Popular Today

Ahad, Mac 22, 2009

Saya bercakap kerana Melayu hadapi tekanan dan penghinaan - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberanikan diri bercakap mengenai orang Melayu di negara ini walaupun akan dituduh sebagai perkauman kerana mereka kini dilanda pelbagai masalah dan ancaman.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika orang Melayu tidak dibenar bercakap mengenai masalah dihadapi, mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak di negara sendiri.

Beliau berkata, bahaya itu ada kebenarannya kerana orang Melayu sudah melihat tekanan dan penghinaan terhadap bangsa sendiri apabila mereka dijadikan minoriti di wilayah yang dulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

"Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan kerana orang lain, tetapi kerana orang Melayu sendiri yang suka membinasakan diri sendiri.

"Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit," katanya ketika menyampaikan ucapan Menangani Masa Depan Pribumi Dalam Cabaran Politik Semasa pada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini, semalam.

Perhimpunan sehari yang dianjurkan Pribumi Perkasa Negara itu turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri.

"Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan salah lagi," katanya sambil menambah apa guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan jika orang Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang diwujudkan.

3 ulasan:

Ezad berkata...

sesungguhnya, bangsa melayu belum mampu untuk bebas sebebas bebasnya

kerana apabila mereka terlalu bebas, mereka akan masuk jerangkap samar yang dicipta oleh orang lain.

melayu, tak mahu belajar

bungaraya berkata...

Memang tepat sekali ucapan Dr Mahatahir itu. Pada masa ini situasinya hampir sama seperti ketika mula-mula kita menagih kemerdekaan dari penjajah. Bahkan kini lebih dashyat lagi dimana bangsa kita sendiri yang tak sedar dik untung. Raja-raja, kita sendiri yang menderhaka, Bahasa melayu kita sendiri yang mempersenda, Agama kita sendiri berpecah dan berbeza pendapat, dan harta melayu, kita dendiri yang sesenangnya memberikan kepada kaum lain.
Semua ini menyebabkan akhirnya jika tak hati-hati dan bangkit bersatu kembali, melayu akan berkubur diatas tanah air sendiri.
Bijakpandai kita menunjukkann kebijaksanaanya dengan cara yang tidak tepat dan tidak fikus kepada kesinambungan perjuangan bangsa.

Tai berkata...

Kesimpulannya, melayu mesti bersatu-padu. katakan tidak pada Anuar.

Kongsi Link Anda