Rabu, Februari 11, 2009

ARUMUGAM KAMBING HITAM PKR?

Apabila Arumugam meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan berkuat kuasa serta merta banyak menimbulkan persoalan. Namun yang dituduh adalah kerajaan BN sedangkan di Kedah, jika BN hendak memerintah terpaksa mengambil banyak kerusi DUN yang tidak logik bunyinya jika dikatakan mereka akan melompat kerana jumlahnya yang terlalu banyak...

Namun biasalah orang PAS ni walaupun tak logik, tetapi jika disebut oleh pemimpin mereka, mereka tetap akan percaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri menerusi dua pucuk surat yang dihantar kepadanya dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail petang tadi.

Namun yang sedapnya, alasan perletakan jawatan hanya dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah dan bukan tuannya sendiri, Menurut Speaker DUN Negeri Kedah, Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Senator Ir. Zamri Yusuf mengakui beliau secara peribadi pernah menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatan Exco kerajaan Kedah berikutan tekanan yang dihadapinya.

Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah itu memberitahu, nasihat itu dibuat atas dasar sebagai seorang rakan yang rapat dengan Arumugam selepas ADUN Bukit Selambau itu menghubunginya bagi membincangkan masalahnya.

Namun kemungkinan juga Arumugam hanya dijadikan kambing hitam oleh Pakatan Pembangkang untuk mengaitkan isu lompat di Perak. Sebab itu alasan hanya disebutkan oleh MB Kedah dan bukannya oleh tuan badan. Dengan kata lain semunya telah dirancang oleh Pakatan Rakyat, bagi mereka-reka isu sebab itu semuanya kelihatan umpama telah disusun seperti surat perletakan jawatan, dan surat Speaker Negeri kepada SPR.

Soalnya apakah ugutan itu ada kaitan dengan skandal berkenaan.

Kata orang ‘ berani kerana benar…takut kerana salah’.Kalau Arumugam tak salah apa perlu beliau takut hingga kena letak jawatan.

Lebih membingungkan ialah tindakan Arumugam menghilangkan diri dan kini dikatakan ‘dibawah perlindungan’ pimpinan atasan PKR.

Kalau ia merupakan kes ugutan berbentuk jenayah kenapa tidak serahkan hal itu kepada pihak polis?

Gara-gara ini jangan salahkan jika ada yang menduga Arumugam terpaksa bertindak letak jawatan ADUN dan Exco semata-mata kerana nak tutup pekongnya.

Katanya Kedah diperintah oleh barisan pembangkang dan bukan BN yang berkuasa di situ.

Menurutnya wang RM 5 juta yang didakwa ditawarkan BN agar Arumugam melompat lebih bagi digunakan oleh projek pembangunan rakyat.

Beliau sebaliknya mempersoalkan kenapa nak menuding jari pada BN sedangkan mungkin Arumugam menghadapi masalah peribadi atau masalah dalaman partinya.

Ada juga yang bertanya apa perlunya BN nak memancing Arumugam sampai tawar RM5 juta?

Ini kerana kalau betulpun ADUN Bukit Selambau itu melompat ia tidak memberi apa kesan kepada kerajaan negerii Kedah dimana perbezaan kerusi ialah 22 barisan pembangkang 14 BN.

4 ulasan:

SUKJ berkata...

Salam Bro,

TQ kerana datang blog saya. Selamat Maju Jaya bro.

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Ziarah,

Dalam isu ini, jangan harus dituding jari kepada Karpal Singh sahaja. Apa yang saya nyatakan bukan bertujuan menyokong "sembah derhaka" PR, tidak sama sekali!!!

Apa yang penting disini, orang Melayu tidak perlu bersikap "marah bermusim", kemudian berbondong-bondong membuat laporan polis tentang salahlaku kerana khianat kepada raja/menghasut sedangkan hasilnya????!!! Seringkali, kosong!!!!

Maksudnya, hanya pihak berkuasa bertindak!!! Sedangkan kita terus ditakuk lama!!!

Fikirkan!!! Tidak perlu menjerit, berpekik melolong kalau hakikatnya mereka masih menari berpencak suka melihat telatah Melayu yang tidak habis-habis bertelagah!!!

Salam Perkenalan.

CKT berkata...

Haiyaaaa!!! Menuding jari demi menutup kesilapan diri sendiri mmg mudah bukan? Asal saje ada yg tak kena dalam PKR, maka BN akan dikaitkan..apa nak heran, mmg itu adalah mentaliti org2 dlm PKR! Apa logicnya kalau BN yg suap berjuta2 pada Arumugam sedangkan mereka punyai bilangan kerusi yg mantap dan teguh diKedah??

Cuba selidik diri sendiri dulu sebelum nak menuding jari pada lawan..maybe dia ada masaalah dalaman dgn PKR sendiri atau mmg dia nak tutup pekungnya yg telah pecah keluar!!

Camtu snglah..apa2 aje masaalah dalaman party..semua salahkan org lain, banyak cantik, belajar dari siapa? Oh well, gotcha!Kalau bapak kenching berdiri, anak tentulah kenching berlari..

Bani Tanjong berkata...

salam bro, Memamg itulah cara PR dalam mengalih pandangan terhadap kelemahan diri mereka. Saya berpandangan dalam isu Karpal seolah2 beliau frusted dgn Anwar tetapi bagi saya itu wayang kulit yg cuba dimainkan untuk mengalih perhatian masyarakat terhadap kelemahan PR lately.Think about it.
lawatailah blog saya : Banihakim.blogspot.com

Kongsi Link Anda