Popular Today

Ahad, Mac 29, 2009

Guru di Sek. Keb. Padang Gajah Trong dikesan berkempen untuk pembangkang

Baru hari pertama berkempen, tindakan guru berkempen dengan menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar Ibrahim di Sekolah Kebangsaan Padang Gajah telah di kesan oleh ibubapa murid-murid sekolah tersebut.

Menurut maklumat, ibu bapa murid-murid mendakwa guru atau usataz mereka menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar sambil meminta ibubapa murid-murid tersebut mengundi calon Pas.

Tindakan guru yang pro pembangkang ini sememangnya menjadi aktivis pembangkang di dalam kawasan sekolah sejak lama lagi. Sebab itu, hari ini mereka lebih cenderung mengajar murid-murid berpolitik di sekolah dari mengajar mata pelajaran yang sepatutnya diajar.

Mereka ini umpama duri dalam daging dalam perkhidmatan kerajaan, kerana tidak bersama dengan matlamat dan aspirasi kerajaan. Mereka ini patut cari kerja lain dan jangan makan gaji bersama kerajaan jika tidak membawa aspirasi kerajaan. Tidak mungkin aspirasi kerajaan akan terlaksana jika guru-guru ini membuat tindakan yang sebaliknya.

6 ulasan:

gotahlantun berkata...

KALAU KAU MALEH MENGAJAR LOBIH BAIK KAU POIE.. MOTONG GOTAH, MENGAJAR POKOK YANG TAK TAU APO2.

BeliaBenciUmno berkata...

Apa kaitan antara berkhidmat dgn kerajaan dan menyokong pembangkang ??
bukankah ada 2 jalan di situ , satu jalan perkhidmatan negara satu lagi kecederungan menyokong.

mana kebebasan dalam sistem demokrasi yang di amalkan ??? bukankah seorang warga negara bebas utk memilih siapa yang perlu disokong dalam masa yang sama tidak meninggalkan kewajiban utk berkhidmatan dalam kerajaan

Tanpa Nama berkata...

ya penyalahagunaan kuasa..itulah baru diberikuasa sikit kat sekolah habis disalahguna..nak sokong pati mana sokonglah..tapai jangan heret budak-budak buat fitnah..tanaman fitnah tuan kelak akan berakar umbi..kalu pun anda ustaz..banyak sembahayang malam tapi kalu fitnah, hasut, adu domba..sori lah neraka jawabnya kalu x sempat minta maf kepada yang empunya diri..

say NO to NIZAR berkata...

Ini bukan fitnah, ini kenyataan, itulah masalah pembangkang, yang benar dikata fitnah, dan yang fitnah dikatakan diambil sebagai kebenaran...

mat_terab berkata...

Kalau setakat tunjuk poster Nik Aziz kepada mak bapak pun di katakan heret budak-budak buat fitnah....? bangan ka apa.....? Cuba Guru tu bawa poster Najib Antantuya...Mesti hangpa Pencacai UMNO sokong punya no....? biasa la guru tu cerdik dia tahu mana yang betui mana yang tak betui bukan sokong menbuta tuli saja si perasuah pun Hangpa Sokong lantik jadi pemimpim jawabnya lingkup la Negara.........

Aiman berkata...

ntah..kerja kerajaan WAJIB sokong kerajaan laa ek?nape??cikgu2 ni di lantik keje ngan kerajaan sebab kroni atau kabel ke??rasenye bdasarkan pencapain cikgu tu sndri..xphm aku..nape keje kerajaan mesti pilih kerajaan..klu korg nk tau laa..mggu lepas kementrian haji ke ape ntah g perak siap bwk banner BN lg..tu bleh??

Kongsi Link Anda