Jumaat, April 25, 2008

Tidak perlu lagi prinsip dan moral.

Laporan harakah Daily hari ini menyatakan anwar semakin yakin untuk memerintah negara. Sebagaimana yang di ketahui bahawa pada pilihanraya umum yang lalu walaupun BN mengalami kemorosatan prestasi namun secara keseluruhannya rakyat masih memilih BN untuk memerintah kerajaan persekutuan.

Walau pun beliau berhujah "Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya. Namun pada pilihanraya yang lalu rakyat Sabah telah buat keputusan sebulat suara untuk memilih BN sebagai kerajaan samada peringkat negeri dan pusat.

Apabila rakyat mengundi sudah pasti akan memilih parti dan calon yang bertanding. Rakyat Sabah telah memilih BN kerana masih yakin kepada BN untuk membangunkan sabah.

Persoalan adakah YB Parlimen yang dipilih rakyat untuk parti yang diundi akan berpaling arah.. di mana prinsip dan moral? namun dalam politik, tidak perlu prinsip dan moral.

Yang penting tawaran yang lebih baik.. apa makna pemimpin tanpa prinsip dan moral.. layakkah mereka memimpin..?

Sebagaimana yang diketahui manifesto pakatan juga berasaskan atas prinsip dan moral? Tapi ada jaminkah bahawa pakatan pembangkang akan lebih moral dan berprinsip? dan jauh lebih baik dari kerajaan BN. Adakah rasuah akan berkurangan, mahkamah lebih bebas, tiada lagi kroni, jenayah akan berkurangan dan lain-lain lagi. Kuasa di tangan mereka.

Kita sedang melihat perkembangan politik ini, anwar terus memancing wakil rakyat BN, apa rakyat pilih pada pilihanraya lalu tidak penting.. Apa agaknya tawaran anuar? jawatan Timbalan Perdana Menteri, jawatan Menteri, Wang 20 juta dan apa lagi. Tidak mungkin tanpa tawaran mereka akan berubah hati... Sekali lagi ditegaskan ini bukan soal prisnip dan moral..

Antara kata-kata Anuar "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", dalam ceramahnya di sini semalam.

-hsy

1 ulasan:

Letting the time pass me by berkata...

Dari segi prinsip dan moral, tindakan melompat dan menubuhkan kerajaan dengan kaedah perlompatan mungkin dilihat sebagai kaedah yang tidak selari dengan prinsip demokrasi... Kebanyakan YB dipilih oleh rakyat berdasarkan Parti yang mereka wakili... Jadi jika YB tersebut melompat, maka beliau mungkin dilihat sebagai tidak menghormati pengundi-pengundi yang telah mengundi YB tersebut atas tiket parti mereka...

Dari segi prinsipnya, jika kita bertanding dan menang atas tiket sesuatu parti, maka kita patutlah menunaikan tanggungjawab kita sebagai YB yang dilantik dan dipilih oleh rakyat diatas tiket tersebut...

Saya melihat, dari segi simple logic, sistem demokrasi, jika seseorang ingin melompat Parti, mereka sepatutnya bertanding semula atas tiket parti baru mereka.... Lainlah kalau beliau bertanding atas tiket bebas, mungkin beliau boleh memilih untuk menyertai mana-mana parti politik selepas itu... Tetapi dari segi simple logic, beliau sepatutnya juga bertanding atas tiket parti baru yang beliau wakili...

Tapi politik tetap politik, dan itulah namanya politik... Sistem politik yang ade juga penuh dengan kekurangan, bukan satu sistem yang mutlak dan sempurna...

Sistem demokrasi dan sistem majoriti ade pro dan con sendiri...

Tetapi bila politik cuma dilihat sebagai usaha untuk merebut kuasa, maka prinsip, tata susila dan moral dah jadi isu lain... Yang penting kuasa!!!

Jika PR berjaya menubuhkan kerajaan dengan aktivit melompat parti, maka saya pun tak nampak dimana integriti didalam politik Malaysia...

Tetapi, mungkin juga PR boleh menjustifikasikan tindakan mereka jika PR benar-benar dapat memberikan sistem pemerintahan Malaysia yang baru yang bersih, ikhlas dan jujur serta memperbaiki kehidupan rakyat... Walau bagaimana pun, sistem politik Malaysia bukanlah suatu sstem demokrasi yang sempurna, dan mungkin PR merasakan ini peluang terbaik mereka untuk menawan Malaysia...

Sebagai rakyat, mungkin apa yang boleh kita harapkan ialah kerajaan yang memerintah dapat memberikan kualiti pemerintahan yang jitu, jujur, ikhlas, amanah dan bersih... Samada BN atau PR yang memerintah, kita pun kena cari makan jugak....

Kongsi Link Anda