Popular Today

Khamis, April 10, 2008

Kerajaan Selangor tidak akan tergopoh gapah

Antara manifesto kerajaan campuran Negeri Selangor ialah untuk memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua rakyat Selangor, tetapi apa yang terjadi ialah kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM 100 juta untuk ternakan babi secara besar-besaran dan moden. Cuba banyangkan bagaimana sebuah parti PAS yang konon berhasrat menjadikan Malaysia Negara Islam PAS (sebab negara Islam selain PAS tidak diterima oleh mereka) menjadi negara Islam pertama menternak dan eksport Babi secara besar-besaran dan moden. setakat ini tidak pernah dibuat negara Islam lain lagi. Janji untuk memberi air percuma belu diberikan tetapi ternakan Babi telah mendapat peruntukan begitu banyak.

Menurut laporan Harakah Daily Tan Sri Khalid menyatakan beliau tidak mahu melakukan kajian secara tergopoh gapah dan ia memerlukan masa kerana membabitkan aspek teknikal, undang-undang dan ekonomi mengenai perjanjian air itu.

Kelulusan peruntukan RM 100 juta untuk projek ternakan Babi tidak dianggap tergopoh gapah, tetapi projek untuk air bersih kepada semua kaum pula dikatakan sebagai tergopoh gapah, apa sudah jadi.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda