Popular Today

Rabu, Februari 11, 2009

Tiada pilihanraya kecil di Bukit Selambau?

BANYAK pihak mula membuat andaian kemungkinan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau juga tidak akan menyaksikan pilihan raya kecil, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu meneliti setiap dokumen sebelum mencapai keputusan mutakamad Jumaat ini.

Sambil menegaskan tidak "mengeruhkan keadaaan" dan "tidak boleh bercakap apa-apa lagi sekarang", ekoran andaian pelbagai pihak kini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setiap kekosongan yang wujud akan dilihat "kes demi kes" bagi menentukan kesahihan kerusi terbabit dikosongkan.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan tiada pilihan raya kecil bagi DUN Bukit Selambau, Wan Ahmad memberitahu: "Saya tidak boleh bercakap tentang perkara itu... kita akan tengok berpandukan pada dokumen yang dilampirkan dan berasaskan pandangan penasihat undang-undang SPR."

"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan... SPR akan mengadakan mesyuarat. Saya belum melihat dokumen notis kekosongan kerusi (DUN Bukit Selambau), tetapi notis sudah pun diterima," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Notis itu diterima semalam dan difahamkan salinan asal sudah dihantar ke pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Semalam, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah dilaporkan ingin mendengar sendiri daripada V. Arumugam berhubung peletakan jawatan beliau.

Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Sultan Kedah telah menitahkan pejabatnya supaya Arumugam dipanggil menghadap ke istana berikutan spekulasi bahawa wakil rakyat itu yang mahu meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan exco negeri.

"Kami tidak dapat menghubunginya. Bagaimanapun, kami menerima surat daripada Arumugam yang menyatakan hasrat beliau untuk keluar," katanya.

"SPR akan mengkaji semua dokumen yang dikemukakan mengikut undang-undang dan merit sebelum membuat keputusan yang memuaskan," katanya lagi.

Wan Omar berkata, berdasarkan laporan media beliau juga difahamkan bahawa surat letak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, Arumugam diterima pejabat Menteri Besar Kedah menerusi wakilnya.

Dalam kes Bukit Selambau, Arumugam belum menafikan kandungan surat yang diterima oleh Menteri Besar Kedah setakat ini.

Arumugam kini berada di Chennai, India sejak kelmarin.

Sumber: KLPOS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ikutlah perintah Allah dan Rasulnya dan 'ulul Amri' daripada kamu...

Maka ulul amri tu siapa? Sultan ke Nizar?
...engkau memang bodooooh, apa difinasi 'ulul Amri...

Kalau greja dinamakan masjid engkaulah pergi jadi Imam...

buat malu saja.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/02/isu-menteri-besar-perak-adakah-derhaka.html

Tanpa Nama berkata...

Kalau greja dinamakan masjid engkaulah pergi jadi Imam...

buat malu saja.

dan lagi memalukan adalah jika Hudud dan negara Islam terpaksa diketepikan semata-mata kerana janji dalam pakatan dan bukan kerana perintah Allah dan Rasulnya

Kongsi Link Anda