Isnin, Oktober 20, 2008

Nasihat kepada MCA : jalankan tugas, jangan sibuk hendakkan jawatan

Beberapa hari lepas, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai mencadangkan jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditambah daripada satu kepada dua dengan satu daripadanya diisi pemimpin MCA.

Persoalannya adakah ianya relevan?

Apakah sebenarnya yang lebih penting menjalankan kerja atau jawatan? Bagi pendapat saya permintaan orang kuat MCA ini banyak yang perlu difikirkan dan diambil pertimbangan.

Pertama - Hakikatnya MCA kini masih dilihat lemah dan tidak mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina sebagaimana Pilihanraya Umum yang lalu.

Kedua - MCA juga perlu mempunyai ahli yang ramai dan aktif yang bergerak dalam MCA. Trend masyarakat Cina, mereka tidak aktif di dalam parti politik tetapi lebih aktif dalam NGO's. Dengan kata lain, MCA gagal memberikan perspektif politik negara kepada kaum Cina dan seterusnya gagal memahami politik Malaysia.

Ketiga - Jika dilihat dari gerak kerja dan jentera pilihanraya yang aktif dan bekerja keras pada setiap Pilihanraya kecil mahupun Pilihanraya Umum hanyalah jentera UMNO sahaja. Berbanding dengan jentera komponen yang dianggap tidak aktif dan tidak bermaya termasuklah dalam melaksanakan aktiviti, menyelaras bilik gerakan dan berkempen.

Keempat - kegagalan memberi penerangan isu-isu semasa kepada masyarakat cina sehingga isu Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial menjadi polemik di kalangan masyarakat Cina dan seterusnya menyaksikan negeri yang majoriti Cina jatuh ke tangan pembangkang. MCA sepatutnya memberi sokongan yang jitu kepada UMNO.

Kelima - Wujudnya pelbagai parti yang mewakili kaum Cina seperti Gerakan menyebabkan sokongan kaum Cina terhadap MCA terpecah dua dan seterusnya tidak menunjukkan sokongan sepenuhnya kaum Cina terhadap parti MCA. Kaum Cina perlu pilih satu parti politik sahaja mewakili mereka jika tidak mahu dilihat sebagai tamakkan kuasa.

Jadi jika ini menjadi ukuran pastinya cadangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditambah daripada satu kepada dua adalah tidak relevan. Hakikatnya MCA masih perlu bekerja keras jika mahukan kerusi timbalan presiden BN ini. Sokongan kaum Cina perlu diterima secara berterusan dari satu Pilihanraya Umum kepada Pilihanraya umum yang berikutnya iaitu sokongan secara konsisten bukan sebaliknya. Sikap sambil lewa dan malas berkempen semasa pilihanraya juga hendaklah dibuang. Jika tidak MCA masih tidak layak untuk jawatan presiden.

Nasihat kepada MCA, jalankan tugas dahulu jangan sibuk hendakkan jawatan!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bunga Raya berkata,
Perkara sebegini bukanlah satu kehairanan, jika MCA yang menyuarakannya. Parti tu merasakan ianya parti yang kedua terbesar dalam Komponen BN yang memerintah negara buat ketika ini. Kita pun rasa macam tu. Cuma kalau Pengerusi BN rasa belum masanya kerana beberapa sebab, maka jawapan patutlah diberikan kepada MCA secara ikhlas dan jujur.
Kepada saya belum lagi masa dan ketikanya MCA dibenarkan duduk sebagai orang nombor dua dalam Majlis BN. Begitu juga dengan parti-parti komponen yang lain. Rakyat melayu yang majoriti di Malaysia ini belum dapat menerima keadaan sedemikian. Mereka akan bising dan menolak Komponen BN jika parti lain selain UMNO menjawat jawatan nombor satu dan dua dalam komponen itu. Walau sekalipun terdapat dua jawatan Timbalan Presiden.
50 tahun bukanlah masa yang panjang dan masa itu belum dapat memadukan secara 'ketat' dikalangan bangsa asal negara ini dengan bangsa yang asalnya mendatang. Kebimbangan akan kehilangan tampuk pemerintahan negara dari tangan bangsa asal sangat ketara dikalangan bangsa melayu. Oleh itu MCA haruslah bersabar. Sekarang ini telah ada bibit-bibit bangsa melayu yang mula memisahkan diri masing-masing dari 'tali pusat' mereka.
Jika itu kelak menjadi kenyataan, maka usahkan Tim. Pengerusi BN, Pengerusi BN pun kamu boleh ambil.

Aspirasi Bangsa berkata...

Saudara/Saudari Bunga Raya..

Kita melihat bahawa kaum bukan Melayu konsisten untuk 'merampas' kerusi Melayu secara perlahan-lahan. Nilai segajat seperti keadilan, kesaksamaan menjadi senjata utama mereka. Namun apa yang penting ialah orang melayu itu sendiri perlu sedar tentang 'serangan' kaum Cina ini. Jika mereka masih tidak sedar dan tidak pertahankan negara ini maka, tanah Melayu nanti hanya akan menjadi fosil sahaja.. Sebagaimana di singapura.

Kongsi Link Anda