Popular Today

Selasa, Oktober 28, 2008

SATU LAGI JAWATAN TERTINGGI UNTUK BUMIPUTRA BAKAL GUGUR

Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh selama setahun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

''Jika kedua-duanya bersara serentak, ia tidak boleh menjamin penerusan pentadbiran PKNS yang berkesan dan kerana itu saya telah meminta Siew Moi agar menangguhkan persaraannya dan sebaliknya bekerjasama dengan Lembaga Pengarah PKNS bagi menerajui urusan pentadbiran PKNS sehingga calon yang sesuai dilantik bagi mengisi jawatan Pengurus Besar ditemui,'' katanya pada sidang media.

Siew Moi sudah 35 tahun berkhidmat dengan PKNS termasuk 11 tahun sebagai Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, yang bertanggungjawab ke atas bahagian korporat dan kewangan serta pengurusan aset PKNS.

Mengenai calon jawatan Pengurus Besar PKNS, Abdul Khalid tidak menolak kemungkinan calonnya adalah dari luar PKNS.

kata Aspirasi: Mungkin sudah tiada orang Melayu Selangor yang layak untuk memangku jawatan Pengurus Besar PKNS mungkin inilah kata-kata yang akan terkeluar. Untuk memangku mungkin tiada masalah tetapi, untuk mencari pengganti sebenar mestilah di kalangan Melayu Selangor. Walau bagaimanapun, apa salahnya untuk mencari orang Melayu Selangor yang sesuai dan layak untuk memangku jawatan tersebut atau seperti Datuk Harun Salim sendiri yang patut disambung perkhidmatannya kerana PKNS ditubuhkan adalah untuk kepentingan Bumiputra.

Kita mengetahui bagaimana Khalid Ibrahim sentiasa cuba melontar isu khasnya yang berbaur perkauman akhirnya mengharapkan orang Melayu memainkan sentimen perkauman dan terus mengukuhkan cengkaman PKR terhadap bukan Melayu ini boleh dilihat beberapa isu yang dimainkan oleh beliau seperti isu babi dan isu UITM. Tindakannya jelas supaya secara konsisten UMNO dilihat sebagai anti atau tidak adil kepada bukan Melayu. Nampaknya Khalid Ibrahim sekali lagi menggunakan taktik yang sama iaitu memainkan setimen perkauman.

Sikap Khalid Ibrahim inilah sebenarnya yang akan menghapuskan hak keistimewaan Orang Melayu kerana akhirnya menimbulkan rasa kurang senang dan kurang puas hati di kalangan rakyat khasnya Melayu dan bukan Melayu demi kepentingan PKR.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan pendapat aspirasi. memang dari isu babi (sebaik menang pilihanraya dan exco selangor terbentuk), isu uitm, tulisan jawi, azan dan terkini jawatan siew, saya melihat, isu-isu ini dilontar untuk antuk-antukkan melayu dan bukan melayu di mana akhirnya akan menguatkan PKR dari kalangan bukan melayu dan menambahkan ahli DAP. tapi benarkah isu ini dilontar oleh flinstone atau si kok-kok dan kuncu-kuncunya? Orang PKR dari melayu tak sedar-sedar lagi ker?

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

Saya amat berharap agar Melayu akan terus bersatu dalam apa jua 'tunjang' yang dapat menyatupadukannya.

Tali barut Melayu yang ada kini biarkan dia bermaharajalela kerana pasti suatu hari nanti dia akan 'ke bumi juga'.

Salam ziarah


Ikhlas,


Sarfarizmal Saad
Http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Kongsi Link Anda