KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pas bersifat 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.
Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.
''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa.
''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Menurutnya, memorandum itu akan dihantar kepada semua pemimpin Melayu dan Islam dalam usaha memansuhkan ternakan babi di kawasan tersebut.
Semalam, majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.
Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.
Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
"Kami terlebih dahulu telah menghantar notis
2 ulasan:
1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan Perlembagaan Malaysia Tanpa Kompromi.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.
3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan Hak Istimewa Melayu sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.
4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan jadi pengkianat bangsa, agama dan tanah air hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.
5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang bangsa, agama dan tanah air tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sangup memperjudikan nasib bangsa, agama dan tanah air.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.
8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.
9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan.
11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.
12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.
13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan Keadilan dan Tanggungjawab sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.
14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan Perlembagaan Negara demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.
15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian, KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Panjang lebar kifli berhujah. Baguslah tu. Dengar cerita perkataan melayu dalam perlembagaan PAS semakin terhapus dari hari kehari. Semua apa yang kamu perjuangkan dalam luahan rasa itu, termaktub dalam perjuangan UMNO. Dik kerana terlalu lama berjuang, berlakulah kesalahan disini dan sana. Tugas kita ialah menasihati pemimpin UMNO bahawa suasana kini terdapat sedikit lari daripada landasan. Tak payah menyingkirkan UMNO. Itu kerja salah yang kita telah lakukan.
Selama ini UMNOlah yang kuat memperjuangkan Hak Istimewa Orang Melayu. Mempertahankan Kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bukan usaha PAS. Tapi usaha UMNO. Jangan nak mengaku pula. Jika keadaan mengizinkan kelak, UMNO akan melaksanakan Hukum Hudud. Tak Payah tunggu PAS.
Catat Ulasan