Popular Today

Isnin, April 07, 2008

UMNO perlu bersatu

Menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Keputusan Pilihanaya Umum ke-12 yang lalu menunjukkan keputusan diluar jangkaan dan ada sebahagian yang mengatakan sebagai Tsunami politik.. Daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dipertadingkan BN hanya berjaya memenangi sebanyak 140 kerusi berbanding pembangkang sebanyak 82 kerusi Dewan Rakyat. iaitu BN kekurangan 8 lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3sebanyak 148 kerusi. Ini bermakna BN hanya memperolehi 63.5% dan pembangkang pula memperolehi sebanyak 36.5%.

Daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, UMNO bertanding sebanyak 117 kerusi dan hanya memenangi 79 kerusi sahaja. Bakinya dimenangi samada PAS atau PKR. Ini bermakna UMNO memperolehi sebanyak 67.5% undi di kawasan majoriti Melayu berbanding Pembangkang memperolehi sebanyak 33.5%. Kesimpulannya UMNO masih popular dan relevan kepada majoriti bangsa Melayu dan merupakan satu-satunya parti yang memperolehi kerusi terbanyak pada Pilihanraya Umum ke-12. UMNO hanya kekurangan 31 kerusi daripada 110 kerusi dewan rakyat atau 26% undi kepada 79 kerusi berbanding Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu.

Banyak faktor yang menyebabkan BN kalah di beberapa kerusi Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri seperti faktor calon tidak sesuai, jentera parti tidak bergerak, boikot dan sabotaj, isu-isu nasional dan tempatan yang tidak terjawab. Hakikatnya memang banyak kelemahan yang berlaku ketika pilihanraya umum yang lalu.
Namun apa yang paling ketara punca kekalahan di kawasan UMNO bertanding ialah kerana faktor calon sehingga timbul boikot dan sabotaj, pemimpin UMNO menggelapkan wang kempen pilihanraya, jentera lemah, hambar dan tidak tersusun selain faktor undi penentu seperti Cina dan India yang berpaling arah.

Banyak perkara yang perlu dibaiki oleh UMNO, dan pertelingkahan dan perdebatan yang berterusan tidak akan membawa keuntungan terhadap UMNO dan juga orang Melayu. Jika hendak kira siapa bersalah pasti semua dianggap tidak terlepas untuk dituduh sedemikian. Apa yang penting bagi pemimpin dan ahli UMNO sekarang adalah bagaimana untuk memulihkan UMNO itu sendiri, ahli UMNO perlu dipulihkan semangatnya supaya jiwa mereka tenang dan bertenaga kembali. Jadi UMNO perlu bersatu kita terima kekalahan dengan hati yang terbuka, kita terima teguran dan jadikan sebagai pemangkin kebangkitan semula UMNO dan orang Melayu.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda