Isnin, Mac 23, 2009

Media pemfitnah no.1 digantung

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

4 ulasan:

HATI HATI berkata...

Nak cerita yang PANAS! sila kunjungi awekzbukitgantang.blogspot.com dan bukitgantangbyelection.blogspot.com anda PASTI TERUJA!

mat_terab berkata...

nampaknya UMNO/BN tak pernah jadikan pengajaran macam mana rakyat malaysia mengajar mereka semasa PRU12 lalu.....masih juga buat pekara yang sama dengan menhalang suara rakyat untuk di dengar. Aku rasa Mereka perlu di ajar kembali di bkt selambau, Bkt Gantang dan batang Ai dalam PRK ni.....

BRO berkata...

betultu abg mat terab,
puak2 ni mmg x pernah mahu belajar atas apa yg berlaku ke atas mereka sehinggalah tibanya saat kehancuran yg memedihkan...
Biarkanlah mereka abg mat..

Sedingin Salju berkata...

Ha tulah, fitnahlah lagi lain kali.

Kongsi Link Anda