Anwar kebelakangan ini dalam kenyataanya di media-media semakin yakin ahli Parlimen BN akan melompat parti dan menyertai pembangkang.
Semalam di Dewan Rakyat, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah besar wang untuk melompat ke parti pembangkang.
Katanya, tawaran melalui satu panggilan telefon itu turut menjanjikannya jawatan dalam Kabinet.
Bagaimanapun Abdul Rahman menegaskan beliau menolak tawaran itu kerana perbuatan itu sangat tidak bermaruah.
"Pemimpin pembangkang berjanji untuk memberi habuan kepada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat,'' katanya.
Itulah hakikatnya, jika tidak ada habuan janganlah cakap melompat parti demi rakyat. Semua untuk kepentingan diri sendiri, kalau dapat tawaran sebagai menteri, yang dapat gaji menteri pun ahli Parlimen terbabit sahaja. Pendapatan Rakyat tidak pun berubah.
Beliau juga menambah, pembangkang cuba mengabui mata rakyat kerana mereka sendiri mengamalkan rasuah.
Jelasnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan membudayakan politik wang dalam UMNO Sabah.
"Trend itu telah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding Timbalan Presiden UMNO menentang Allahyarham Tun Ghaffar Baba.
"Duit berbakul, projek dan borang merah jambu menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO,'' katanya.
p/s: manusia tidak melompat, katak je yang melompat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan