Popular Today

Isnin, Jun 16, 2008

PAS : Demonstrasi salah satu cabang dakwah, tarbiyah

Harakah Daily melaporkan, menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Zainal Asri Romli, demonstrasi dalam harakah merupakan satu uslub daripada uslub dakwah dan satu wasilah daripada wasilah dakwah.

"Kita jangan terpengaruh dengan pandangan yang mengatakan demontrasi ini sebagai 'ghairu syarie' (tidak syarie) sebab ia juga merupakan satu pentarbiyyahan juga," ujar beliau ketika ditanya Harakahdaily berhubung demonstrasi yang dicetuskan sebagai bantahan kepada kenaikan harga minyak.

Menyertai demonstrasi menurut beliau, adalah proses untuk mentarbiyah diri.

"Kalau demontrasi kita tidak berani sertai, apatah lagi perang yang sememangnya lebih dahsyat," tuturnya berkias mengakhiri temubual tersebut.

P.s: Demonstrasi dan berperang sama ke?.. Agaknya dah tak da cara lain ke untuk berdakwah..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagi saya ini bukanlah satu cara berddakwah.. namun satu cara untuk menyatakan kesengsaraan yang kite malaysian alami skrang. saya jamin even seseorang itu bergaji 6 digit sekalipun.. seseorang itu merasa bahang kenaikan minyak yang melampau ini.. bagi saya jika tidak diadakan demostrasi ini. adakah kerajaan dapat mengetahui perasaan sebenar rakyat.. ada ke menteri2 PM kiter turun padang selami hati kite nih..

fikir2kan lah kiter.. barisan pembankang ini wujud untuk barisan pemimpin sekarang cermin tindakan diorg skrg..klu diorg btul2 memerintah. insyaALLAH xkan ader semua nih..

Tanpa Nama berkata...

SO..KAT NEGERI2 KELANTAN,KEDAH SELANGOR DAN PENANG...SEMUA OK NOH..KEPALA OTAK HANG...

Kongsi Link Anda