Selasa, Mac 10, 2009

30,000 Ahli komponen BN di Bukit Gantang?

Hari ini berkesempatan melawat kawan-Kawan di Bukit Gantang. Rasanya dah 6 tahun dah tak sampai di sini. Kawan-Kawan mendapat maklumat ahli komponen BN terdapat sebanyak 30,000 orang. Dan mengikut data terkini SPR, jumlah pengundi Bukit Gantang adalah 55,562, kalau semua ahli BN keluar mengundi BN, maka BN akan menang dengan selesa, ini pun tak kira pengundi atas pagar lagi. Bermakna ahli BN lebih dari separuh pengundi Bukit Gantang.

Maklumat dari Perak Bangkit mengatakan, BN dijangka merangkul 20++ ribu undi,

PAS hanya memiliki 17++ ribu undi


BN kini mendahului 3,000 lebihan undi dan dijangka mampu membuat alihan 2,000 undi yang kan menjadikan seperti berikut:-
BN dijangka merangkul 22++ ribu undi
PAS hanya memiliki 15++ ribu undi
Maknanya majoriti sebanyak 7.000 lebihan undi

Tapi kalau BN berjaya mengembleng keluar ahli BN dan pengundi atas pagar mengundi BN, maka BN boleh menang dengan selesa.

Tapi bolehkah BN mengumpul kembali semua ahli mereka... mengikut sifir pilihanraya

Keluar Mengundi dijangka sebanyak 68-70%

Iaitu antara 37,000 hingga 40,000 orang

Jika BN berjaya mendapatkan mengeluarkan ahli mereka sebanyak 21 ribu orang, maka sudah memadai untuk BN menang. Maknanya 21 ribu orang hanya 70% hanya ahli BN yang keluar mengundi.

6 ulasan:

bungaraya berkata...

Apa maksud MESRA RAKYAT? Apa ertinya PRIHATIN KEPADA RAKYAT?.Apa maknanya KERAJAAN BERKEBAJIKAN?. Semua istilah ini hendaklah dijadikan realiti kebelum dan ketika pilihanraya Kecil Bukit Gantang nanti. Pemimpin jangan jadikan istilah tersebut hanya sekadar retorik semata. Bila kita katakan prihatin kepada rakyat, bila kita cakap mesra rakyat dan kerajaan berkebajikan, maka kita kenak membantu permasalahan yang dihadapai oleh rakyat satu persatu tanpa pilih kasih.
Kita ada wang untuk pendidikan rakyat
Kita ada ruang untuk memberi rakyat pekerjaan, Kita ada wang untuk subsidi rumah trakyat miskin, Kita ada peluang besar untuk memberikan segala bantuan yang rakyat perlukan termasuk paip air, tiang letrik, Buku sekolah dan sebagainya.
Kenapa kalah?
Kerana Pemimpin cakap tak serupa bikin. Maka akar umbi akhirnya bosan dengan kita.

kifli berkata...

Harapan Rakyat Untuk Perubahan


PERUBAHAN. Apa itu perubahan? Semua orang suka bercakap tentang perubahan. Daripada menteri hinggalah kepada rakyat. Tidak kira Umno mahupun DAP- semuanya mahu dilihat membawa perubahan. Agenda perubahan merupakan senjata paling ampuh dalam politik- terutamanya di Malaysia.

Rakan perubahan ialah HARAPAN. Harapan wujud apabila perubahan dijanjikan. Harapan juga boleh musnah apabila janji perubahan tidak dikotakan. Apabila harapan telah musnah, pasti ada pihak yang akan dihukum.

Keputusan PRU 12 telah membuktikannya. Orang ramai telah menghukum Barisan Nasional kerana gagal membawa perubahan yang dijanjikan.

Tetapi pada masa yang sama, harapan baru juga boleh muncul. Harapan baru datang apabila harapan lama telah terkubur. Dalam hal ini, Pakatan Rakyat dilihat sebagai harapan baru dalam meneruskan agenda perubahan di 5 buah negeri. Pakatan Rakyat juga dilihat mampu mendesak Barisan Nasional untuk membawa perubahan dari segi pengurusan kerajaan dan ekonomi di peringkat Pusat.

Berbalik kepada perubahan. Apabila ada pihak yang membawa perubahan, pasti akan ada pihak yang cuba menghalang atau mengkritik. Ini perkara biasa dalam kehidupan.

Untuk kita memahami perkara ini tidak susah. Sila perhatikan isu pemberian tanah di Perak. Bagaimana kerajaan Pakatan telah melakukan perubahan dengan memberikan geran tanah kepada penduduk kampung. Perkara ini adalah selari dengan harapan orang ramai di Perak. Tetapi usaha ini telah dimanipulasikan serta dihalang oleh kerajaan pusat Barisan Nasional.

Dalam isu air di Selangor, bagaimana kerajaan pusat sekali lagi cuba untuk mengsabotaj usaha kerajaan Pakatan dalam mengambil alih syarikat pembekal air. Langkah ini telah menghalang kerajaan negeri dalam melakukan perubahan untuk meringankan beban rakyat.

Begitu juga di Pulau Pinang dalam isu Jambatan Kedua. Semua pihak faham jambatan kedua ini penting dalam pertumbuhan ekonomi zon utara- lebih-lebih lagi Pulau Pinang. Tetapi apa yang berlaku selepas kerajaan negeri bertukar tangan, kerajaan pusat telah melewatkan malah ada cubaan untuk membatalkan projek ini.

Ini merupakan beberapa contoh perubahan yang cuba dihalang daripada dilaksanakan.

Perubahan juga masih boleh dilaksanakan walaupun sudah terlewat. Lewat tidak bermakna tidak boleh berlaku. Kerana di akhirnya orang ramai ingin melihat perubahan itu dilaksanakan, Dan inilah yang berlaku di peringkat pusat.

Kita ambil contoh bagaimana kerajaan Barisan Nasional telah membuat pindaan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Perubahan ini telah membenarkan mahasiswa di negara untuk lebih bebas berpolitik dan bersuara. Langkah ini adalah selari dengan perubahan yang dituntut oleh orang ramai setelah sekian lama.

Kerajaan Pusat juga telah melakukan satu lagi perubahan- walaupun sudah terlewat. Pendedahan perjanjian konsesi tol telah membuktikan kerajaan Barisan Nasional mendengar harapan rakyat yang mahukan kerajaan lebih telus. Harapan orang ramai ini memang sudah lama didengari. Walaupun baru sekarang kerajaan bersetuju membuat perubahan, ia tetap memberi petunjuk bahawa perubahan telah berlaku.

Ini merupakan contoh perubahan yang berlaku walaupun mengambil masa dan terlewat.

Setahun selepas 8 Mac 2008, harapan orang ramai masih menggunung. Harapan menggunung ini timbul kerana perubahan yang dilakukan baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat masih belum cukup baik.

Dan harapan ini juga akan musnah sekiranya perubahan yang dijanjikan kedua belah pihak tidak dilaksanakan.

Setahun berlalu, empat tahun masih ada untuk perubahan dilaksanakan.

TokMudim berkata...

30,000 ramai tu yop.

BN akan menang besor yop

Usaha tangga kejayaan.

Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.

bungaraya berkata...

Parpu Kari berkata...
GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !

PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.


sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.


anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.


ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.


dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.


hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.


sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.


AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !


PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !



NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor




PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.

Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

KOMEN SAYA:

LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....

kifli berkata...

Eksklusif: Tamparan Hebat Buat Si Najib Razak, Itulah Simbolik Di Sebalik Isu Pertemuan Paling Bersejarah Pak Lah - Anwar Tengahari Semalam
HULU LANGAT - Ramai yang terkejut dan terperanjat dengan kehadiran dua tokoh utama negara dari parti kerajaan dan pembangkang di majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dekat sini semalam. Masing-masing teruja dengan apa yang dilihat ini sebenarnya. Apakah ini merupakan satu petanda baik untuk iklim politik negara agaknya. Semua ini pastinya menimbulkan seribu persoalan yang sukar untuk dijawab. Pertemuan bersejarah yang tidak dirancang itu merupakan satu "hikmah" ke arah mewujudkan kestabilan politik negara selepas ini. Namun, semuanya hanyalah terletak ditangan kedua-dua pemimpin terbabit iaitu Pak Lah Badawi dan juga Anwar Ibrahim. Kedua-duanya berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang. Kedua-dua mereka dikatakan hadir kerana menjadi tetamu kehormat mudir madrasah berkenaan. Kehadiran Anwar semalam sebenarnya memang sudah dinanti-nantikan oleh hampir seribu tetamu jemputan termasuk ulama dari Asia Tenggara. Namun, hadirin sebenarnya terpegun dengan kehadiran secara tiba-tiba Perdana Menteri dalam majlis itu.

Menurut sumber, Pak Lah sepatutnya hadir pada hari ini untuk merasmikan persidangan dan pertemuan para ulamak. Namun, kehadiran Perdana Menteri pada hari semalam dikatakan menjadi tanda tanya para hadirin. Tambahan pula tetamu istimewa semalam ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Pak Lah dikatakan tiba lebih awal dari Anwar iaitu pada kira-kira jam 12.18 tengahari semalam, manakala Anwar dan isteri Wan Azizah tiba kira-kira 20 minit kemudian. Kedua-dua mereka kemudia dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengahari bersama-sama. Mereka berada di rumah berkenaan selama lebih satu jam setengah, kemudian keluar untuk mendirikan solat Zohor bersama sekitar jam 1.40 petang. Adalah dipercayai, semasa bersama Syeikh Mahmud "Pertemuan Enam Mata" berlangsung antara Anwar, Pak Lah dan Syeikh Mahmud sendiri. Satu perundingan juga dikatakan telah berlaku dan Syeikh Mahmud telah menjadi "Orang Tengah" atau "Perantara". Difahamkan juga, semasa mendirikan solat Zohor juga kedua-dua mereka berada di saf barisan hadapan dimana Pak Lah berada di kanan dan Anwar di kiri Syeikh Mahmud.


Makan bersama, sempena pertemuan bersejarah Anwar dan Pak Lah

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum. Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Mereka kemudian Pak Lah dilihat beredar meninggalkan majlis kira-kira jam 2.15 petang dan diikuti oleh Anwar sekitar jam 2.50 petang itu.


[Nampaknya pasti berbagai spekulasi akan timbul hasil pertemuan bersejarah ini. Apapun ianya pasti mendebarkan disaat Najib bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam masa terdekat ini. Hanya Allah yang mengetahui "butir bicara" kedua-dua pemimpin terbabit. Namun, apakah kita akan mendengar satu berita yang pasti menggemparkan dalam masa terdekat ini agaknya. Apapun, sama-samalah kita berdoa agar pertemuan Pak Lah dann Anwar di hadapan seorang ulamak terkenal itu bakal memberi ruang yang terbuka luas untuk "perdamaian" hendaknya. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya perkara ini. Kami difahamkan, ramai penyokong Najib Razak yang kecewa dengan berita pertemuan Pak Lah dan Anwar ini sebenarnya. Mereka kini mencongak, apakah yang bakal terjadi kepada Najib sekiranya Pak Lah dan Anwar akhirnya bersatu demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta Malaysia ini].

Sedingin Salju berkata...

Ha, kalau nak berjaya, kenalah kerja keras encik.

Kongsi Link Anda