Khamis, April 24, 2008

UMNO tubuh Suruhanjaya Siasatan?

Rais Yatim mencadangkan agar UMNO menubuhkan Suruhanjaya Siasatan, jika anda boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk hakim, dan kini mahu membentuk suruhanjaya anti rasuah, mengapa tidak boleh dibentuk suruhanjaya untuk UMNO?," kata beliau, dan menambah UMNO perlu terus bergerak ke depan.

Sebagaimana laporan Utusan Malaysia pada dasarnya ianya merupakan satu idea yang menarik khasnya dengan keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang menunjukkan kemerosotan yang amat sangat.

Bagi kebanyakan rakyat dan ahli UMNO sendiri mahu melihat UMNO berdiri semula dengan gagah. Isu-isu yang berlaku kebelakangan ini sebenarnya mengganggu hati dan nurani ahli dan penyokong kerana perang mulut antara pemimpin boleh menyebabkan parti keramat ini akan semakin retak.

UMNO sebenarnya perlu jawatankuasa khas yang bebas dan jauh daripada pihak yang cuba mempengaruhi untuk menyiasat punca sebenar kemorosotan terhadap UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu.

Banyak perkara yang timbul menjelang pilihanraya yang lalu samada ianya dari UMNO mahupun komponen BN. Isu-isu yang dibangkitkan juga terlampau banyak dari isu penamaan calon, jentera pilihanraya, isu-isu seperti HINDRAF, rasuah, SPR dan lain-lain lagi. UMNO perlu ikhlas dan jujur dalam mencari penyelesaian dan keputusan yang penting demi masa depan politik parti Melayu tertua negara.

Dan yang paling penting apabila suruhanjaya ini telah habis membuat siasatan dan memberikan cadangan sewajarnya maka perlu diikuti cadangan ini. Tetapi jikalau hanya buat siasatan dan tidak mematuhinya. Jadi apa guannya suruhanjaya ini?

Persoalannya adakah UMNO sedia untuk berubah demi masa depan rakyat dan orang Melayu?.

Pada pilihanraya yang lalu, rakyat telah menunjukkan pendirian mereka, pandangan mereka perlu didengari dan dihormati. Bukan menuding jari kepada rakyat sebagai punca kekalahan mereka. Sebagimana Rais berkata beliau tidak menuding jari kepada sesiapa atas kekalahan itu, tetapi rakyat Malaysia "memang suka menyalahkan orang lain". Rakyat semakin bijak melihat dan menilai, mereka tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Pemimpin juga perlu cermin diri mereka sendiri supaya rakyat boleh mengikut mereka. -hsy

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda