Popular Today

Rabu, November 12, 2008

Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000

Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu atau 60.62% dari 496,500 isi rumah memperoleh pendapatan di bawah RM 1,000 sebulan. Manakala bagi pendapatn RM 2,001 hingga ke RM 3,000, Melayu sebanyak 975,500 atau 57,58% dari 1,695,600 isi rumah.

Secara keseluruhannya kaum Melayu ialah paling ramai yang mempunyai pendapatan kurang RM 1,000 dan kurang dari RM 2,000. Manakala Kaum Cina mengatasi kaum Melayu di paras gaji RM 10,000 dan RM 20,000 ke atas.

Ini menunjukkan dari keseluruhan isi rumah, kaum Melayu masih kumpulan terbesar yang perlu diberi perhatian berbanding kaum-kaum lain. Namun dasar kerajaan adalah mengingkatkan lagi pendapatan rakyat dan membebaskan diri mereka dari kemiskinan.



Sumber: Utusan Malaysia

11 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam Bro....

Dengan fakta macam ni lah kaum lain kena tahu bahawa orang Melayu masih mundur banding mereka.... Jadi usaha kerajaan di bawah DEB adalah tepat dan beberapa lagi dasar kerajaan bukan bererti bangsa lain tidak dipedulikan tetapi inilah hakikat dia....

Aspirasi berkata...

betul tu ms sumandakbayu...

cakap bira guna fakta jangan hentam kromo je

bungaraya berkata...

Betul tu brother.
kalau nak diulas, ini membuktikan perjuangan kita tu masih belum selesai walau 1,000 tahun lagi.
Yang tak betulnya apakala sudah terdapat orang kita yang tak sedar dik untung sehingga video dalam kubur yang ditayang disekolahpun mereka marah bagi nak rubuh rasanya jiwa kita. Barangkali anaknya penuh dengan anting-anting ditelinga sehingga ke Pusat yang mengujudkan berahi lelaki tu. Mesti ditonjolkankan, pusat yang terkeluar isinya itu.Kan Kan Kan

Tanpa Nama berkata...

kalau hampa nak tau inilah dikatakan 50 tahun lebih penyamun,penyangak ameno dok kencing atas kepala orang melayu sampai meleleh ke dalam mulut,bodoh padan muka ,sokong lagi sampai mampuih

Aspirasi berkata...

Saudara Kifli,

Mungkin saudara tak sedar kejayaan saudara juga hasil dai kebangkitan membela Melayu yang dibawa oleh UMNO.

Berapa ramai Melayu yang telah berjaya seperti saudara ini semua hasil dasar yang dibentuk oleh pemimpin UMNO terdahulu.

Dasar Pendidikan yang memberi kelebihan kepada melayu, kouta pendidikan juga untuk Melayu, peluang untuk berkerja di perkhidmatan awam juga kepada melayu, tender juga untuk Melayu. Memalui dasar ini berapa ramai yang telah berjaya masuk IPTA, bantuan biasiswa, bekerja diperkhidmatan awam... dan semua ini dinikmati oleh semua orang Melayu termauk anak orang PAS, PKR, UMNO dan sebagainya. Jadi jangan buat tuduhan sembarangan.

Sama ada saudara perasan atau buat-buat tak perasan.

Cuma orang Melayu ni setelah berjaya semua berlagak dan mereka sendiri malu untuk menggunakan nama Melayu dan malu untuk membela nasib bangsanya sendiri khasnya golonngan profesional. Sumbangan tidak diberikan dan hanya tahu salahkan pihak lain. jadi cermin diri dulu tu..

Namun usaha ini masih tak selesai, sebab itu agenda untuk memperjuangkan dan membela orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia umunya perlu diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO yang berebut nakkan jawatan dalam parti semata-mata untuk merembat khazanah negara. Sialan punya pencacai UMNO kerana mempersundalkan undi mereka dengan mengangkat perasuah sebagai pemimpin mereka

Tanpa Nama berkata...

Gejala politik wang sudah sebati dengan Umno! Ini rumusan penganalisis dan pemerhati politik yang mengikuti dengan dekat perkembangan tersebut sejak kebelakangan ini.

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, gejala politik wang sudah lama berakar umbi dalam Umno dan ia merebak daripada peringkat atasan hingga ke bawah.

“Ia dah berlaku lama. Bila ada bunga-bunganya, ia patut dicantas cepat tapi Umno dulu, masa hal ini (politik wang) berlaku, mereka menutupnya dan akibatnya semakin dapat dilihat pada hari ini. Ia semakin merebak dan sukar dibendung lagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

“Selain itu, ini juga melibatkan masalah kepimpinan. Walaupun ada pemimpin Umno yang berdegar-degar bercakap politik wang berdosalah, merosakkan maruah bangsa dan sebagainya tetapi tidak semua ahli yang memandang berat cakap-cakap mereka.

Bangsat punya pemimpin UMNO

“Ada sesetengah ahli yang bila pemimpin bercakap demikian, mereka pun kata ‘alah, dia cakap, dia pun buat juga’... itulah yang membimbangkan

Aspirasi berkata...

Saya rasa en kifli ini ada masalah...

Kalau ini bahasa yang en kifli gunakan saya pun tak rasakan en kifli seorang berbahasa. jadi En Kifli perlu lah cermin diri sendiri. Orang menilai cara kita berhujah.

En Kifli perlu adil melihat prestasi semua wakil rakyat dan pemimpin jika en kifli seorang yang rasional.

Saya hendak tanya en kifli apa sebenarnya sumbangan yang telah diberikan oleh wakil rakyat pembangkang tak kiralah siapa, PAS, DAP, PKR dan sebagainya kepada pengundi mereka... sebutkan satu persatu!.. setakat beria air percuma untuk 20 meter padu kerajaan juga memberi tarif elektrik percuma untuk penggunaan kurang dari RM 20. Jadi tak payah lah nak cakap. Nak kata prmbangkang bebas rasuah, tak guna kroni, pun tak payah nak cakap.... cuma mereka sembunyikan pekong mereka...

Jadi penilaian yang dibuat perlulah betul... bukan untuk main sentimen semata-mata. En Kifli berkata tentang UMNO sedangkan en kifli pun tak masuk di dalam UMNO (pendapat saya)Patah lagi hendak memberi pendapat dan bersama-sama hendak memperbaiki UMNO. Kalau En Kifli betul-betul hendak perbaiki UMNO masuklah dalam UMNO. Mungkin UMNO perlu orang macam en kifli...

Tapi ne kifli mengatakan enggan. atas alasan itu dan ini. jadi en kifli bukanlah berhak untuk menuduh UMNO sembarangan....

Segala kata-kata kesat yang en kifli sebutkan tak perlulah saya ulas... tuhan lebih tahu kita ini ikhlas ataupun tidak....

Tanpa Nama berkata...

Nazri Yakin Pakatan Perintah Selepas PRU-13


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) berkeyakinan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. MP BN kawasan Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tidak mustahil PR akan akan mentadbir Malaysia pada PRU 13 jika BN tidak mendengar suara golongan muda pada hari ini. Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, PRU 12 jelas membuktikan pengundi muda memberi impak besar terhadap keputusan pilihanraya. Sementara itu, Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa, Angkatan Muda KeADILan (AMK), Yusmadi Yusoff yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, pandangan yang diutarakan oleh Nazri itu merupakan suatu pandangan yang ikhlas dari seorang menteri yang cukup berpengalaman. Yusmadi yang juga MP Balik Pulau, berkata, Nazri sebagai seorang menteri yang arif berkaitan kepimpinan sudah pastinya mengetahui realiti sebenar dalam negara ketika ini.


Menurut Yusmadi, golongan muda adalah sekumpulan manusia yang bersifat dinamik, keratif dan tangkas dalam memproses maklumat semasa khususnya isu-isu yang berkaitan kepentingan masyarkat dan negara. Yusmadi yang juga seorang peguam memberi contoh bagaimana blog Anwar Ibrahim menerima kunjungan yang konsisten dari golongan muda. Beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Masyarakat Madani turut menjelaskan PKR sentiasa membuka peluang kepada setiap golongan muda untuk bergerak dalam KeADILan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa dua juta orang golongan muda yang berumur bawah 21 tahun berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih menjelang pilihan raya ke-13.

[Keyakinan yang dibuat oleh Nazri ini juga memang sudah dijangkakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya. Arus perubahan berlaku dimana-mana termasuk di Amerika Syarikat sendiri. Justeru itu, hanya startegi yang dirangka bakal merubah senario ini. Apapun keyakinan itu turut dirasai oleh calon Ketua Pemuda UMNO iaitu Mukhriz Mahathir sebelum ini. Jelas sekali mereka gusar dengan jumlah 2 juta pengundi baru, bermakna harapan besar untuk melihat Pakatan Rakyat berkuasa secara demokrasi akan tercapai. Namun, kita harus ingat bahawa sebahagian besar dari mereka juga sudah ditanam dengan semangat patriorisme dan nasionalisme menerusi Program Latihan Khidmat Negara sebenarnya. Kami amat yakin bahawa 90% anak muda yang lahir dari acuan PLKN sudah pasti akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Oleh itu, usahlah kita terlalu yakin tanpa melakukan agenda merubah minda mereka. Sama-samalah kita perhebatkan "perang siber" dalam merealisasikan hasrat tersebut. Kerana golongan ini sudah pasti celik ICT semuanya].

Tanpa Nama berkata...

GEJALA politik wang dalam Umno semakin serius
Komen kifli
Semua orang tahu apa sakit UMNO sekarang. Mungkin UMNO sakit kerana sudah tua. Penyakit pula sudah bersarang terlalu lama. Anak-anak pula pelbagai kerenah.

Dr yang merawat UMNOpun turut sama mengakui sakit UMNO semakin parah. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata “Umno menjadi semakin parah”.

Oleh itu adalah lebih baik mulai sekarang rakyat berfikir untuk meninggalkan UMNO. Carilah parti yang lebih baik daripada UMNO. Jauhilah parti yang berpenyakit itu demi masa depan anak cucu kita. Marilah kita bersama membina kehidupan yang lebih baik bersama parti yang hala tujunya bukan dunia semata-mata akan tetapi yang mengambil kira juga soal akhirat.

Fikir-fikirkanlah dan jangan tunggu lagi.Wahai pencacai umno gunalah akal fikran anugerah ALLAH dengan sebetul dan sebaiknya kerana itu adalah amanah.

Tanpa Nama berkata...

UPSR 2008 : Rakyat diperbodoh lagi.
Tak sampai 24 jam lagi, keputusan UPSR 2008 akan diumumkan kepada semua rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran telah siap sedia untuk mengeluarkan kenyataan tentang pencapaian UPSR kali ini khususnya tentang pencapaian murid-murid dalam subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Kita akan tertunggu-tunggu apakah Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa inggeris (PPSMI) telah berjaya berdasarkan keputusan UPSR 2008 yang bakal keluar.

Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pelajaran Hishamudin dalam beberapa kenyataannya, kita dapat merasakan bahawa kerajaan(UMNO) tetap meneruskan kerja jahat mereka menjahanamkan bahasa Melayu dengan meneruskan PPSMI ini.

Kita yakin dan percaya pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran akan diarahkan SEDAYA UPAYA untuk membuat " graf penipuan" tentang peningkatan graf lulus murid dalam menjawab dalam Bahasa Inggeris untuk kertas Sains dan Matematik. Segalanya amat senang dibuat-buat dan diubah-ubah.

Kalau Peristiwa di Bukit Sauk boleh dilakonkan, graf UPSR lagi senang macam makan kacang!

Nampaknya Prof. Awang Sariyan serta pejuang bahasa kena usung lagi keranda mengulangi lagi peristiwa arwah Syed Nasir dan rakan-rakannya mengusung keranda 152 di tahun 60 an dulu. www.tokpepijat.blogspot.com (Ini lagi satu bukti umno nak menjahanamkan anak bangsanya sendiri.

Kongsi Link Anda