Popular Today

Rabu, Mei 14, 2008

Ke mana Royalti Petronas?

Dalam tempoh tiga tahun bermula 2004, Petronas telah membayar sejumlah RM26.8391 bilion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A. Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM13.419 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.364 bilion), Sabah (1.234 bilion) dan Sarawak (4.821 bilion).

Berhubung rizab minyak dan gas, beliau berkata, pada kadar pengeluaran semasa dan dengan andaian bahawa keseluruhan rizab dapat dikeluarkan maka rizab minyak mentah dan kondesat dijangka akan bertahan selama 22 tahun manakala rizab gas 39 tahun.

''Walaupun pada zahirnya tempoh hayat rizab masih panjang, hakikatnya negara juga mengimport minyak dan gas untuk menampung sebahagian daripada keperluan tempatan.

''Oleh yang demikian, negara dijangka menjadi pengimport bersih dalam tempoh terdekat pada 2014," katanya.

Amirsham berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berita sepenuhnya: Laporan Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda