Popular Today

Selasa, Ogos 26, 2008

MALAYSIA KEKAL NEGARA SEKULAR : PRINSIP PAKATAN RAKYAT ??

Saya sebenarnya tertarik dengan satu artikel di halaman tranungkite, saya cuma berharap ramai lagi penyokong PAS yang berfikiran seperti beliau. Sememang PAS ditipu dan dibohong oleh DAP. Inilah hakikatnya!!!

Saya berharap agar mereka yang dapat berfikiran seperti ini dapat lagi menyeru kepada rakan-rakan mereka orang Islam bahawa mereka telah ditipu oleh sikafir Laknatullah.

Di sini saya telah memetik beberapa perkara dalam artikel tersebut.

Oleh Tantawi08 tranungkite.net

Saya tidak hairan apabila Lim Guan Eng kembali menegaskan dasar perjuangan partinya DAP, bahawa mereka menentang keras siapa sahaja yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sewaktu merasmikan Kongres parti itu baru - baru ini .

Kita sedia maklum sikap DAP dan sikap itulah yang membuatkan DAP memilih untuk keluar dari Barisan Alternatif seketika dahulu. Malah sewaktu kita bertahalluf dengan PKR membentuk Barisan Rakyat dan Barisan Rakyat menerima persefahaman dengan DAP melalui PKR sebelum dan semasa kita menghadapi pilihanraya umum ke 12 baru - baru ni pun kita sedar bahawa DAP mempunyai sikap dan prinsip sedemikian .

DAP ANTI NEGARA ISLAM

Kita sedar DAP sememangnya anti Negara Islam dan mereka sangat terkesan dengan Islamphobia terutama selepas insiden World Trade Centre . Kita tidak terperanjat atau hairan dengan sikap dan prinsip mereka memandangkan mereka adalah non muslim yang tentunya tidak memahami secara mendalam apakah asas dan matlamat Islam agama suci yang diwahyukan ini . Dari persefahaman ini , kejayaan ditempa dalam PRU yang lalu .

Selepas kemenangan dicapai maka Barisan Rakyat di up grade sebagai Pakatan Rakyat ( PAKATAN ) . Usia PAKATAN barulah setahun jagung malah tak sampai pun setahun . Dalam usia sebegini, harapnya agar semua pihak saling menghormati setelah menyedari bahawa ideologi antara komponen PAKATAN adalah berlainan arah . Apalagi yang boleh menjadi sendi kukuh untuk PAKATAN melainkan semangat bermesyuarat dan saling menghormati dasar atau prinsip perjuangan masing - masing .

Tapi saya lihat , sejak awal DAP tak sudah - sudah melemparkan wasangkanya kepada PAS sehingga satu peringkat membawa kepada pertelingkahan antara Karpal Sigh dengan Tok Guru Nik Aziz seketika dulu . Malah dalam blog Lim Kit Siang pun tak mudah juga mereka menyerang peribadi Tok Guru Hj. Hadi sehingga jubah Tok Guru turut dipertikai .

Tapi apa yang menghairankan saya ialah apabila Lim Guan Eng sewaktu merasmikan Kongres Kebangsaan DAP bagi kali ke 15 pada 24 ogos yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan malah menggusarkan saya . Saya tidak tahulah orang lain , apakah mereka juga turut gusar dan bimbang .

Tetapi saya terasa kegusarannya . Bukan kerana ucapannya yang ingin menentang usaha untuk menegakkan Negara Islam oleh mana - mana pihak dan bukan juga kerana sikap anti Negara Islam yang kembali mereka luahkan dalam Kongres baru - baru ini . Kerana itu adalah Kongres mereka dan mereka berhak untuk bercakap apa sahaja tanpa kita berhak untuk campur tangan . Yang ini memang saya sedia maklum dan sedia mengambil langkah berhati - hati sejak dulu . Tetapi yang menggusarkan saya ialah apabila Lim Guan Eng menyebut dalam sidang akhbarnya selepas itu , bahawa DAP Komited memegang 4 prinsip yang disepakati komponen PAKATAN iaitu salah satunya mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular . 4 Prinsip yang disepakati ?

Antaranya ialah mengakui Malaysia akan Kekal sebagai sebuah negara Sekular ? Persoalan yang timbul dalam kepala saya ialah benarkah ada kesepakatan seperti ini ? kalau benar , siapa pula yang mewakili PAS untuk setuju dengan prinsip seperti itu ? Mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular adalah bertentangan pula dengan dasar dan prinsip perjuangan PAS .

Kalau ada yang berbincang dan bersetuju pula dengan prinsip sedemikian dalam PAKATAN , saya kira ini lebih teruk dari isu muzakarah , sebab jelas ianya bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan yang kita perjuangkan selama ini . Apa yang pasti jika ada kesepakatan terhadap prinsip seperti itu ( Mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular ) , ianya diluar pengetahuan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi selaku Presiden parti.

Apakah keputusan PAS untuk memperkukuhkan PAKATAN ini tidak sampai ke pengetahuan Lim Guan Eng atau sememangnya sampai tetapi enggan difahami secara jujur oleh beliau ? Akhirnya , saya juga ingin bertanya kenapa beliau ( Lim Guan Eng ) sukar berlunak dengan PAS setelah PAS mengorbankan segalanya untuk membolehkan tenaga dan perasaan ahli - ahli PAS menerima DAP sebagai rakan dalam PAKATAN . Bukankah Lim Guan Eng sering menyebut bahawa beliau ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Omar bin Abdul Aziz ? Bukankan Khalifah Omar bin Abd Aziz itu adalah khalifah Islam yang memerintah sebuah Negara Islam ? atau ada apa dengan ungkapan ingin mencontohi Khalifah Omar ini ?

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi
Nota :Penulis adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak perlulah berkokok tentang penubuhan negara Islam. Adakah negara kita sekarang ini negara Islam? Adakah kita mengamalkan undang-undang Islam? Jawab dulu baru berkokok. UMNO dah 50 tahun memerintah. Kenapa tak bising bila negara kita tidak mengisytiharkan sebagai negara Islam? PR belum lagi memerintah dah bising pasal negara Islam. Mengapalah mentaliti orang kita begitu rendah tahapnya?

Aspirasi berkata...

Bukan UMNO yang berkokok tetapi PAS yang berkokok...

JIka PAS bersama DAP{kafir harbi yang terang dan jelas menentang penubuhan negara Islam)dapatkah PAS menubuhkan negara Islam, bukan setakat Undang-undang Islam, syiar Islam pun tidak dapat dilaksanakan.

Dapatkah PKR bersama PAS menyokong penubuhan negara Islam sedangkan di dalam mereka pun ramai yang bukan Islam.

UMNO telah berjaya membangunkan syiar Islam, adakah dengan hanya melaksanakan undang-undang Islam baru sesbuah negara dikirakan sebagai negara Islam. Agaknya tuan ikut kitab mana ni, ulamak mana yang tuan ikut,

Negara ini telah diishtiharkan negara Islam dahulu pada zaman Tun Mahathir lagi.. tuan ni hidup di planet mana?.. dan sebelum itu lagi pun Tunku Abd Rahman dah meletakkan asas Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dan Islam dijadikan agama rasmi persekutuan. Dan sebelum-sebelum itu juga negara kita ini memang sebuah negara Islam dari zaman kesulatanan Melayu Melaka lagi samapilah sekarang... tak baca sejarah ke...

Saya rasa tuanlah yang rendah mentalitinya, tuan tak faham apa yang tuan cakapkan. Dan artikel diatas ialah artikel di atas yang ditulis oleh orang PAS sendiri.

Jadi jika tuhan beri akal itu berfikirlah!

Kongsi Link Anda