Khamis, April 10, 2008

Babi ancam nelayan Tanjung Sepat

BANTAH...Sebahagian daripada 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam, sebagai membantah keputusan Exco meneruskan projek mega ternakan babi di daerah itu. – Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH

--------------------------------------------------------------------------------
SEPANG 9 April – Kegiatan menternak babi yang tidak terkawal di beberapa kampung sekitar Tanjung Sepat dekat sini mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian. Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kundang, Shahamid Sanusi, berkata, satu ketika dahulu aktiviti membuat belacan merupakan salah satu daripada mata pencarian utama penduduk di situ.

“Selain udang geragau, kawasan pesisir pantai di sini juga kaya dengan hidupan laut lain seperti ikan, kerang, kepah dan mentarang tetapi sekarang semuanya berkurangan kerana pencemaran yang dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa najis dari ladang-ladang babi yang banyak terdapat di kawasan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meneruskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di Kampung Tumbuk, Kuala Langat dalam Parlimen Sepang kerana kawasan itu telah menjadi tapak utama ladang babi. Berikutan itu, orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan membawa pencemaran alam sekitar di Sepang.

Laporan ( Utusan Malaysia)

video

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda