Popular Today

Khamis, Julai 17, 2008

Enggan @ takut beri sampel DNA

Oleh : Citra Adora

Berani kerana benar, takut kerana salah!

Apa sudah jadi?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa.

Kononnya bimbang DNA beliau akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkannya pada 1998 juga terlibat dalam siasatan tuduhan liwat pada kali ini bersama bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keengganan beliau untuk memberikan sampel DNA secara sukarela ini dilihat akan lebih menampakkan bahawa beliau takut dan risau jika rahsianya akan terbongkar. Biasa kita dengar bahawa orang yang bersalah sahaja akan berasa takut jika hendak disoal selidik. Sepatutnya DSAI memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan hospital berhubung perkara ini bagi membersihkan namanya dan jangan sesekali meragui ketelusan serta kepakaran badan undang-undang ini.

Diharap pihak berkuasa akan melaksanakan tanggungjawab siasatan dengan seadil-adilnya agar kebenaran dapat dibuktikan dan semua pihak akan berpuas hati.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda