Popular Today

Isnin, Disember 15, 2008

PENURUNAN KALI KE-7, PETROL KINI RM 1.80

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter. Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Mungkin rakyat masih mengharap jika harga minyak boleh turun harga ke tahap serendah yang mungkin namun peristiwa dan kisah nabi Yusuf AS boleh dijadikan tauladan iaitu mengenai mimpi pemerintah Mesir pada masa itu telah bermimpi 7 tangkai gandum (gemuk)yang berisi kemudian diikuti 7 tangkai gandum yang tidak berisi (kurus).

Dalam keadaan harga minyak yang jatuh sementara akibat krisis ekonomi global perlu diurus dengan baik dan teratur sebelum harga minyak melonjak dan kembali ke paras asal. Mengikut penganalisis ekonomi kemungkinan harga minyak akan kembali asal kepada US 75 dalam tempoh tiga tahun dan kemungkinan lebih awal ataupun lewat dari itu.

Namun dalam keadaan ekonomi perlu diurus dengan lebih baik dan teratur terdapat satu perkara yang perlu dibuat ketika ini iaitu... subsidi yang sepatutnya diberikan pada setiap liter minyak perlulah dipindahkan bagi menurunkan harga barangan asas ke tahap yang lebih rendah lagi.

1 ulasan:

WARIS PAHANG berkata...

ini bukti kerajaan BN kotakan janji

Kongsi Link Anda