Popular Today

Rabu, Ogos 20, 2008

PARTI KUAT RABA + PARTI KUAT RASUAH (PKR2)

Gambar : Agenda Daily

Bapa borek anak rintik... Pemimpin gila kuasa dan kuat nafsu...
Anak buah pun sama...


Wan Azizah sanggup meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh demi suaminya, DSAI
yang gila kuasa. Sehingga kerajaan terpaksa membazir masa dan duit untuk melaksanakan Pilihanraya Kecil semula.

Manakala anak buahnya pula Selepas kejadian penyokong PKR memukul jurugambar, kemudian meraba petugas BN dan sekarang EXCO PKR (Negeri Perak) kini ditahan atas tuduhan rasuah wang dan seks.

Menurut laporan berita, Dua Exco Kerajaan Perak merupakan antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Lima suspek berusia 45 hingga 57 tahun ditahan pukul 6 petang semalam hasil maklumat orang ramai manakala seorang lagi anggota Exco itu ditahan pukul 10.30 pagi ini.

Laporan
Berita Harian sebelum itu, menyebutkan kedua-dua Exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan) dan Kapt (B) Osman Mohd Jailu (Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO).

Jamaluddin juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang), manakala Osman adalah Adun Changkat Jering.

Tiga daripada suspek termasuk anggota Exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk
mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

BPR dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, mereka juga
disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

Namun mengikut sumber dalaman, kedua-dua exco ini biasa membangkitkan kemarahan EXCO Kanan negeri Perak itu. Ianya berikutan mereka selalu berselisih faham dengan barisan EXCO dari DAP ini.

Jawapan dan tindakan DAP telah dijangka pastinya mereka akan menyalahkan pihak ketiga dan tidak akan mengaku kesalahannya...

Isu menolak kesalahan kepada BN, BPR dan sebagainya sudah menjadi stereotype bagi pembangkang.....

Hakikatnya menurut laporan BPR bahawa tertuduh ditangkap selepas disahkan menerima suapan rasuah.. Pastinya menjadi kebiasaan BPR untuk merisik dan mengekori ke mana sahaja 'suspect'....

Jadi tak payahlah menyalahkan pihak lain... hakikatnya ini mungkin jalan pintas untuk EXCO Perak tersebut menjadi kaya khasnya apabila mereka mempunyai kuasa. Kerana belum pasti kerjaan DAP Perak akan bertahan 4 tahun lagi...

1 ulasan:

Aspirasi berkata...

Terima Kasih anakmalaysia

Bersamalah kita menentang kebatilan....dan menyerlahkan kebenaran...

Pembangkang ni pun bukan betul sangat...

kalau sesuatu berpihak pada dia, dia anggap betullah...

Kalau sebaliknya dia akan salahkan orang lain...

Pakatan Rakyat hanya hipokrit..

Kongsi Link Anda