan Ali perlu menerangkan kepada pegawai dan anggota pekerja mengenai mustahaknya memelihara institusi Raja. Buatlah taklimat Tun Dr Mahathir sekali sekala supaya seluruh pekerja terbuka kepada berita terkini dan benar. Ini sebahgian daripada program penyedaran. Program dialog pun OK. Sessi minum petang. Program hijaukan kawasan kilang. Pengumuman insentif kepada pekerja. Sekali sekala `sepetang dengan selebrati 1M4U.

Tan Sri kena bantu kerajaan kerana selain daripada faktor perniagaan, Tan Sri telah melakukan fardu Kifayah yang istimewa untuk orang melayu islam iaitu  sumber rezeki dan pekerjaan yang halal. Tan Sri tidak boleh malu malu menyokong kerajaan dan melancarkan polisi pembersihan dan pengkukuhan kerana Cina Malaysia sudah melampau. Sekarang ini sokongan sumber kewangan tidak cukup, ia mesti disusuli dengan program yang dicadangkan.

Seperti yang Tan Sri Syed sedia maklum, orang Cina telah menghentam Kerajaan kerana memberi peluang perniagaan kepada Tan Sri. Mereka kuatir Tan Sri akan memintas kekayaan orang terkaya di Malaysia. Red Bean Amry menfitnah produk orang Islam kurang bermutu dan mahal berbanding dengan produk keluaran Cina. Cuba kita fikirkan baik baik.

Andaikata syarikat Kumpulan Tan Sri Syed ini mempunyai 200,000 pekerja (tidak pasti) dan 90 peratus adalah penyokong UMNO/BN, alangkah bertuahnya Tan Sri kerana ada juga pekerja yang mendoakan kesejahteraan Tan Sri nanti. Kepada Tan Sri lah, penulis dan orang Melayu Malaysia harapkan untuk menaikkan kedaulatan orang Melayu di dalam perniagaan.

Ramai lagi usahawan Melayu di Malaysia ini. Pengurusan NAZA group macamana? Tan Sri Azman Hashim? Penulis tidak pasti kerana pekerjanya ramai orang Cina.

Penulis ingin ulang bahawa Lembah Klang merupakan pusat  PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi nasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM dan banyak lagi).

Para pemikir diminta pertolongan bagaimana hendak menebusi atau berperanan melakukan propaganda UMNO/BN di institusi kewangan MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM, BANK RAKYAT, RHB yang mempunyai pekerja Melayu yang dominan. PUBLIC BANK, HONG LEONG, ARAB MALAYSIAN, HSBC yang dimiliki oleh orang Cina, kalau dapat masuk, adalah bonus. MCA dan Gerakan perlu menjalankan tugas di institusi kewangan milik orang Cina.

Bagaimana UMNO/BN nak berinteraksi dengan pekerja di MAXIS, DIGI, U MOBILE, TUNE TALK, CELCOM dan syarikat komunikasi lain.?

Bila pulak UMNO/BN dapat bersahabat dengan pekerja Motorola yang ribuan itu.? Ahli UMNO/BN yang bekerja di Motorola mesti dipikat untuk menjalankan aktiviti politik di sana. Sikit demi sedikit, ia akan membesar. Persoalannya siapa nak identify ahli UMNO yang bekerja di sana.? Siapa bertanggonjawab? Tugasan ini adalah tindakan susulan daripada insentif DS Najib. Contohnya, DS Najib mengumumkan secara am bantunan BRIM3.0 dan perumahan mampu milik untuk rakyat. Apakah tindakan susulan petugas di Motorola mengenai pengumuman DS Najib tadi? Diam diri ? atau bantu me`war war’ kan lagi insentif tadi kepada pekerja Motorola. Bantu mereka mendaftar. Bawa mereka ke pusat perkhidmatan BN. Di samping itu selami masalah pekerja tersebut. Ada terima bantuan persekolahan tidak, ada warga emas yang perlukan perubatan dan sebagainya. Usaha ini nampak kecil tetapi ia efektif untuk perjuang politik.

Inilah cabaran besar UMNO/BN di dalam politik. Jikalau DS Najib dapat `tackle’ anak muda dan pekerja di semua pusat pekerjaan di Lembah Klang, tidak akan berlaku senario pengundi luar (seperti Kelantan / Terengganu sebagai contoh) balik kampong semasa hari undi, lalu mengundi pembangkang dan menyebabkan kekalahan BN di Kelantan dan kemerosotan di Terengganu. Tempat lain pun sama.

Ini lah yang penulis maksudkan dengan zaman `detailing in politic’ Setiap ahli mesti identify target person/group. Ada yang bermula dengan perumahan dimana pengundi tinggal tetapi yang baiknya `we start from its work place’. `Work place Segmentation’


Pengaruh Ustaz Azhar Idrus
Penulis mencelah dengan cerita Ustaz Kazim sebentar. Pada penulis Ustaz Kazim al hafiz adalah salah seorang penceramah yang boleh menarik minat ramai orang. Kerajaan mesti mencari jalan untuk bersama sama aktif di pentas seperti Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Kazim perlu di beri peluang bersaing secara sihat memenangi pendengar. Jikakau cakap Terengganu itu menarik minat, Ustaz Kazim atau penceramah pilihan kena cakap telo. Jika berceramah secara lawak itu lebih menyakinkan dan menghiburkan orang ramai, Ustaz Kazim atau ustaz pilihan tukar stailnya. Jika gandingan dengan pengacara Jijan itu boleh menarik ramai anak muda, Ustaz Kazim kena  cuba juga.

UMNO/BN mesti kena risau kerana Ustaz Azhar berpengaruh dan sedang menyemai dan menyemat  ideologi PAS. Mendekati dan mendalami  Islam amat penulis alukan. Tetapi pada saat ini kita tidak boleh bergantung pada PAS kerana bersahabat akrab dengan PKR dan DAP. Kalau pendirian PAS mengundi DAP, anak muda yang mengagungi ustaz Azhar akan mengundi DAP. Tindakan mengundi tadi bukan proses mendekati Islam dan mendalami Islam.

Terengganu merosot prestasinya kerana pengaruh Ustaz Azhar yang pro PAS? Anak muda luar Terengganu yang balik kampong bukan?

Di perumahan berhampiran rumah penulis, ada sebuah keluarga (Lorong 2, Jalan CB3, Taman Cheng Baru, Melaka) yang begitu taksub dengan Ustaz Azhar dan PAS. Isterinya mengajar di Sekolah Pelembang, Bukit Katil, Melaka. Anak kecil beliau dan jirannya telah merosakkan bendera BN. Ketaksuban anak anak kecil kelihatan amat jelas kerana apabila penulis dan beberapa jentera parti memasang bendera, si anak kecil dan kawan kawan datang dengan membawa poster PAS dan berkata mereka penyokong PAS kepada kami.  Keluarga ini sekarang tidak bertegur sapa dengan penulis walaupun dahulu mereka bermain bolasepak di padang perumahan. Lihatlah impak perpecahan yang berlaku. Penulis akan gembira jika guru dan keluarga ini dipindahkan jauh jauh. Bosan melihat gelagat mereka.

UMNO/BN suka tidak suka kena mencari ramai penceramah seperti Ustaz Azhar. Kita tidak boleh menyekat kemaraan Ustaz Azhar tetapi mencari dan menegahkan 10 atau 20 penceramah dengan segera.

Kementerian Komunikasi
Apabila bercakap pasal Jijan, kelibat beliau tidak nampak di dalam program anjuran BN. So kita kena faham lah kecenderungan politik dia. Pembersihan juga mesti berlaku di RTM dan Media Prima dan ASTRO. RTM dilihat lebih pro Kerajaan daripada Media Prima. Contohnya TV3 masih memberi peluang kepada Wadina di Al Hidayah dan Jijan Lawak di Melodi dan banyak program pengacaraan.

Penulis cadang bertegas terhadap artis artis yang anti Kerajaan seperti Yasin, Bob Lokman, Abby Abadi, Ito, Harie Othman dan bakal menjadi pro pembangkang Jijan.  Artis artis ini, anyway, telah pun mengutuk keras RTM dan TV3.  Ada yang mengatakan bahawa `Rezeki datang daripada ALLAH swt bukan RTM atau TV3’. Memang betullah itu Cuma ia berlaku melalui RTM/TV3. Lagi pun berceramah lebih mendatangkan pendapatan yang tinggi. Abby Abadi dibayar tinggi dengan penampilan di atas pentas politik. Ada Pak Haji PAS yang sponsor terbang dan berbelanja sakan di Kotaraya Bohong blog tersebut maka bohonglah penulis. Harap tidak macam itu. RTM/TV3  yang popularkan mereka dengan memberi peluang di kaca TV.

Luaskan polisi `gam’ artis kepada mereka yang anti Kerajaan. Sebelum ini, TV menggam artis yang melakukan khalwat, kontroversi dan tidak senonah. Kuatkuasa kembali gam lagu di corong radio yang di tulis dan `arrange’ oleh mereka yang anti Kerajaan.  Beri banyak peluang dan bantuan kepada artis baru dan lama mengikut kesesuaian. Para artis bantulah Kerajaan Malaysia untuk menguruskan Negara kita yang tercinta ini dengan baik. Apabila ekonomi baik, contohnya, banyak program kebajikan artis dapat dijalankan. Bro dan Sis anda semua di landasan yang betul.

Tindakan ini mesti dibuat secara serentak dan menyeluruh. Jikalau ia diambil sebahagian atau satu kementerian sahaja, ia akan gagal. Maka apa yang berlaku, artis anti kerajaan akan mempromosi lagi kebencian mereka terhadap kerajaan melalui ceramah dan perhimpunan harm. Huruhara dan perhimpunan akan menjadi jadi apabila artis artis ini terlibat sama. Role model telah disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Ini sangat bertentangan dengan IKON 1M4U yang mempromosi keharmonian. Kepopularatian yang diberikan oleh RTM/TV3, dibalas balik dengan anti kerajaan atau menyelebahi pembangkang. Jika pembangkang itu `sihat’ tidak mengapa, tetapi pembangkang Malaysia merosakkan demokrasi, mengugut ketenteraman awam, bergelombangan dengan fitnah dan kebencian, mengamalkan pruralisma dan menyokong hak LBGT dan banyak lagi.

Penjawat Awam dan Penjawat di GLC
Penulis telah menyentuh FELDA, FELCRA, RISDA, SIME DARBY, TABUNG HAJI dan sebagainya mengenai kemungkinan penyelewangan di sektor perladangannya. Penulis mencadangkan `sumpah laknat’ sebagai salah satu usaha memerangi rasuah. Malangnya melalui bilangan page view,  topik ini tidak mendapat sokongan padu dari pembaca. Mengapa pembaca tidak suka perkataan `sumpah laknat’ atau mungkin terlibat di dalam rasuah secara tidak langsung.

Kabinet  mengambil Pengerusi Transpency International, Senator Paul Low untuk memperbaiki index rasuah Negara. Penekanan DS Najib sama seperti penulis. Ini mustahak kerana parti BN UMNO dan kerajaan dituduh rasuah. Isu rasuah dimainkan oleh pembangkang dengan berkesan dan berjaya menghakis sokongan orang Cina dan rakyat Malaysia terhadap BN. Sebagai orang Islam, sumpah laknat akan membantu pihak penjawat berkenaan takut melakukan rasuah dan penyelewangan. PM pun melakukan sumpah ketika diangkat sebagai PM.

Program Pembersihan dan Pengkukuhan di  FELDA mesti dilakukan. FELDA merupakan aset penting orang Melayu. Kumpulan FELDA adalah syarikat perladangan terbesar di Malaysia dengan keluasan ladang seluas 850,000 hektar (lebih kuang 2 juta ekar) dan 70 (tidak sempat google mencari data) buah kilang kelapa sawit. FELDA telah disenaraikan di Bursa Saham dengan nama Felda Global Ventures (FGV) dengan pengeluaran IPO terbesar di Asia Tenggara. Pencapaian baik ini wajib di teruskan. Sewajarnya anggota pekerja yang pro pembangkang dan kaki penyelewangan di `nyah’kan terus dari FGV.

FGV ini malangnya tidak serious membantu peniaga Bumiputera. FELDA PALM INDUSTRIES, contohnya, meluluskan proposal syarikat CB Industrial dari Telok Panglima Garang, Selangor untuk membina Kilang Kelapa Sawit bergenerasi atau teknologi `vertical sterilization’ dan secara `zero discharges’ di Jengka, Pahang. Pengurusan FPI kaji punya kaji, setuju dan tawarkan tender kepada mereka. Proposal zero discharges tidak menjadi. `Vertical Sterlization’ menjadi huruhara dan Air kumbahan terpaksa di angkut ke kolam kilang berdekatan. Kilang tersebut diberhentikan operasi oleh Alam Sekitar buat seketika. Syarikat dari Telok Panglima Garang itu mendapat hampir 90 peratus wangnya. Baki `retention fund’ ditahan dan bagi mereka tidak dapat pun tidak apa kerana dah ada untung.

Pengajaran daripada kes ini, FELDA amat berhati hati apabila menerima proposal dari syarikat bumiputera dan sukar di berikan kelulusan walaupun FELDA tiada risiko kewangan pembinaan. Ini adalah kerana pembinaan kilang melalui `Build Operate Own’ selepas 10-15 tahun. FELDA menjual FFB pada harga semasa dan keuntungan di bahagi mengikut profit sharing.

FELDA Plantation pun jauh daripada hendak menolong pengilang Baja Bumiputera. Pembeli dan Plantation Advisor `prefer’ membeli daripada syarikat gergasi. Di lambaran sebelum, penulis ada mencerita kemungkinan `pegawai pembeli baja dan Plantation Advisor’ dirasuah  menghadiri seminar tajaan sepenuhnya oleh pembekal. Ia boleh dikatakan seperti lawatan sambil belajar. Yang enaknya ahli keluarga pun boleh diuruskan. Suka suka buat pemeriksaan passport antarabangsa pegawai pembelian dan plantation advisor serta yang berkaitan.

FELDA Plantation menguruskan ladang kelapa sawit hampir 850,000 hektar atau +- 2 juta ekar. Kalau nak bantu senang aje. Sebuah pengilang baja di beri kontrak kecil untuk membekal baja untuk 500 ekar selama 2 tahun. Ini bermakna pengilang akan membekal 500 ekar x 55 pokok/ekar x 12 kg/pokok/tahun atau 330,000 kgs baja atau 330 tan setahun. Dengan andaian harga rendah baja kimia 15:15;15 + TE, ditetapkan pada RM1000 setan, pengilang Bumiputera tadi telah menjana pendapatan RM330,000 setahun. Ini pun sudah `busy’ pengilang. Pembekalan sebanyak 110 tan untuk 3 bulan pertama (suku tahun). Dengan Pesanan Belian FELDA tadi, bolehlah si pengilang Bumiputera ini menjajanya di FELCRA atau RISDA atau syarikat peladang lain.

FELDA melalui Plantation Advisor nya boleh memberikan tunjuk ajar kepada pengilang jika bajanya tidak cukup nutrien. Plantation Advisor mesti bertindak sebagai penasihat kepada usahawan. Kalau pun ada 200 pengilang baja seluruh Negara, ia melibat pengeluaran baja 66,000 tan atau 100,000 ekar berbanding dengan jumlah keluasan 2 juta ekar.   Kelazimannya Plantation Advisor akan kata pengilang baja tiada pengalaman, tidak ada bukti penghasilan, pokok akan rosaklah dan pelbagai alasan. Kalau tidak cuba dan bantu, sampai kiamat pun  pengilang tadi tidak dapat membekal baja ke FELDA. Atas dasar inilah penulis amat setuju dengan perlaksanaan akujanji atau sumpah laknat di kalangan penjawat awam /GLC dari Pengurusan Atasan hinggalah pegawai keselamatan. Ramai yang tidak setuju tetapi itulah langkah yang baik.

Bayangkan kalau ada 200 pengilang yang mendapat kontrak pembekalan baja dengan FELDA. Jika sebuah kilang ada 5 pekerja sahaja, jumlah besar peluang pekerjaan ialah 1000 orang. Penjanaan pendapatan kasar ialah RM100 juta untuk Bumiputera. Ini baru membantu Bumiputera.

Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad mempunyai jumlah pekerja yang ramai bilangannya di seluruh Negara. Para pemikir di dalam `War Room’ ini kena fikirkan cara yang sesuai mendekati para pekerjanya. CEO Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad dan GLC lain mesti bersifat seperti DS Najib dari segi pengurusan. Engagement top bottom di lakukan. Beramah tamah dengan pekerja. Pekerja dipuji dan dihormati. Ada CEO mengejar pencapaian kewangan semata mata daripada public relationship dengan pekerja.

Penulis cadang `asignkan’ Dr Mazlan ismail, orang Telekom juga, calon BN di Permatang Pauh, melakukan pengkukuhan sokongan kepada pekerja Telekom Malaysia. Beliau boleh merangka startegi dan tubuhkan satu team. Menjelajahlah seluruh Negara. Katakan jumlah kedua dua GLC ini 500,000 orang, jikalau 70 peratus pekerja menyokong BN,alangkah bahagia kita semua. Tetapi CEO dan pengurusan atasan mesti bertindak sekarang, sikit demi sedikit, secara ilmiah kita menarik minat anggota pekerja GLC ini.

Pegawai Seranta GLC
FELDA ada pegawai Seranta yang selalunya merupakan lantikan politik. Penulis tidak pasti dengan tepat tugasannya. Datuk Ahmad Maslan, kalau tidak silaplah, pernah menjadi pegawai seranta FELDA. Penulis cadang lakukan rombakan besaran. Pegawai seranta dahulu makan gaji buta dan selalunya di lantik kerana membantu Pengerusi atau Pengarah Urusan. Cuba check Pegawai Seranta di FELDA. Adakah ia berkaitan dengan Pengerusi FELDA? Ahli UMNO dari Negeri Sembilan atau AJK Bahagian UMNO?.

Penulis mahu pegawai Seranta berfungsi melakukan pembersihan dan pengkukuhan sokongan di GLC yang di tetapkan. Buat team seramai 5-10 orang dan bergerak. Ahli dan penyokong UMNO yang tidak mempunyai pekerjaan tetap cukup ramai. Beri mereka kerja. Buat apa FELDA atau FGV untung berbilion, tetapi pekerja dan penerokanya anti Kerajaan. Betul betul tidak kena. Kenakan KPI dan report kad aktiviti yang dijalankan terhadap pegawai seranta. Zaman makan angin dan berbulan madu sudah lepas.

Kabinet Baru
Sebagai salingan, penulis ingin utarakan ialah siapa yang mengantikan Datuk Nazri Aziz yang dahulunya Menteri yang bertanggongjawab perihal Undang undang dan Parlimen. Barisan kabinet baru ini yang menganggotai Menteri di JPM, kalau tidak silap, tiada yang berpendidikan undang undang. Adakah kelantangan Datuk Nazri Aziz tidak akan kedengaran lagi di JPM dan Parlimen?. Sesungguhnya DS Najib boleh memujuk Bekas Hakim Mahkamah Rayuan membantu kerajaan di dalam hal ini. Wawancara di Helo Malaysia BERNAMA TV menunjukkan kesetiaannya kepada Negara, mempunyai kepakaran undang undang yang tinggi dan berani bercakap apa yang benar.  Ramai politikus bercakap `pandang pandang’.

Sejak menerajui  Kementerian Pelancongan, Datuk Nazri Aziz kena ubah stailnya daripada `kelihatan’ tegas dan bengis kepada muka senyum.
Hari pertama beliau menjalankan tugas ialah mengumumkan bahawa Malaysia melalui Kementerian Pelancongan akan terus menyokong F1. Mungkin ada pemberita yang nakal bertanya kepada Datuk Nazri kerana perhubungan Datuk Nazri dengan Tun Dr Mahathir agak `sejuk’. Harap mereka lupakan cerita lama itu. Musuh sebenarnya UMNO/BN ialah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang Haji Hadi Awang ataupun PKR, DAPdan PAS.

Kementerian Kesihatan
Kementerian ini amat mustahak kepada Kerajaan kerana bilangan penjawatnya yang ramai, mempunyai kepakaran kesihatan dan kedoktoran, perkhidmatan mustahak kepada rakyat dan asset nilaian bilion berada di seluruh Negara. Penulis tidak ada maklumat pecahan penjawat awam mengikut Kementerian.

Penulis mendapatkan pemeriksaan pakar Jantung di Hospital Serdang. Setiap bulan mengambil ubat dan setiap 4 bulan berjumpa doktor pakar. Penulis dirujuk di Unit Kardiologi (CTC), Tingkat 1, Klinik Pakar, Hospital Serdang. Jika tidak silap, anggota pekerja di kaunter CTC sehinggalah di kemudahan pemeriksaan ECHO, penjawat awamnya adalah dari Pantai Timur. Baru baru ini penulis melakukan ECHO dan di dalam masa 30minit di sana, penulis pasti mereka dari pantai timur, hampir semuanya.

Penulis harap Kementerian melakukan intergrasi negeri di mana mana bahagian di hospital. Bahaya dan ada risikonya jika mereka penyokong pembangkang.

Datuk S. Subramaniam dan Datuk Dr Hilmi diminta turun padang ke setiap hospital dan lakukan `political detailing’ disamping kerja rasmi. Penulis tidak mahu lawatan singkat tanpa mengetahui perihal dalaman hospital tersebut. Rangka startegi UMNO/BN aktif di dalam hospital supaya segala fitnah dapat di hapuskan `at source’. Apa yang berlaku, fitnah telah merebak ke separuh dunia, dan di percayai, sebelum ia dapat dimatikan. Dah terlambat.

Pemikir pemikir war room mesti mendapatkan pecahan untuk merangka strategi seperti pecahan jenis penjawatan, bilangan, bangsa, umur, tempat mengundi, dan asal. Kerja `pembersihan dan pengkukuhan sokongan’ di satu hospital pun akan mengambil masa yang panjang. Rasanya 5 tahun pun tidak cukup. Jesteru itu ia kena berjalan dari sekarang secara terus menerus. `Engagement’ mesti dirangka secara professional.

Di dalam kesempitan masa dan ruang, Penulis dapat mengemukakan beberapa pandangan demi kebaikan dan kelangsungan UMNO/BN supaya terus relevan. Kepada pemimpin penulis DS Najib dan TS Muhyiddin, jagalah harta Melayu dan Bumiputera yang ada di depan mata dan yang sedang dikendong ini. Jangan kejar bayang bayang. Banyak kementerian dan kumpulan kemasyarakatan belum sempat di ulas. Idea dan pandangan merupakan cadangan dan jika sesuai boleh diimplementasikan. Pandangan tersebut boleh juga di perbaiki agar ia sesuai dipraktikkan. Tiada niat untuk memfitnah atau memburukkan sesiapapun. Sesungguhnya ia untuk kebaikan bangsa kita, agama kita, Negara kita dan parti politik kita.




Nasir Rahim

Kongsi Link Anda